Sunday, 4 December 2011

part 2: seandai kau tahu1

Detik yang paling aku tak minat..bila aku telefon ibu..then ibu cakap ada orang datang minang aku!!!! Arghhhhhhh……….si shahrul ni memang sengal tahap biawak cobra la! Dia tak tahu ke yang betapa aku sensitive dengan benda-benda alah tu!!!!! Kalau ye pun minat aku…jumpa la aku dulu…ni ikut kepala ngeng dia je! apa dia ingat bila dia suruh mak dia datang jumpa ibu aku yang tersayang tu..aku boleh cair ar…gentle lar konon! Kalau aku dah kata tak nak tu..tak nak la!!!!!!!!!!!! Tolong lar faham!!!!
“ibu….ira telefon ibu…nak Tanya khabar ibu…bukannye nak Tanya ada orang datang bawa ‘bala’ ke tak…tolong la faham bu….”  Waaa…..ibu jgn buat ira rasa macam nk bunuh diri bu….ehh…tak..tak..tak..mana boleh..berdosa besar bunuh diri nih…tak pasal-pasal..aku pulak yang tempah neraka..! si shahrul tu plak yang hidup senang..ahh..tak adil!
“ishk kamu nih…bala apa pulak! Orang datang meminang..! bukannya suruh kamu jadi penyanyi gelek! Tak baik cakap macam tu..”  puan mariah berkata selamba.
“erkk….” syakira tercengang sendiri. Sejak bila pulak ibu pandai buat lawak ala-ala majalah ujang nih? Aduhhh…Hah..sudah…ibu dah panas…aduh..tak pasal-pasal aku jadi anak derhaka hari nih...ni kau la punya pasal la shahrul!!!
“ok..ira faham…ibu memang dah mengigau-ngigau nak kan menantu…ibu jangan risau..nanti..kalau ira ada calon..bukan setakat ibu je ira bagitau..seluruh Malaysia ni ira hebohkan….so…lepas ni ibu tak payah dah nak pergi hantar-hantar kad undangan nih…kita jemput je dalam iklan..ok bu??” heheee….ape kejadahnyew aku sampai nak iklankan perkahwinan aku..ingat suami aku millionnair??? Hahhahaha…lau betul pon ok jugak…boleh aku bawa ibu ayah gi jelajah dunia..wakakakaa…tak smpai sehari botak la kepala suami aku tu! Syakira tersengih-sengih. Tu tak kawin lagi tuh..dah ada hati nak kikis duit laki dia..lau dah kahwin…tak tahu nak kata apa lar……
“suka hati kamu lar ira…ibu dah malas nak layan kamu nih…baik ibu cakap dengan mak munah tu lagi bagus..dia pun paham kalau ibu cakap dengan dia..assalamualaikum…” ibu letak ganggang..
Erk…ibu aku ni dah terlebih makan nasi lemak ke ape?? Boleh plak di samakan aku dengan mak munah gila kat kampung aku tuh! Waaaa…sampai hati ibu!!!!

Kahkahkahkah….gamaknya dah habis satu rumah di tawaf si amy tu sambil terguling-guling macam tenggiling dah aku tengok! Ni sambung lagi gelak tergolek bawah meja plak…eeiii..minah ni…kalau aku sumbat kaki aku dalam mulut kau..kau jangan Tanya kenapa erk!!
“Habis tu? Macam mana? Kau terima tak? Ke ibu kau nak kau jadi menantu mak limah tu??” Tanya amy sambil menyambung kembali gelak yang terbengkalai tadi..mak aihh..terbengkalai? ingat projek ke hape!?
Syakira buat muka ketat. Ni larr akibatnye bercerita kat minah terencat nih! Bukan nak selesaikan masalah aku. Tapi menambahkan lagi masalah aku!! Stresssoooooorrrrr!!!!
 “woi..kalau kau rasa cerita aku ni kelakar sangat..kau pergi tolong ambik kan aku borang..untuk join group senario ok..! aku serius nih amy!!”
Amy pulak buat-buat muka tak bersalah. Layan gelak macam si syakira tu dah berubah jadi batu je gamaknye. Amy pandang wajah si syakira. Kesian plak aku tengok minah nih…wakakaka…amy diam..cuba menahan gelak. Siapa boleh tahan gelak kalau kawan dia tu kena paksa kahwin dengan orang paling nerd kat dunia nih.
Si sharul tu..untuk pengetahuan semua..memang dah lama minat dekat si syakira nih. Pernah lar hari tu si amy ni pergi rumah syakira. Pagi-pagi lagi dah ada orang datang rumah. Matahari pun tersipu-sipu lagi nak naik…sekor mamat nih..tanpa segan silu dah ketuk rumah orang..ingat kan kenapa..rupanya datang rumah semata-mata nak kejut sembahyang subuh! Fikir lar..betapa cekodoknya mamat nih! Muka bengang si syakira tu usah kata lar…kalau boleh nak di sodoknye si shahrul tu terus masuk kubur. Si amy pulak…mula-mula buat la muka berkerut nenek seribu tahun…lepas tu…gelak sampai senak perut-perut. Aish….tak boleh buat kawan betul.
Then sekarang nih..tup-tup..nak meminang si syakira nih..mana tak bengang minah nih..
“weh..terjamin apa kalau kau kahwin dengan si shahrul tu…sopan..pandai..baik…beriman..hensem.….” Muka amy dah merah menyala. Bukan marah..tapi menahan gelak yang rasanya..kalau terkeluar tu,,gamaknye  setahun baru berhenti. Wakakaka..hiperbola..hiperbola….
“kepala hotak kau!! Kalau kau rasa dia tu sopan..pandai..baik..beriman segala…apa kata kalau kau je yang kahwin dengan dia…amacam? Ok?? So..kau tak payah lar nak tunjuk muka ‘tak puas hati’ kau tu kat aku lagi!” syakira but muka bengang. Amy berhenti gelak.
“ehh…tak nak aku..mintak simpang pak cik baharuddin lar weiii…aku tak nak! Ibu dah elok-elok bagi kau..kau ambik aje la..” kata amy sambil tersengih.
“tau pun kau…yang kau sampai nak mintak-mintak simpang orang tu..ape kau ingat kau dah cukup daulat sangat ke..!? aku tengah bengang pikir pasal nk kena kahwin dengan beruang kaola ni..kau sesedap rasa pulak cakap pasal nak tukar-tukar nama harta..aku tahu la atuk kau pak cik baharuddin tu tauke sayur!”
Ni dah masuk bab apa pulak nih?
“woit…cakap bukan sebarang cakap…kang aku tolong cakapkan untuk kau persetujuan untuk kahwin dengan beruang kaola tu, baru kau tahu!”
Aduh..ni bincang nak selesaikan masalah ke apa…
“tapi kejap..beruang kaola tu sape?” amy buat muka pelik.
“shahrul larr terencat!” jawab syakira smbil tersenyum..akhirnya..dua-dua ketawa. Gamaknya dah koma si shahrul tu sebab tersedak-sedak ada orang mengumpat.
“ok…aku tahu kau tengah masalah…” amy memulakan bicara setelah semuanya kembali tenang.ceewaah…
“memang dari tadi aku bagitau tu..tentang masalah lar! Bukan berita baik bulan jatuh ke riba!” syakira menjeling tajam kearah amy. Amy senyum sumbing..terkena den..
“macam ni la..benda sebenarnye dah settle..aku tahu..ibu kau tu tak kan tergamak nak bermenantukan lelaki ‘sebaik’ shahrul tu…ka upon faham kan maksud aku. Ibu Cuma nak acah kau je..biar kau cuak..then kau cepat-cepat cari pakwe..” amy tersengih.
Syakira mengeluh panjang.
“Bukannye aku tak nak..dah jodohh tak sampai lagi..tak kan aku nak jadi ikan mencari jala pulak…” erk??? Sejak bila pulak ada peribahasa macam tu ye…
“sebenarnye..masalah tu datang dari diri kau sendiri..kau tak nak cuba..kau cepat putus asa dalam perhubungan…dan aku tahu sebab apa…takkan kau masih nak ingat peristiwa lama..? cukup-cukup lah..dia dah lama tak ada..hilang macam tu je..” amy pandang wajah syakira lama. Terdetik rasa simpati terhadap temannya itu. Kenapa kau masih nak tuggu haikal? Kau macam ni Cuma akan seksa diri kau tu je…amy duduk sambil memandang wajah syakira lama. Dia tahu..wajah itu sering bersedih walapun di luarannya Nampak sebaliknya. Aku kenal kau sya……..syakira ketawa kecil.
“apa maksd kau?? Kalau kau cakap semua tu kerana haikal…kau silap…dia Cuma kawan aku…he is nothing!” sykira mendengus. Tidak selesa bila nama haikal di kaitkan di dalam hal ini.
“Nothing??? Hah…kau memang pandai berlakon! Kau tahu tak…dulu..kau ni tak buta warna! Semua warna kau Nampak cantik..sekarang..warna hitam je yang menghias hidup kau kan? Dulu..bila kau belajar..ku tak akan jadi hamba exam..tapi sekarang..kau jadi hamba kerja! Ye..aku akui..kau memang sayang haikal sebagai seorang rakan….tapi bukan rakan biasa..dia bagaikan nadi kau! Kalau dia tak ada…kau boleh mati..kan??”  amy memandang sykira tajam. amy tahu,,dia perlu sedarkan syakira sebelum terlambat.
“kita tak tahu haikal tu..hidup atau mati! Dia dah hilang!”
“stop it!!” syakira bangun dari kerusi dan memandang amy tajam.
“Aku tahu..dia masih hidup! Aku tahu……” air mata sykira mengalir laju..kakinya terasa longlai. Dia terjelepok di lantai.
“sya…please sya..buka mata kau...buka pintu hati kau untuk mencintai seseorang dalam hidup kau…sampai bila kau nak anggap semua lelaki dalam dunia ni sekadar kawan kau? sampai bila kau nak lari dari jatuh cinta? sampai bila? kau jangan seksa diri kau lagi…kerana cinta itu indah..kerana cinta itu mampu buat kau bahagia..aku bukan nak kau bercinta macam belangkas..berkepit sana-sini..macam aku contohnya.." amy ketawa kecil. syakira pandang wajah amy lama.
"Tapi,aku nak kau ada keinginan untuk  berkahwin dan punya keluarga sendiri..aku nak kau rasai kebahagiaan tu...supaya kau tahu bagaimana untuk mencintai seseorang yang sudah sah menjadi suami kau..kerana itu yang terbaik..bukannya kau terus lari dari semua ketentuan jalan hidup kau...” amy merapati syakira dan memeluk syakira erat. aku nak kau bahagia syakira...Amy tahu…syakira masih merana kerana kehilangan haikal…kawan yang begitu rapat dengannya…tapi….haikal dah hilang…ke mana? kenapa? Tiada siapa yang tahu….

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...