Tuesday, 6 December 2011

part 2: seandai kau tahu2

The best day to me is today. You know why? Sebab hari ini aku bangun awal gila! Orang gila pun belum tentu bangun lagi tau..bangga beb! Bangga! Yang aku tak berapa bangga nya..dari si amy bangun sampai la kat pejabat sekarang ni..dia tenung aku macam aku ni dah naik pangkat jadi permaisuri kerajaan sri lanka! Lepas tu siap ambik suhu aku lagi..apa dia ingat aku dah kena sampuk bunian jantan ke hape! Pelik sangat ke aku bangun awal?
Memang pelik bagi orang macam si syakira nih bila dia bangun awal, sebab dalam hidup dia..dia tak pernah bangun seawal pukul 5 pagi..dan bila di Tanya dia jawab dia bangun sebab dah borink tido. Macam mana keadaan boleh jadi biasa kalau ia memang dah termaktub pelik.That’s a miracle..
Amy berjalan mendekati bilik syakira. Kepala dah macam kura-kura dah…tehendap-hendap di sebalik cermin. Amy menggaru kepala yang tidak gatal. Baru je dia ingin membuka pintu bilik si syakira…
“waa……pochong!!!” amy menjerit mengalahkan mak cik jual sayur kat pasar borong selayang  je. Mana tak terkejut..baru je nak buka pintu..pintu dah di buka dari dalam..lepas tu terjengul pulak wajah harimau betina si syakira.. mahu nya tak terkejut.
“kau nak apa!!? kau jangan nak bagi aku jadi pembunuh pagi-pagi ni boleh tak!” syakira bengang. Ni yang aku rasa nak karate minah ni nih! Amy masih terkejut. Tapi..selamba pulak minah ni masuk bilik si syakira tu..siap duduk lagi..jemput pun tak..
“woi…kalau ye pun..bagi lar salam dulu…lepas tu kau marah la kalau nak marah pun..”
“hah…memang orang kat dalam kena bagi salam kat orang kat luar! Kau belajar dengan guru sesat mana nih?” syakira duduk di kerusinya. Tak jemput pun?? Dah kerusi dia..nak jemput buat hape!
“aku memang pelik dengan kau hari ni…bukan sikit beb..tapi banyak! kau Nampak lain…bangun awal..masak sarapan..walaupun roti dengan telur je..tapi,tu kira sarapan la jugak tu….kau mana penah buat semua tu…lepas subuh terus tidur..then pukul 8 pagi baru kau bangun…tu hari kerja…kalau hari tak kerja..pukul 12 tengahari baru kau bangun..tu pun selepas aku ketuk pintu buat kali yang keseratus! and..and..pagi-pagi kau tak pernah sempat jejak kaki pun kat dapur tu..tup-tup..siap buat sarapan lagi..ishk3..kau jangan kata kau nak nak terima pinangan si beruang kaola tu…sampai kau bleh berubah jadi macam wanita melayu terakhir macam ni!”
Syakira pandang muka amy lama..dia buat muka bosan. Gamaknya..kalau aku humban minah ni dari tingkat 5..dia hidup lagi tak!?
“aku punya suka la…kau patut bersyukur kau tahu tak! eleh..kata aku..kau pun sama je..mana penah jejak kaki kat dapur tu pagi-pagi…kau jejak pun..sebab tandas dalam bilik kau tu rosak! Bukan pergi buat sarapan…melabur baja ada lah! Bab-bab pinangan tu kau jangan sebut ok…kang aku sumbat gelas ni dalam mulut kau tu..tak pasal-pasal..sehari sebatang kau pakai gincu!” marah syakira. Sebut la lagi…memang betul-betul tak sayang nyawa la tu gamaknya.
Amy layan buat muka toya. Mencebik sana sini..dah macam nenek kebayan makan sirih je.
“assalamualaikum…”  tiba-tiba..terjengul wajah datuk Hamdam. syakira dan amy automatic bangun dan  saling berpandangan. Muka syakira dah macam tertelan buah nangka…muka si amy pulak..dah macam baru dapat berita..barang make up dia kena selam air je gamaknye. Datuk hamdan masuk tanpa di jemput. Senyum-senyum semacam jek…seram pulak. Apa hal pulak nih…ni bala ke malapetaka?? Aish….tu sama lar! Bala ke anugerah? Baru betul…
“maaf lar kalau saya mengganggu kamu pagi-pagi ni..” datuk hamdan memulakan bicara sambil tersenyum.
Memang ganggu pun!
“ehh…tak apa datuk…” cover syakirah..layan..layan…
“sebenarnye..saya nak beritahu yang anak saya daripada England akan balik hari ini..tapi saya tak dapat ambil dia di airport petang ini…so..saya nak mintak tolong awak, syakira..awak ok ke?”  erk….syakira tercengang..ingat aku nih driver ke hape?? Syakira tercengang..alahai syakira..kalau kau tak nak tolong pun..cover la sikit muka tuh!
“ehmm..saya free je petang ni datuk..tak ada masalah…setakat nak ambik kat airport datuk..small matter je tu..asal jangan suruh saya angkut dia atas belakang saya sudah..semua di tanggung beres…”  jawab syakirah bersungguh-sungguh. eleh..ikhlas ke idak sebenarnya tu..amy mencebik.
“dia memang ok datuk…dulu..cita-cita dia memang nak jadi pemandu bertauliah..tapi tu lah..tak kesampaian…” kata amy selamba..eeii,,si amy ni..saja nak menempah maut di tangan aku ni kan…syakirah tersengih sumbing..dijelingnya amy yang betul-betul berdiri di sebelah datuk hamdan..eh minah nih..siap boleh buat muka tak bersalah…! hidung si syakira dah kembang kempis…geram tahap giga..agak-agak..lepas datuk langkah keluar je…aku kerjakan minah terencat nih sampai lembik!
“saya memang tak kisah buat kerja-kerja macam tu datuk…saya tak mintak banyak..asal dapat bonus tiap-tiap bulan..naik gaji sampai 5 angka…tak macam sesetengah pekerja tu datuk..tahu nak bergosip je..dah tu..dah macam tak ada bilik sendiri…bersepah kat bilik orang lain..kan amy…?”  syakirah memandang amy sambil tersenyum penuh makna. Ambik kau! Amy mencebik.
Datuk hamdan menggeleng kepala sambil tersenyum.
“nanti awak claim dengan anak saya aje lah semua tu ye…ok lar..dia sampai dalam pukul 4 petang di airport. Saya dah hantar gambar awak pada dia..jadi, dia akan cari awak..awak hanya tunggu dia aje di sana. Ok lah..saya ada meeting dengan tan sri ahmad..saya pergi dulu..and thanks syakirah.” Datuk hamdan melemparkan senyuman ke arah mereka berdua dan dia berlalu pergi.
Syakira dan amy tercengang. Kenapa?
“dia hantar gambar kau kat anak dia??? Biar betul?” amy buat muka macam tengah tengok rancangan tv ‘belive it or not’ je lagaknye.
Bila masa pulak datuk ambil gambar aku? Tak sangka selama ni datuk stalker aku..datuk…saya muda lagi datuk..saya tak nak jadi isteri kedua…waaaa…sampai ke situ pulak..bapak kutu punye perasan lar minah nih.. Jangan perasan ok..dah sah2 datuk ambik dari resume aku! Dah lar gambar resume aku terlebih comel..nampak dah macam mak cik jual sayur je..wakakaka…lantak lar anak datuk tu..sampai ke tua tak jumpa-jumpa aku…huahuhaahaha..syakira tersenyum sendiri.
“aku bukan nak riak..tapi..tu lar apa yang terjadi..datuk dah lama stalker aku beb..dia memang minat aku..tapi aku aja yang tolak..kesian kat datin…risau jadi kurus kering datin tu kalau aku kahwin dengan suami dia kan..aku masih ada perikemanusiaan lagi..aku tak nak jadi perampas tak bertauliah..kalau aku nak rampas pun.aku akan suruh dia ceraikan dulu datin tu..dan bagi separuh harta dia pada aku..baru la aku setuju kahwin dengan dia..itu lah namanya prihatin dan berwaspada..” wakaka…hah..ambik kau…datuk tu pun tengok aku tak berkenan. Sory lar datuk..guna nama kejap ye..bukan doa datuk cerai ok…hehe
Amy mencebik.
“simpan dalam poket aje la perikemanusiaan kau tuh! Nak muntah aku dengar!” kata amy sambil buat gaya orang muntah tertelan buah nangka. Buruk yang amat.
“memang poket aku nih dah penuh dengan nilai-nilai mahmudah wahai cik amy…sampai dah melimpah-limpah kebaikan aku tuh..so,kalau kau dah habis cakap..aku persilakan la kau keluar dari bilik aku yang penuh dengan sifat-sifat mahmudah nih..sebab aku nak focus nak kumpul pahala…kau yang pahala dah banyak tu..sila-sila la bawak diri keluar ye..”  amy buat muka bengang. Sebelum keluar sempat lagi si amy buat gaya flying kick ke arah syakira. Syakira buat donno jek. Ingat aku heran dengan fliying kick kau yang tak seberapa tuh? Kau belum Nampak ku punya lagi..mahu tak tersembul biji mata kau tuh!

Eeiii….aku panas membara betul lar dengan minah terencat tuh! Pagi tadi bukan main cakap nak teman aku lar…apa lar…cakap megah yang amat! alih-alih sakit perut pulak! Apa kau makan bapak kuman ke lunch petang tadi amy! So,sekarang terpaksa la aku pergi ambik sorang-sorang anak datuk hamdan yang berdaulat tu…macam lar tak ada teksi dekat airport tu…nak juga orang ambik! Mengada! Eheh..anak datuk ni lelaki ke permpuan ek? Perempuan kot…kalau lelaki tak kan la sampai nak berjemput-jemput segala. Kalau perempuan, cuba lar dia buat sengal dengan aku..aku humban dia tepi jalan. Balik jalan kaki..ingat aku takut! Tahu..tahu…anda memang berani syakira..dan lepas tu bersiap-sedia lar untuk cari pekerjaan baru.

“mana lar anak datuk nih..! dah berejam aku tuggu kat sini! Apa dia nak suruh aku buat khemah kat sini tunggu dia ke!?  ke dah sesat ke mamat ni nih! Dalam airport pon boleh sesat..! tahu lar dah lama tak balik Malaysia..tapi agakagak lar..aku dah rasa cam orang biul duduk tercangak kat sini tunggu dia...bla..bla…bla..” habis segala ayat dia membebel. Mahunye tak membebel. Lama tau tak! Dia sempat telefon datuk hamdan untuk bertanya anak datuk lelaki atau perempuan. Senang sikit nak stalker. Kalau Nampak je muka ala-ala datuk hamdan tu, terus je dia tarik bawa masuk kereta..mudah and simple!
“sorry…you syakira??” tegur seorang lelaki dari belakang. Syakirah pantas menoleh ke arah suara yang memanggilnya. Dan…………..terasa seperti masa terhenti buat seketika bila dia terpandang wajah pemuda tersebut. 'tak mungkin...' bisik hati syakira.
“haikal……..” syakira menyebut nama tersebut perlahan..tapi masih mampu di dengari oleh pemuda tersebut. Wajah syakira berubah pucat..di toreh tidak berdarah.
“are you ok?? U syakira kan??” Tanya pemuda itu lagi..syakira tidak menjawab pertanyaan pemuda itu, tetapi terus berlari meninggalkan tempat itu. Dia perlukan udara untuk bernafas. Syakira terus berlari masuk ke tandas berhampiran. Syakira membasuh wajahnya berkali-kali..mana tahu..kot-kot terlekat habuk ke..sampai boleh nampak anak datuk hamdan tu tak ubah wajah haikal.
“siapa dia?  Tak mungkin tu haikal….tapi…..wajah dia…..mata dia…senyuman dia….mirip haikal…mungkinkah itu haikal…arghhhhhh!!!!!!!” syakira buntu….haikal….kenapa kau tinggalkan aku macam tu je…kenapa kau buat aku tertunggu-tunggu kau sampai macam ni….! Kenapa!
Syakira menarik nafas dalam-dalam. Dia pantas mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor telefon datuk hamdan. Dia perlu tahu kebenaran.
“assalamualaikum, datuk…”
“walaikumsalam..ya syakira..? awak dah jumpa dengan anak saya?”
“siapa nama anak datuk?” Tanya syakirah perlahan.
“kenapa?” iskh datuk nih…bagi tau aje lah! Banyak Tanya pulak!
“saya nak cari dia….”
“nama anak saya mohd Huzairil Adham”
Syakira terdiam dan terus memutuskan talian. Dia bukan Haikal….bukan…..


Iskh..mana minah tadi nih! Tengok aku macam Nampak hantu jepun je! Dah la aku tengah letih ni…dari tadi tercari-cari dia…alih-alih..dah jumpa, dia pulak yang lari dari aku! Apa ke biul sangat perempuan nih!!! Dah la susah nak cari….bapak aku pun satu hal…bagi gambar yang tahun berapa puluhan tah ni…Huzairil mengomel sendiri.  Letih berjalan, akhirnya dia cari port duduk di kerusi. Memang lar…tak kan nak duduk atas lantai pulak!

Syakira tercari-cari wajah tersebut. Harap-harap lar dia tak marah. Tapi, dia memang tak boleh marah aku..cuba lar marah aku..aku tinggalkan dia kat sini je! Hah..tu dia! Syakirah mendekati pemuda itu perlahan.
“ehem..!” syakirah berdehem.
Huzairil menganggkat wajahnya. Muka bengang ala-ala hulk terpancar di wajah huzairil. Syakira buat muka toya.
“saya syakira…ni en.huzairil?”
Huzairil memandang syakira lama. dia betul-betul bengang dengan syakira yang tibs-tiba berlari meninggalaknnya. Eeii..perempuan nih! Aku cepuk jugak karang!
Huzairil membiarkan aje pertanyaan syakirah tanpa jawapan.
Apa pandang-pandang? Ingat aku tak bayar ptptn ke? aku bayar tiap-tiap bulan ok! Syakirah buat muka selamba. Aku tahu la aku cun…
“kau ni kenapa!? Masa aku tegur kau tadi, kenapa kau lari!? Dah lar nak cari muka pelik macam kau ni susah!”
Syakira terlopong. Terkejut mendengar ayat pertama yang keluar dari mulut anak big boss nya itu. Ingat nak puji aku cantik ke hape! Eh..eh…mulut bau longkang nye mamat ni! Sesedap hati mengata rupa aku yang cantik menawan ni..!
“sorry la encik..saya nak terkencing tadi..tu yang lari macam tak cukup tanah tu..tak tahan..hehe..” jawab syakira sambil tersengih-sengih. Cover je tu..dalam hati sae yang tahu. Boleh lar..agak boleh diterima pakai alasan tu, kau bedal je la apa pun.
“oo..tengok muka aku..terus rasa nak terkencing!? Yang kau tak kencing semalam kenapa?” perli huzairil kasar.
Ewah..ewah…ni dah lebih..aku dah try kompromi..dia pulak sedap-sedap sembur air liur berterabur kat muka aku nih!
“encik..saya punya suka la nak kencing hari ni ke, esok ke..semalam ke..saya guna saya punya..bukannye menyusahkan encik pun! Ni nak balik ke tak nak ni? Ke encik nak pasang khemah tidur kat sini?” perli syakirah. Sabar..sabar syakira…huzairil mencebik.
Dia terus meninggalkan syakira di belakang. Aik? Mamat ni tak bawak balik beg ke? lenggang-lenggok mak siti je aku Nampak.
Belum sempat dia menyusul huzairil. Tiba-tiba, huzairil menoleh ke belakang.
“ehh..tu..kau Nampak troli tu? Tu semua beg aku..tolak troli tu ke kereta. Aku letih..” Arah huzairil selamba sambil terus meninggalkan syakira. Syakira tercengang.
Woit! Dia ingat aku kuli dia ke apa!? Letih dia, dia tahu..letih aku jadi tunggul tercangak tunggu dia kat sini, dia tak tahu pulak! Kuang asam punye jantan! Dalam membebel-bebel pun..dia menolak juga troli itu.
 Aku tolak troli beg kau ni.. bukan sebab aku takut kat kau ‘haprak’! tapi, sebab aku nak jaga periuk belanga aku..mana tahu..kalau-kalau kau pergi mengadu kat bapak kau..tak pasal-pasal aku kena buang kerja. Naya..naya…
“woi…apa yang kau terhegeh-hegeh lagi tu! Cepat lar! Kau tengah jampi apa pulak kat situ tuh! Aku dah letih ni…apa kau ingat kau cantik sangat nak jadi model kat tengah-tengah alam tu!”  jerit huzairil yang sudah agak jauh darinya.
Syakira mendengus kuat. Istighfar syakira..ingat pesan ibu..sabar..sabar….
Syakira cuba menyaingi langkah huzairil. Langkah dah la besar-besar..perlahan lar sikit! Kalau kau sampai dulu pun kau kena tunggu aku juga! Sebab..tu kereta aku! Aku yang drive! Tau tak!
“mana kereta kau nih? Ishk dia ni..lembab betul lar!” huzairil mendengus.
Aihh..pantang cucu pak mahmood kalau orang dah menghina tahap giga nih! Sabar pun ada tahap beb!
“encik..kalau encik nak cepat sangat..lain kali, kalau nak balik..suruh je kapal terbang tu berhenti kat depan rumah! Senang…cepat..dan tak payah nak menyusahkan orang datang ambik encik kat sini! Saya ni dah banyak buang masa kat sini semata-mata tunggu encik tahu..anak-anak saya kat tumah tu dah kebulur nak makan nasi! Lain la kalau datang ambik encik ni boleh bagi kenyang anak-anak saya!” marah syakira.
Huzairil mencebik.
“aku tak suruh pun kau datang ambik aku…aku suruh papa aku yang datang…kau yang terhegeh-hegeh nak datang tu kenapa..? kau jangan banyak cakap boleh? Mana kereta kau nih!” eeii,,dia nih! Bengap betul!
“eh..saya datang sini atas arahan. Saya pun tak teringin nak bazirkan minyak kereta saya semata-mata nak ambik beruang kutub macam encik nih!” jawab syakira selamba dan terus bergerak ke keretanya.
What!? Dia panggil aku beruang kutub!? Banyak sopan dia punya ayat!
Huzairil mendekati syakira yang sedang membuka pintu kereta.
“eh..kejap..kejap..ni kereta kau??” Tanya huzairil dengan wajah yang sehabis jijik. Dia ni memang nak kena la…
“eh..tak lah..ni kapal terbang saya encik..” jawab sykira sehabis selamba. Hah..tu makan dia…
“bapak buruk kereta kau! Dah berapa abad kau guna kereta ni nih?” eeiii….rosak reputasi aku naik kereta buruk macam ni!
“woi..cakap bukan sebarang cakap encik…kang tayar kereta ni masuk mulut encik yang dah macam jamban tak siap tu..jangan Tanya kenapa pulak!” ambik kau…tahap sabar aku dah lebih kepala nih..kau jangan buat aku naik angin satu badan…aku gelek kau dengan tayar kereta kesayangan aku ni karang!
“kereta kau ni…kalau sekilas pandang..dah macam lori sampah kau tahu tak…tak ada citarasa langsung!” bebel huzairil.
“kalau macam tu..encik pergi lar tumpang kereta mewah sesape yang sanggup tumpangkan orang macam encik nih! Tak payah naik lori sampah saya ni..pergi la..pergi…ada saya heran sangat kalau encik tak naik kereta saya..? lagi saya bersyukur ada la!” lontaran ayat yang paling pedih aku bagi!
Huzairil ketap bibir. Perempuan ni saje kan nak naikkan darah aku..! aku pun tak hegeh la nak naik kereta kau! Tapi..susah pulak kalau tak naik kereta dia..ishk..papa ni pun satu..kalau nak hantar orang datang ambik pun..hantar la yang bertauliah sikit. Ni sikit punye gangster dia hantar.
“malas lar aku nak layan kau! Cepat la buka pintu kereta nih!” arah huzairil geram dengan tingkah syakira. Syakira mencebik. Lori tak lori sampah pun, kau naik jugak! Syakir membuka pintu kereta dan terus masuk. Huzairil memilih tempat duduk di bahagian belakang.
Berdaulat punya beruang kutub!
“weh..beg aku kau dah masuk bonet?” Tanya huzairil.
“saya tak masukkan pun tadi. Dah tuan dia sendiri tak masukkan..maknanya tu..kejap lagi beg tu pandai-pandai la bawak diri sendiri masuk bonet kan..” kata syakira sambil tersenyum mengejek. Bakat senyuman sebegitu , turun temurun dari arwah nenek moyang dia lagi dan sekarang dia pula yang ambil alih..so,kira expert lar…
Huzairil mendengus dan keluar semula untuk memasukkan beg nya ke dalam bonet.
Apa dia ingat aku ni kuli dia? Suruh itu ini..arah itu ini…kalau dapat gaji tak apa jugak! Ni buat dapat dosa kering je dop sumpah seranah dia!
Huzairil masuk kembali ke dalam kereta. Malas nak bergaduh..syakira membiarkan huzairil duduk di belakang. Kalau duduk di depan pun buat sakit jiwa je!
“eeiii…berapa tahun sekali kau basuh kereta nih? Busuk! Berhabuk!” ish…tak habis-habis lagi dia nih…kalau aku humban dia dalam lombong..rasa-rasa salah tak!?
Syakira menjeling kea rah huzairil dari cermin hadapan.
“saya basuh 4 tahun sekali..bersempena dengan tahun lompat! Puas hati? Ada apa-apa lagi yang tuanku nak komen?? Kalau rasa dah tak ada apa-apa..tolong diam…saya nak focus bawak kereta nih..kalau jadi apa-apa..anak-anak saya juga yang susah..jadi yatim piatu..!”  sesuki dia je nak mengomen. Aku tak pernah jumpa lelaki cerewet macam dia ni nih! Semua nak komen. Memang sesuai jadi pengkritik  rancangan realiti ‘vokal bukan sekadar rupa’..elok sangat-sangat!

Ahhhh….letih satu badan. Syakira merebahkan badannya ke tilam. Bagaikan nak putus segala urat sendi nya. Seharian bekerja..selepas itu di tambah pulak kena ambil si beruang kutub tu! Syakira merenugng syiling lama. tiba-tiba..dia terbayang wajah huzairil.
“kenapa muka di mirip sangat dengan haikal? Takkan pelanduk dua serupa kot..masalahnya..muka si haikal dengan si huzairil ni dah Nampak macam fotostat..! perangai pun lebih kurang je…! Dua-dua kurang asam gelugur! Tak kan la kembar kot…tapi,haikal tak pernah cerita pun yang dia ada kembar…nama bapak haikal apa erk? Tak kan..tak mungkin haikal anak datuk hamdan…mamat tu punye la selekeh..pakai pun baju lusuh semacam je…tapi..mungkin juga..low profile kot mamat tu..tapi……arghhhhhhhh…asyik tapi..tapi…bila aku nak tidur nih! Esok la pulak aku sambung fikir…wuaaa..ngantuk”  syakira pejam mata..dan..satu.dua..tiga…kroohhhh……..cekap betul minah ni kalau bab-bab tidur..siap terkangkang lagi tidur tu…tak boleh buat bini betul la minah ni….tak matang langsung!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...