Tuesday, 10 July 2012

Part 7 : seandai kau tahu



Pagi-pagi lagi rumah banglo milik datuk hamdan bergegar dengan suara garau anak lelaki kesayangannya. Siapa lagi kalau bukan huzairil kan.
“aarrggghhhhhhhh…..!!!! !!!!!!!!!!!!!!!”
“kenapa dengan abang nih!!? menjerit macam jumpa hantu je!” marah damia. Mahu tak marah..hampir tersembur air milo yang dia minum tadi, terkejut dek jeritan huzairil yang nyaring tahap giga.
“mia nak sarapan pun tak senang tau!” marah damia kepada abangnya huzairil yang kelihatan masih terkebil-kebil memandang ke arah keretanya.
“ni…tengok  ni…tengok….!! malaun mana punye kerja nih!!??”  huzairil bengang.
“apa abang airil…lin tengok kereta abang macam biasa je…tak adanya nak berubah jadi lomborgini bang…jangan nak berangan la…” jawab damia selamba dan menghampiri kereta abangnya.
“tengok elok-elok  mia! Kang abang cabut mata mia tu, abang tampal kat tayar kereta abang tu!”
“iskh abang nih! mana a…..” bulat mata damia melihat kedua-dua tayar milik kereta kesayangan huzairil kempis macam bola bocor.
“kalau abang tahu siapa yang buat ni….abang bocorkan kepala dia pulak!” marah huzairil lagi. Bengang usah kata la..pagi tadi dia bangun dengan senang-hatinya..mood baik la gamaknya..tapi semua tu sekejap je..bila di terpandangkan kereta kesayangannya itu dah nazak. Mahu la dia tak menjerit macam orang gila.
“alah bang….sikit aje la…nanti abang pergi repair la…bising mengalahkan orang hilang bini je!” omel damia sambil menepuk-nepuk bahu abang kesayangannya itu. Kesian…kesian…
‘siapa punya kerja la yang dengki sangat nih! memang dasar otak terletak elok di kepala lutut la!!! Tapi……’
Tiba-tiba dahi huzairil berkerut-kerut. Seperti memikirkan sesuatu.
“hah..ni kenapa pulak? Berkerut semacam je…dah macam opah dah mia tengok abang nih..” Tanya damia.
“abang rasa abang tahu malaun mana punya kerja nih..! siap la dia! Mia..pergi ambik kunci kereta papa!”
“nak buat apa??”
“nak buat roti! Iskh budak nih….nak drive kereta papa la…Tanya lagi! Cepat la!”
Terkocoh-kocoh damia berlari masuk ke rumah mengambil kunci kereta papanya. Baik di turut semua perintah dia kalau tak nak kena sekeh berbisa abangnya itu..bukan dia tak tahu mood abangnya itu..walau Nampak cool memanjang..kalau bab kereta kesayangannya itu…gila tak marah!?…mengamuk sakan la..! tapi semalam…dia Nampak abangnya tak cool di hadapan seorang wanita. Cantik orangnya. Bertudung..dia, kak fina dan ibunya melihat apa yang terjadi semalam di garaj. Dan seperti biasa…mereka sedang merencanakan sesuatu. Hehehe…

Sampai di pejabat, huzairil melangkah laju ke arah bilik syakira. Hatinya yang menggelegak belum lagi sejuk walaupun tadi sudah di  siram  aircond di dalam kereta. Ana Nadia setiausaha Huzairil memandang langkah bosnya itu pelik sekali. Entah ribut apa pula la yang akan melanda pejabat mereka hari ini. Seperti biasa , wartawan-wartawan tak bergaji mula lah cari maklumat. Nak buat liputan baru tentang bos mereka itu. Hah..apa lagi..cerita la kat semua..

Syakira bersiul senang hati di pejabatnya. Dia pun pelik kenapa dia senang hati sangat hari ni. Nak di kata datuk hamdan nak bagi dia bonus..tadi sewaktu terserempak, tak ada pulak datuk hamdan tu kata apa-apa. Nak kata dapat naik pangkat..tak mungkin kot..kalau dia naik pangkat bermakna si beruang kutub tu nak tendang ke mana pulak kan..tak kan nak hantar balik ke kutub utara kot..haha..ishk..lawak tak berapa cerdik la pulak..konfius tahap putus fius betul la! Syakira meneruskan kerjanya. Banyak juga kerja yang belum di siapkan. Itu la masalahnya kalau seharian asyik berangan dan bergaduh dengan bos je kerjanya..
Gedeboooommm!!!
Lebih-lebih la plak sound effect nya..
Syakira terkejut. Terkebil-kebil dia memandang wajah huzairil yang kelihatan merah menyala bak biji saga itu. Ok, hiperbola lagi..
Fuhh..nasib baik tak retak pintu tu..kalau tak..aku retak-retak kan tangan dia tu..aisshhh..pagi-pagi cari pasal..tak ada kerja lain ke beruang ni..tak pun bila la tiba masa kau nak hibernasi ek..?  muak dah aku tengok muka kau tu tau tak!
Huzairil mendekati meja syakira. Terasa timbul segala urat-urat sarafnya menahan amarah yang makin memuncak apabila melihat wajah tidak bersalah syakira. Huzairil menahan kedua tangannya di meja syakira dan merapatkan wajahnya kea rah syakira.
“kau…….” Huzairil mengetap bibirnya.
Ok..tadi syakira masih boleh membebel sendiri..tapi sekarang Nampak macam serius je..rilek arr..kita kan geng.. he. He. He. Nak gelak pun dah rasa tersekat kat anak tekak..adoii..dia ni dah kenapa pulak..! habis kau syakira..
“Err..Apa!?” jawab syakira gugup kerana wajahnya dengan huzairil makin mendekat. Dia mengundurkan kerusinya ke belakang sedikit. wajah huzairil masih seperti tadi. Bengang semacam
Aisshh…tak beragak la dia nih..ada gak yang nak kena hempuk dengan aku nih!!
“kalau nak cakap apa-apa ..jauh sikit boleh tak!” marah syakira.
“kalau aku cakap jauh karang kau tak dengar pulak!” jerit huzairil sambil merapatkan lagi wajahnya dengan wajah syakira.
“kau tahu tak apa yang kau dah buat!? Kau dengar sini baik-baik….mulai hari ni kau jangan cuba-cuba berada dekat dengan aku..jangan pernah berselisih pun dengan aku..dan jalan jauh sebatu dari aku..jangan bagi aku tengok muka kau lagi…dan jangan kau sekali-kali ada keinginan pun dekat atau sentuh segala barang aku!!!! Faham!!!!” jerit huzairil kuat.
Syakira memejam matanya rapat.
Ciitttt..bersembur!
“kau ni memang menyusahkan ! huru-hara hidup aku dengan kau nih! kau tahu tak!!” jerit huzairil lagi.
Ambik kau! Biar cair sikit taik telinga beku dalam telinga kau tuh..lepas ni tak ada la menyusahkan aku nak jerit-jerit sampai koma anak tekak aku nih!
Huzairil terus memandang wajah syakira. Sempat dia meneliti wajah shakira yang masih terpejam rapat itu. Wajah yang putih bersih tanpa sebarang kekotoran, Kening yang terbentuk cantik, alis mata yang menawan, hidung mancung yang menarik..boleh dikatakan semua menarik la..
Cantik! Detik hati huzairil.
Aisshhhh!! Tak boleh jadi nih! mana hilang focus aku nak terkam minah ni nih! aku tak boleh terpedaya dengan muka pura-pura minah gia nih! tak boleh!!
Huzairil mengetap bibir geram.

Syakira membuka matanya perlahan apabila yakin suara huzairil sudah tidak kedengaran.
‘harap-harap la dia dah blah..’ guman syakira di dalam hati.
“arggghhhh…!!” terjerit syakira apabila terpandang wajah huzairil. Kalau huzairil nak berada di situ seharian pun dia tak kisah sebenarnya, sebab tu pejabat bapak dia punya..tapi yang dia  rasa nak naik hantunya apabila huzairil masih berada di situ, masih memandang tajam ke arahnya dan yang paling menakutkan lagi, huzairil masih berada di posisi yang sama..mahunya dia tak terlompat dari kerusinya itu.
Syakira menelan air liur. ‘Cool syakira…cool…buat macam yang kau selalu buat..kau kan expert..tarik nafas dalam-dalam..’
Ok…serang!!! Dah macam nak pergi berperang dah la pulak..over betul minah nih!
“awak ni kenapa!? Tiba-tiba datang menjerit macam tarzan! Kalau dah nak jadi tarzan sangat, pergi hutan la!” marah syakira balik.
Syakira pantas bangun.
“aduh!” serentak mereka terjerit.
Semua pekerja mendengar jeritan dan terus berkerumun di hadapan bilik syakira. Begitu juga Amy, tidak melepaskan peluang melihat drama kedua-dua malaun yang sering bergaduh itu.
Ok sekarang..cuba la bayangkan dengan posisi tadi..syakira yang cerdik pandai ni tiba-tiba bangun dan pasti nya…kalau tak pecah mulut huzairil tu, mungkin agak nazak juga la..lebih-lebih lagi bila terhantuk kepala sekeras batu macam si syakira ni.. jadi..wassalam la..agaknya meletus la perang dunia ke berapa entah antara mereka selepas ini. Ishk…
huzairil terduduk sakit di kerusi sambil memegang bibirnya yang terasa pedih, begitu juga syakira.
“arghhh..kau ni memang..memang..”
“Memang pembawa masalah la awak nih! Sakit tau tak!” pintas syakira pantas.
Huzairil terkebil-kebil memandang syakira. Dadanya turun naik menahan amarah.
‘aku pulak yang kena!? Ya allah…geramnya aku!!!!’ guman huzairil di dalam hati. Masa ni baru nak ingat tuhan..time elok-elok hidup banyak lupa dari ingat kan…
Muka huzairil merah padam menahan marah yang semakin menjadi-jadi. Boleh pecah pembulung darah huzairil nih..bahaya.. bahaya..
“apa tengok-tengok!? Bukan nak minta maaf  ke apa..! awak ingat, dengan pandang wajah saya macam tu, saya akan maafkan awak la..!” kata syakira.
Ok..sekarang ni memang pelik. Siapa yang patut dipersalahkan sebenarnya?
Huzairil bangun.
“arghhhhhh..!! stress aku cakap dengan kau nih!” marah huzairil dan ingin terus keluar. Yang menyakitkan hati lagi bila semua pekerja masih berkerumun di pintu bilik syakira.
“apa yang korang semua tengok nih!! dah tak ada kerja lain!!?” jerit huzairil. Apa lagi, semua pekerja dah macam kilat lari ke meja masing-masing dan buat gaya terlebih minum horlicks je semua..semangat!
Huzairil terus melangkah keluar dari bilik syakira. Panas!
“ek eleh…strees dia nak heboh satu dunia..stress aku dia tak tahu pulak! Aku berkali-kali ganda stress dari kau la..!” omel syakira sambil menggosok-gosok kepalanya yang sakit terhantuk dengan dagu huzairil.
Huzairil bergegas masuk ke biliknya. Dia menghempaskan tubuhnya kuat di kerusinya. Terasa kebas bibirnya. Agaknya pecah sewaktu terhantuk kepala syakira tadi.
“minah gila meroyan! Monyet zoo taiping! Hantu sewel! Zombie kampung pisang! Kaki dengan mulut sama taraf..!! aaarrrrgggghhhhh…..!!!” huzairil menjerit kuat. Mahunya tak bergegar ofis nih..
Huzairil tarik nafas dan beristighfar berkali-kali untuk menghilangkan rasa marah. Inilah contoh suami soleh kawan-kawan..ok..semua tepuk tangan..sempat lagi nak melalut!
“macam mana la papa boleh ambik si sewel tu bekerja kat sini eyh..aku rasa papa dah kena guna-guna kat dia nih..air liur dia tu pun dah cukup berbisa..mahu bernanah telinga aku ni dengar tau! Kalau papa aku rasa dah lama kena heart attack..tapi tu la..depan papa dia ok pulak aku tengok..sayang bukan main lagi orang tua tu kat dia.. hipokrit!!” geram huzairil masih bersisa.
Tak apa..sabar ok..sabar…sabar itu separuh dari iman..

Terasa lemah tubuhnya seharian bekerja. Lebih-lebih lagi seharian dia boikot mengadap muka si shakira. Sampaikan sewaktu mesyuarat pun dia tidak memandang langsung wajah syakira. Siapa tak sakit hati ..kereta kesayangannya di rosakkan orang..kalau sikit tak apa…ini bukan setakat tayar je yang kena..dia siap calarkan kereta buat tandatangan dia yang dah macam taik kambing tuh! Boleh ke kesalahan itu di maafkan? Boleh? Boleh blah la weii..blah!!!
Ketukan di pintu bertalu-talu merimaskan huzairil.
Aisshh..orang nak berehat sekejap pun tak boleh!
Huzairil bangun, dengan semalas-malas kudrat manusia dia gagahkan juga diri membuka pintu.
Terjongol wajah menyakitkan hati adiknya itu di depan pintu.
“hah..nak apa nenek kebayan?” Tanya huzairil malas. Nampaknya semua malas lah.
Terjengil wajah Damia geram dengan gelaran yang di berikan kepadanya. Ciss..banyak baik ini abang!
“apa abang ril nih! suka-suki je panggil orang nenek kebayan! Elok sikit ek..mama panggil makan..yang abang terperuk dalam bilik macam anak dara ni dah kenapa? Teringin sangat nak pengsan kebulur dalam bilik? Abang tahu tak..mama risau tau tengok abang bermenjak-menjak ni..balik selalu muka tu macam nasi basi tau tak.. apa abang ingat muka macam tu hensem sangat la..? abang jangan buat mama risau boleh tak? Kalau abang tak nak rasa smackdown baik punye kena gedebuk kat abang..baik abang bersara dari buat orang lain risau..abang ril kena ingat…” belum sempat damia menghabiskan semua khutbah tahap gaban tuh, Huzairil menjerit tiba-tiba
“mia!!! Lipas!!!” jerit huzairil kuat sambil menunjuk-nunjuk di lantai.
Melompat damia memeluk abang nya sambil menjerit takut.
“mana-mana!!!??? Abang ril!!!!! Mana!!!??? Tolong mia abang ril…mia tak nak mati lagi!!!! Tolong!!!”
Aisshh…teruk juga daya kejutan si damia nih..tak kan la Nampak lipas pun boleh bawa maut…adoiii…ada juga manusia macam ni kan..haa..ini lah dia.
Huzairil tergelak besar melihat keletah adiknya itu. Kalau boleh dia siap nak turun tangga ke bawah sambil bergolek je..rasa lemah lutut melayan si damia nih. fobia lipas tak habis-habis.
Damia pandang geram kea rah  abangnya yang dah separuh nyawa tu ..
“abang ril!!!!! Kurang ajar!!!”
Alamak! Gorilla mengamuk! Lari!
Damia huzairil sampai ke meja makan. Tercungap-cungap Damia mengejar abangnya itu. Mana nak dapatnya…abangya tu juara berturut-turut larian dari sekolah rendah sampai la ke university.. lebih-lebih lagi dia pulak yang kejar..boleh koma agaknya.
Huzairil tersenyum sinis ke arah adiknya itu..hahaha..wueekkk…tak dapat kejar.. ok..tetiba bertukar jadi budak-pulak si huzairil nih. iskh…matang la sikit!
“siap la abang..mia balas dendam tau..mia ingat satu-satu apa yang abang ril buat kat mia tau..ingat…” ugut damia geram sambil nafas yang masih tak berapa stabil tuh..tarik nafas dulu mia..abang kau tu kejam.
“airil.. mia.. apa yang bising-bising nih? duduk!”
Ambik kau..raja bersiung dah datang. Hak2
Datuk Hamdan menggeleng-gelengkan kepalanya melihat keletah anak-anaknya itu. Dari kecil sampai ke besar anak gajah semuanya..perangai tak pernah berubah. kalau ada kakak mereka, lagi gamat meja makan ni gamaknya..nasib baik Harfina sudah berangkat pulang ke London pagi tadi. Kalau tidak haru juga jadinya..Hah..yang itu seorang pun lagi la banyak masalah. Nampak aje perempuan, tapi perangai..masyallah…tapi, sejak berkahwin dan dianugerahi seorang cahaya mata..barulah kurang sikit perangai gila-gila anaknya itu. Itu pun setelah berbuih mulutnya menegur. Macam mana pun mereka, datuk hamdan sangat bersyukur..kerana anaknya-anaknya Berjaya dalam hidup dan menjadi insan yang baik. Bak kata orang..mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke pinggan.. erk…betul ke tu?
Airil dan Damia mula bergerak dan duduk di meja makan. Baik dengar sebelum papa mereka yang naik hantu.
Datin sarah dan andak iaitu pembantu rumah mereka keluar dari dapur sambil membawa makanan yang lain.
Huzairil memandang makanan itu kosong. Deria rasa dia hilang dan perut pun tak terasa lapar. Sebenarnya sejak dari pagi tadi lagi dia tidak makan hingga la sekarang. Rasa perit je tekak nak telan makanan. Lebih-lebih lagi bila bibir tu dah pecah di buat syakira. Mahunya lagi tak lalu nak makan.
Huzairil menguis-nguis nasi yang berada di pinggannya. Tanpa disedari pelakuannya itu di perhatikan oleh semua hadirin dan hadirat yang berada di meja makan. Bunyi macam ramai je..
Kerutan hairan di dahi masing-masing terserlah melihat pelakuan pelik huzairil.
“bibir kamu tu kenapa airil? Kamu bergaduh ke? sapai pecah bibir tu mama Nampak.” Tanya datin sarah risau.
“tak ada apa la mama…airil terhantuk kepala kerbau betina..” jawab huzairil geram bila teringatkan syakira. Ambik kau..kepala kerbau betina.
“kamu ni biar betul airil..dah..lepas ni sapu ubat..biar surut sedikit bengkaknya tu..airil..airil..dah..makan elok-elok..jangan buat mama risau..” ujar datin sarah sambil kembali mengadap makanannya.
Tapi, huzairil masih seperti tadi..masih tidak makan dan hanya menguis-nguis makanannya.
“kamu cari apa kat dalam nasi tu airil..kamu kuis la macam mana pun..tak akan keluar cacing dari nasi tu..” tegur datin sarah selamba.
Huzairil tercengang mendengar kata-kata ‘semangat’ dari ibunya itu.
Erk….perli tahap iguana tersepit mama nih..adoi laa..
“mana ada airil cari cacing mama…airil tengah belek-belek nasi nih..mana tahu kot termasuk kaki lipas kesayangan mia ke kan..” sempat dia menjeling adiknya itu. Mia batuk kuat. Bukan batuk biasa la yang pastinya. Tu batuk penuh makna tu..abang aku ni memang pandai buat lawak luar alam kan..tahniah la!
Damia angkat muka pandang wajah abangnya yang terlebih center tu. pandangannya menghantar mesej yang tersendiri.
‘siap la..tunggu je la pembalasan!’
Huzairil pandang buat tak tahu je.. siap jelir lidah lagi..nah,ambik! Banyak ‘baik’ ini abang.
“kamu nak sangat ke airil…taka pa..nanti mama suruh andak masakkan untuk kamu..nak surunh masak apa? Masak lemak? Kicap? Ke papprik?” perli datin sarah lagi.
wakaka..dush..! ambik kau huzairil..nak sangat kan..
“mama!” jerit damia.
Geli benar dia mendengar apa yang dikatakan mamanya itu. Mahu dia muntah balik apa yang dia makan tadi. Mama nih..nak bergurau pun beragak la!
datuk hamdan berdehem. Kalau tak di hentikan makin melarat pula nanti. Isteri anak-anak sama je.
“airil..jangan nak mengarut! Depan rezeki pun sempat nak bergurau..sayang pun sama..jangan di layan sangat  budak-budak nih..” amboi…dah berpuluh tahun kahwin..sampai sekarang masih bersayang-sayang..itu la nama dia cinta sejati brader..
Semua diam..biasa la..raja bersiung dah tegur kan.
“kerja macam mana airil? Ok?” datuk hamdan mula berbicara.
Huzairl senyum bersahaja.
“semuanya berjalan lancar pa..projek baru tu pun dah hampir siap. Airil ingat minggu depan airil nak tengok site tu. nak teliti betul-betul. Risau ada kesilapan pula nanti.”
Kata huzairil. Kalau bab-bab macam ni dia memang serius. Demi keluarga dia sanggup berhujan berpanas..lagipun selepas ini papanya akan serahkan perniagaan itu kepadanya. Dia perlu memberi sepenuh kepercayaan kepada papanya. Cukup-cukup la beban yang di pikul oleh papa untuk menanggung keluarga..dia sudah bersedia menggantikan tempat papanya itu.
 Datuk hamdan menganggukkan kepalanya perlahan.
Tidak boleh di nafikan lagi keupayaan huzairil dalam menjalankan tugasnya. Lebih-lebih lagi setelah dia berjaya mendapat kepercayaan dari syarikat yang agak besar dari Australia untuk menjadi pembekal bahan mentah kepada syarikat mereka. Itu sumbangan terbesar huzairil kepada syarikat mereka. Tapi ada sesuatu yang merisaukan datuk hamdan sejak pertukaran huzairil ke syarikat induk di Malaysia. Syakira.. ya..syakira. mereka bagaikan anjing dan kucing. Bukan datuk hamdan tidak tahu..bibrr huzairil pecah gara-gara terhantuk kepala syakira. Bergaduh sakan mereka pagi tadi nampaknya punca dari kereta kesayangan huzairil.
“papa bangga dengan kamu airil…tapi papa kecewa dengan kamu kalau kamu masih menunjukkan sikap yang tidak baik denga syakira.”
huzaril diam bila nama syakira disebut. Amarahnya masih bersisa.
“cukup-cukup la kamu melancarkan perang dengan dia di ofis tuh..kamu berdua ketua.patutnya menunjukkan sikap yang baik kepada pekerja-pekeja lain..bukannyabergaduh sepanjang  masa..lepas ni papa dah tak nak dengar lagi perkara macam ni berlaku di pejabat.” Kata datuk hamdan tegas.
Damia sengih mengejek abangnya itu. Padan muka!
Huzairil menjengilkan matanya ke arah adiknya yang bertuah itu. Damia buat-buat tak faham. Damia pandang pula wajah mamanya..mereka tersenyum..ada something nih..tunggu dan lihat je la…hehe
“baik papa..” ucap huzairil dengan suara yang mendatar. Nampak sangat tak ikhlas!

Tuesday, 14 February 2012

part 6 : Seandai Kau Tahu

Sudah seminggu pemergian datuk hamdan dan huzairil ke London.
 Hidup syakira tenang-setenangnya sewaktu ketiadaan huzairil terutamanya. Suasana di pejabat pun lebih ceria. Besar betul impaknya sejak kedatangan huzairil. Hakikatnya, semua itu hanya di rasai oleh syakira. Mana ada orang lain yang berani melawan mohd huzairil Adham selain nur syakira qismina…memang musuh tradisi la diorang nih.
Waahh…aman betul hidup ini bila beruang kutub tu tak ada di depan mata. Hehe.. kalau dia ada depan mata aku nih..mahunya aku tak kena sakit mata! Time dia tak ada ni la…mata dengan mulut aku nih boleh berehat sekejap. Ngeee…
Semua kerja di siapkan dengan mudah. Simple gila kerja yang di berikan oleh huzairil. Kesian betul huzairil. Agaknya…mesti si huzairil tu tak tidur malam memikirkan rancangan mahu menyusahkan hidupnya. Tapi, itu lah masalahnya..kalau rancangan tak di atur dengan baik..begini la jadinya…ishk3…
Syakira tersengih. Puas hati dengan ‘kerjanya’..
amy melintas di hadapan bilik syakira. Kakinya berhenti melangkah bila melihat ‘malaun’ tu tersengih-sengih semacam.
‘takkan dah kena rasuk hantu siam minah nih?’ detik hati amy sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
Amy melangkah masuk mendekati syakira.  Syakira pandang wajah amy dengan berkerut.
“iskh..kau nak apa nih!? Kalau aku nak bahagia..ada je la langau yang datang nak menumpang!” marah syakira.
“cisss…! kau kata aku langau? Yang kau tu..tersengih-sengih macam orang meroyan tu..tak ada pulak kau nak fikir!” bidas amy  selamba sambil melabuhkan punggung di kerusi.
Si amy nih..memang apa yang dia buat semua tak berjemput. Sebab..sebelum jemput pun dia dah buat dah..so, faham-faham aje la ye..
“kau tahu tak..perempuan tak elok senyum-senyum macam kau nih..nanti kahwin lambat” kata amy dengan muka sehabis serius.
Syakira pandang wajah amy dengan berkerut beribu-ribu. Nak kelentong aku la tu si amy nih! Dah macam ibu aku dah!
“apa hal pulak…apa kaitan senyum dengan kahwin? Kau tak payah nak mengarut la wei…fakta moyang kau tuh dah tak boleh pakai! Dah reput dah nenek kau tuh! Ni zaman dah nak capai 2020..pe ke hal nak percaya semua tuh…”
Amy mencebik.
“moyang..moyang jangan main ok!  kalau takut, cakap siang-siang…aku tahu kau takut…takut tak dapat kahwin kan..? aku tahu la..aku faham perasaan kau tu…tak ape..aku faham,..ishk3..” kata amy dengan wajah yang penuh simpati. Dah macam nenek kebayan hilang tongkat dah aku Nampak!
“kau nak cakap ke tak nih…karang, kau masuk ada kepala..keluar hilang separuh…baik kau cakap! Aku sembelih buat korban jugak karang minah nih! Tak lama la ni..” ugut syakira.
“weh..sabarlah dear..ni lah satu sebab kenapa ramai perempuan andartu..sebab ada ada perempuan macam kau ni la…lelaki mana la yang gila minat dekat perempuan garang macam kau nih! Tak menyempat!” bebel amy.
Syakira mencebik.
“ok…baiklah nek…macam ni aje lah nek..baik nenek keluar dari bilik saya nih..sebelum saya humban nenek keluar secara terhormat…keluar lah nek…cepat sikit ye…” kata syakira sehabis lembut. Sambil tersenyum dan mengerdipkkan matanya berkali. Amy mengerutkan dahi.
“masyaalah…! Subhanallah..! Aku rasa macam telinga aku nih tiba-tiba bernanah…jantung aku pulak rasa macam nak tergolek keluar..otak aku nih tak usah kata la..tiba-tiba berhenti berfungsi bila dengar suara kau yang tiba-tiba lembut tuh!! Dengan mata dah macam malaun tak makan nasi sebulan! Tolong la berhenti..aku tak tahan..tak tahan! Hahahhaa…” mak aih..ayat….hiperbola nak mati tercekik. Amy gelak kuat. Gelak sampai kepala dah jadi macam penyanyi rock amy search. Nasib baik amy search tu botak..kalau tidak..saling tak tumpah darah la dia dengan si amy nih.
“woi..kau elok sikit! Kalau kau rasa nak masuk bilik aku nih..nak service mulut busuk kau tuh..baik kau keluar..aku malas nak layan orang yang otak penuh lumut  macam kau nih..aku boleh jadi biul dan gila dalam masa yang sama..kau tahu tak! Aku risau, apa yang kau cakap tadi jadi kenyataan je..kau jangan marah aku la..kalau jantung kau tuh betul-betul tergolek keluar dan aku pijak biar leper..then, aku buat pengalas kaki..!” bidas syakira sambil buat muka yang sehabis hodohnya tuh. Tak tahu la macam mana nak gambar kan…hanya allah s.w.t  yang tahu..hehehe…
“woi..kejam ini orang! Tak apa..tak apa…nanti aku kutip balik..aku tiup dengan pam basikal datuk aku tuh..mesti kembung balik…” kata amy selamba.
“boleh ke pam hati kau yang dah macam jantung langau tuh?? Kembung ke benda..pecah sebelum tiba masa..jawabnya..innalillah la kau!
Ehmm..tapi aku heran jugak…sejak bila langau ada jantung ek??  Hahahhaa..”
mereka sama-sama tergelak. Dua-dua sama gila.

“aahh…letih!” huzairil merebahkan badannya di sofa. Terasa tegang seluruh urat ototnya. Keadaan  di dalam kapal terbang masih terasa. Di urut tengkuknya perlahan.
“itu la..orang suruh kahwin cepat tak nak…nak tunggu puteri buluh betung muncul la..apa la…”
Huzairil menoleh. Harfina aisya tersenyum ke arahnya sambil mendekati huzairil. Dia memicit-micit perlahan bahu huzairil.
“laa….kak fina..ingat siapa tadi..rupanya-rupanya wanita besi balik ek? Wah…dah lama tak merasa urutan wanita besi nih..masih power lagi rupanya ye..ingat dah turun pangkat..” huzairil tersenyum manis.
Tahu juga kakak aku ni balik rumah ye..ingat dah sesat kat kota London tu..
“elok sikit.. Karang tangan ni dah berhenti mengurut…naik ke muka kamu tu karang…” bidas harfina dengan suara yang disengaja di tekan-tekan. Sebelah tanganya mencekik leher huzairil sebelah lagi dikepalkan penumbuk dan ditayang-tayang di hadapan mata adiknya itu. Serius seram!
“ok kak.ok..ampukan patik..ampunkan patik…” huzairil buat-buat suara merayu . terasa tercekik. Mati kang susah pulak.
“aahh..beta murka! Tuan hamba akan dihukum pancung sampai kepala tergolek! Hahaha ” ok..dia dah mula gelak jahat.
“apa yang patik perlu lakukan untuk mendapat keampunan dari tuanku..beritahu patik..patik rela lakukan apa sahaja demi tuanku.” Huzairil layannnn…..
harfina angkat kening sambil tersengih. Huzairil mengerutkan dahi. Ni yang aku paling tak suka nih. Kakak aku ni gila banyak orangnya. Adalah tu idea dia nak kenakan aku!
“beta nak tuan hamba………..kahwin!!! boleh??”
Mata huzairil membulat. Ni yang aku tak nak dengar nih! Rugi banyak aku layan dia tadi!!!! Menyesal!!
“dah la kak…airil letih nih..esok la pulak kita sambung main ‘istana-istana’ nih..lepas la kak…kang airil mati siapa nak jawab!” ujar airil sambil cuba melepaskan diri dari genggaman kakaknya. Kuat betul kak fina nih!
“laa…kalau kamu mati..kamu la jawab! Tak kan kakak pulak nak kena masuk kubur jawab sekali dengan kamu…! Apa punya soalan la kamu ni airil! Hahaha..” jawab harfina sambil menyekeh kepala adiknya.
“apa main sekeh-seeh kepala orang ni….!” Protes airil sambil mengosok-gosok kepalnya. Main kasar ar!
“ada akak kisah?” jawab harfina selamba sambil duduk di sofa bersebelahan dengan huzairil. Huzairil muncung. Merajuk la tuu… harfina tersenyum. Dia tahu sangat perangai huzairil. Paling pantang orang main kepala. Agaknya, kalau dia bukan kakak huzairil..dah lama dia kena maki. Ni untung jadi kakak…hahahaa…tapi dia tahu..adiknya takkan berani melawan dia..yakin dengan angkuhnya.
Huzairil bukan tak mahu melawan…tapi tak boleh. Dia tahu benar perangai kakaknya itu. Bukan calang-calang orang yang boleh melawan kakaknya itu. Cuba la cari pasal kalau nak rasa makan kaki dia. Dulu waktu kecil-kecil..dia dan id selalu kena belasah dengan kakaknya itu. Sakitnya terasa sampai ke tulang hitam..! sakit wooo..Haa..ni la sebabnya kenapa kakaknya itu dipanggil wanita besi. Garang mengalahkan harimau. Ngaummm! Boleh pulak ada sound track…haha..
“tua-tua merajuk..buruk la…! Dah macam suami atasinchi akak tengok,…hahhaa..” harfina gelak kuat.
Huzairil mencebik. Boleh dia samakan aku dengan suami atasinchi!  Huzairil buat muka serius. Harfina berhenti gelak.
“ek…tak lawak ek??” Tanya harfina. Huzairil menggeleng. Masih dalam wajah protes. Buruk yang amat huzairil oiii…
“kamu tak rasa lawak ek…ermmm…tapi akak rasa lawak!!!!!! Hahahahaaha…” harfina gelak lagi.  Dia menepuk meja di hadapannya. Tak habis-habis lagi gelakkan huzairil. Huzairil bingkas bangun.
“malas la nak layan akak nih,,! Makin di layan makin terkena!” ujar huzairil dan  ingin berlalu.
Harfina tarik baju husairil.
“eh..eh..eh..sejak bila bertukar jadi anak dara nih?? Duduk!!” marah harfina. Nak merajuk pulak. Debik kang!
“ok..akak mintak maaf…”
Huzairil angkat kening.
“pardon?”
Harfina buat muka. Saje la tu nak kenakan aku.
“ patik mintak maaf putera…! ” muka tak usah kata la..kelat macam kopi. kau jangan buat akak naik hantu airil! Akak karate kau kang!
Huzairil tergelak besar. Letih betul layan kakaknya seorang nih. Tak habis-habis dengan perangai kebudak-budakkannya itu.
“haha..akhirnya!! Malaysia boleh! Yuhuuu…!” Jerit huzairil. Harfina mencubit paha adiknya itu. Huzairil mengaduh. Aahhh…bisanya!!
“apa akak  nih!” marah huzairil sambil menggosok-gosok pahanya.
Huzairil betulkan duduknya. Letih mahu melayan kakaknya ini.
“abang azam mana? Tak kan balik seorang kot kak…” Tanya huzairil sambil mencari-cari kelibat abang iparnya itu.
“abang azam kamu keluar pergi beli barang tadi. Yang kamu cari dia kenapa? Nak korek rahsia jadi suami soleh?? Hehehe.” Jawab harfina sambil tersengih.
“mengarut la akak nih..airil tak jumpa lagi la permaisuri yang akan bertahta di hati airil nih..tunggu la dulu..nanti dah jumpa..airil tayang kat akak..sebab dia pastinya adalah orang yang kedua paling cantik di abad ini..yang pertama tu mama la kan..” bodekkk…
“nak tunggu sampai bila ril…” tiba-tiba suara Datin Sarah mencelah.
Haa,,sudah…mama dah masuk campur hal-hal sensitif. Mati aku..!
Datin sarah melabuhkan punggung di sofa berhadapan dengan huzairil dan harfina.
“mama hairan betul la dengan kamu nih..umur dah meningkat..tapi pasangan pun tak ada lagi. Muka dah hensem..bergaya..Anak-anak kawan mama tu..ramai dah kahwin umur sebaya kamu tu..kalau yang tak kahwin lagi pun..mesti dah dah pasangan masing-masing. Kamu bila lagi airil…? Jangan tutup sangat mata hati kamu tu..nanti susah. Yang ada depan mata pun kamu tak Nampak.”  Datin sarah cuba menasihati huzairil.
“hensem ke ma?? Mana nak tengkok..” harfina memegang kepala huzairil dan dipusing kekiri dan ke kanan.
“apa akak nih! Terseliuh tengkuk airil ni karang!”
“tak hensem pun mama..nampak macam orang indon jual kain je…haha” ejek harfina.
Huzairil mencebik.
“Cemburu la tu..mama tak puji dia..”
Harfina mencebik.
“akak memang dah serba-serbi cantik..mama sampai tak tahu nak puji bahagian mana tau!” kata harfina sambil menjelir lidahnya.
“dah..dah! bergaduh aje kerja kamu berdua nih. Airil..tak elok cakap kat kak fina macam tu..fina pun..jangan kacau sangat adik tu..! dua-dua dah besar panjang..tapi perangai tak ubah-ubah..! mama nak pergi dapur siapkan makanan. Nanti membebel pulak papa kamu tuh..” kata datin sarah dan terus berlalu ke dapur. haaa..kan dah kena marah.
“baik ma…!” jawab harfina dan huzairil serentak. Comel je diorang nih. Macam kanak-kanak ribena. Haha..!
“ tapi kan airil..akak rasa airil betul-betul dah kena cari seorang la..tak kan airil nak hidup macam ni sampai ke tua..” ujar harfina.
Huzairil mengeluh.
“bukan airil tak nak kak..tapi airil tak rasa yang airil boleh cari yang terbaik dan airil masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami. Airil takut airil tak dapat bahagiakan isteri airil.semua itu perlukan kesabaran dan pengorbanan kak..” Ujar airil tenang.
“sejak bila ada perkataan takut dalam diri adik akak nih? Ya..semua itu memang perlu airil..dan airil kena belajar dan hadapinya dengan tenang. Tapi sebelum tu..airil kena belajar mencintai seseorang dengan sepenuh hati. Itu pelajaran pertama untuk airil”
Huzairril tergelak besar. Kakak aku ni meroyan ke  apa?? Buang tabiat betul la…
“sejak bila kak fina jadi perunding cinta ni? Dah tak nak uruskan syarikat papa kat London ek??” perli huzairil.
“akak serius nih!” dengus harfina.
“ok..ok..cukup la sekali kak…airil dah letih bagi cinta pada perempuan nih..tapi dia langsung tak menghargai cinta airil kak..that’s enough kak..”  jawab huzairil sambil tersenyum kosong.
“airil..hidup kita tak akan musnah hanya kerana di tinggalkan oleh seseorang..tapi jadikan perpisahan itu sebagai kekuatan dan mungkin itu juga adalah peluang untuk kita bertemu yang lebih baik. Hidup dan mati hanya sekali airil..tapi allah beri kita hati dah perasaan untuk mencintai dan menyayangi untuk seumur hidup kita..jadi jangan hapuskan rasa cinta itu..kerana cinta itu indah jika ia kerana allah..” ujar harfina dah terus berlalu, sekadar memberi peluang untuk adiknya  itu berfikir sejenak. Huzairil terkesima. Ya..memang  jiwanya kosong..kosong dengan rasa cinta dan kasih sayang. Tapi jauh di sudut hatinya…tiada siapa tidak mahu dicintai dan mencintai..

Malam itu memang malam yang paling gilang gemilang la bagi minah terencat seperti amy. mereka berdua telah dijemput ke majlis kesyukuran di rumah datuk hamdan sempena dengan kejayaan syarikat mereka itu. Sebenarnya bukan diorang berdua sahaja yang di jemput..semua staff di jemput. Alah..nak berlagak vip la tu..
Amy mengetuk pintu bilik syakira.
“sya..! lamanya kau bersiap..kita bukan nak pergi jumpa bakal mertua kau …! Tak payah la nak pakai macam princess sangat weii..”  jerit amy. geram betul dia dengan syakira. Dari petang tadi tak keluar-keluar bilik. Lepas aje dia beritahu mereka di jemput ke majlis kesyukuran di rumah datuh hamdan, dia terus masuk ke bilik dan tidak keluar lansung.
Amy ketuk pintu sekali lagi bila syakira masih tidak menyahut.
‘dah jadi tengkorak ke  apa minah ni dalam bilik tu! iskh!’ rungut syakira.
“woi sya!!! Kau jangan aku ketuk pintu bilik kau ni guna kaki pulak! Cepat la keluar! Kita dah lewat nih!”
Belum sempat amy mengetuk pintu sekali lagi. Syakira membuka pintu.
Amy membuntangkan biji matanya. Over la pulak terkejut si amy nih!
“kau ni apa hal…malam-malam macam ni jadi tarzan dalam bilik aku! Iskh..kacau org nak tidur betul la! Kalau kau rasa nak melalak..kau pergi la jauh-jauh..macam bumi ni tak cukup tanah je untuk kau kan! Dah tu siap buat mata macam ikan buntal tu..kau ingat comel..! ”marah syakira sambil menggosok-gosok matanya.
Amy ketap bibir. Agak-agak…dah berkepul asap keluar dari telinga si amy tu. mana si amy tu tak bengang. Syakira keluar dengan hanya berseluar pendek dan ber t-shirt gambar hulk yang macam tertelan biji nangka tu. rambut pulak dah macam orang meroyan. Ishk..iskh..iskh..hiperbolanya gambaran dia ye..
“syakira!!!!!!!!!!!!” bergema jeritan amy. mahu tak cair taik telinga aku. Syakira hanya buat muka tak bersalah. Dia melangkah masuk ke bilik dan kembali merebahkan badannya di katil.
“kau tahu tak kita dah lewat nih! aku punya la melawa…baru nak berubah bersopan santun sikit dengan baju aku nih..kau pulak dah rosakkan imej aku jadi macam nenek tua! Cepat la sikit siap! Kalau lewat..kau jaga la..tempah la flight nak pergi sana!”
Amy bengang.
“kau nak pergi mana pakai cantik-cantik nih?? nak pergi jumpa mertua ke?? kau tu memang dah lama nampak macam nenek tua..tak payah nak berangan muda la amy..”
Jawab syakira sambil mata masih terpejam rapat.
“masyallah..letih nye nak bercakap dengan belanga nih! woi..kan hari ni kita kena pergi majlis kesyukuran rumah datuk hamdan! Ni dah kali ke 1001 rasa dah aku bagitau kau nih! kau jangan cakap kau lupa!”
“aku tak lupa…tapi aku malas pergi..kau pergi aje la..aku letih..” jawab syakira dengan suara yang di buat-buat syahdu sampai rasa nak berdarah telinga si amy tu dengar. Amy duduk di birai katil.
“tak kan kau tak nak pergi rumah datuk hamdan tu..kesian la dia..kan dia dah jemput kita. Bukan majlis kematian kita nak pergi ni..tapi majlis kesyukuran.. tak baik tak pergi jemputan orang ni..please…kalau tak pun..kau fikir la pasal aku..aku dah pakai cantik-cantik ni..nak juga usha-usha anak-anak tan sri..mana tahu ada yang tersangkut kat aku kan..hikhikhik!” boleh pulak berangan sampai sejauh tu…
“ermmm..ada agenda ulat dah naik daun inai rupanya…! Aahh..malas la aku..kau pergi aje la..” jawab syakira malas.
Amy bengang. Mianh ni..aku cakap baik bukan nak dengar!
“kau jangan banyak cakap! Kau pergi siap sekarang!!” marah amy dan membangunkan syakira. Dia menarik tubuh syakira ke tandas.
“woi..apa hal main kasar nih! aku malas la…kau tak faham ke..ke kau nak suruh aku cakap cina!” marah syakira sambil memegang pintu jamban.  Amy buat-buat tak dengar. Di tariknya syakira masuk ke tandas. Boleh tahan gila juga si amy nih.
“yang kau pegang kuat-kuat kat pintu jamban tu kenapa!?”
“dah kau tarik aku..aku pegang la pintu jamban ni!” marah syakira pula.
Lama juga la dia memujuk syakira. Akhirnya syakira mengalah.

Malam itu syakira memakai baju kebaya berwarna hitam dan bertudung ariani.  Wajahnya hanya memakai sedikit bedak dan di calit sedikit gincu agar tidak Nampak terlalu pucat. Dia kelihatan sungguh cantik.  Sebenarnya, amy yang memilih baju tersebut. Naik hantu syakira bila dipaksa memakai baju kebaya. Mahunya tidak, mana dia pernah pakai baju kebaya sebelum ini . itupun satu-satunya baju kebaya yang di hadiahi ibunya.
Sesampai di sana, mereka mencari kelibat datuk hamdan kerana ingin mengucapkan tahniah di atas kejayaan yang diperolehi. Iskh..ayat karangan spm la pulak…hahaha.. Mereka mendekati datuk hamdan dan isterinya datin sarah yang sedang rancak berbual dengan tetamu-tetamu yang lain.
“assalamualaikum datuk” tegur amy sopan. Mereka menyalami datin sarah dan berbalas senyuman.
“waalaikumussalam..lambat kamu berdua sampai..? ingat dah lupa..”  kata datuk sambil tersenyum.
“ni haa..tunggu puteri dari kayangan ni..lama benar bersiapnya..!” adu amy. syakira menjeling amy tajam. Amy buat muka tak bersalah.
Ishk minah nih…nak mengadu bomba la pulak! Aku sumbat pili bomba dalam mulut tu baru tahu!
“biasala tu..orang perempuan kan..” sahut datin sarah sambil tersenyum. Syakira tersenyum puas.
“naaa…tengok..geng dah sampai dah..” kata syakira smabil tersenyum lebar.
“ala datin..jangan menangkan dia..dia ni kuat riak datin..karang tak terkawal pulak dia..jenuh la kita nak menadah telinga dengar dia mengangkat diri..”
“ye la..mengata orang pulak..kau tu dah masuk tahap takabbur tu, kira baik la tu kan…” bidas syakira.
Iskh3..budak dua orang nih..depan orang tua pun nak bergaduh!
“ada je modal kamu berdua ni  ye.. kalau awak nak tahu..habis majlis ni pun tak puas melayan mereka ni sarah.,” kata datuk hamdan kepada datin sarah. Datin sarah tergelak kecil. Seronok melihat telatah amy dan syakira. Becok!
“apa-apa pun datuk.kami nak ucapkan tahniah..dan moga  syarikat datuk ni akan terus maju dan di cucuri rahmat allah.. ok la datuk..perut pun dah berkeroncong minta di isi..kitaorang pergi menghabiskan makanan dulu lah ye..hehehe..” kat syakira sambil tersengih.
“iskh..dah saya jemput..memang la suruh makan..bukan suruh jadi pencuci pinggan..apa lagi..pergi la makan..karang habis..kempunan pulak kamu berdua nanti.” Kata datuk hamdan sambil tergelak.
“kalau datuk nak suruh kami basuh pinggan..dulu lagi kami mintak diri la..haaha..” jawab amy.
Mereka tergelak besar.

‘waahhhh…banyak gila makanan..!! ni yang seronok nih! hehehe…
Syakira memilih makanan sampai tak sedar sudah penuh makanan di pinggannya. Ishk..dah berapa hari tak makan si syakira nih? kesian..kebuluran rupanya.
Orang lain dah jelling-jeling semacam je kat si syakira. Tapi dia buat tak tahu je..memang muka tak malu betul la minah ni…
‘eh, suka hati aku la kan…aku nak makan banyak ke sikit..ada guna duit korang ke? piiirraahhh…!!’
Baru je dia dia nak usha tempat strategik untuk menjamu selera gajahnya itu, tanpa di sangka dia terlanggar makhluk allah yang seorang nih. habis tumpah semua makanan itu tepat di bahagian dada baju makhluk allah tu. terasa masa terhenti seketika. Syakira tergaman. Syakira angkat wajah merenung makhluk allah tu..dan……syakira tahu yang dia sedang bertemu dengan malapetaka.
“huzairil…..” hanya itu yang mampu terucap di bibirnya. Wajah huzairil tak payah nak imagine la…gamaknya dah hijau setaraf dengan hulk je.
“syakira qismina binti kamaruddin….” Suara huzairil bergetar menahan amarah. Di tenungnya wajah syakira dan baju kemejanya silih berganti. Syakira telan air liur.
‘dah berapa gelen dah air liur dah aku telan nih…kembung dengan air liur juga aku malam ni.. iskh…macam mana dia ada belakang ni pulak!’
“what have you done!?” ujar huzairil keras tapi dengan nada yang perlahan.
“apa!? Tengok..habis tumpah semua makanan saya nih! siapa suruh awak duduk kat belakang saya. Dah tak ada tempat lain nak landing ke!?” marah syakira. Syakira tertunduk-tunduk mengutip makanan yang tumpah tadi.
“membazir aje….” Guman syakira.
Takkan aku pula yang nak kena mengalah kan! Tak mungkin..tak mingkin….detik syakira.
Huzairil terkejut melihat perbuatan syakira mengutip kembali makanan yang tumpah tadi.
‘apa dia buat nih!!’
Huzairil pantas menarik tangan syakira kasar.
“iskh..apa nih! lepaslah!!! Haram tau tak!!!” marah syakira sambil meronta-ronta minta di lepaskan.
Huzairil tidak menghiraukan rontaan syakira dan terus menarik syakira menuju ke arah garaj kereta.
‘woi, beruang! Lepas lah!!” jerit syakira lagi.
Huzairil menyandarkan syakira rapat di keretanya. Tubuh syakira di kepung tangan huzairil. Syakira tergaman. Huzairil pandang wajah syakira tajam. Syakira mula gelisah bila terus-terusan di tenung huzairil.
“kenapa diam? Jerit la lagi…kutuk lagi..cakap apa lagi yang kau nak cakap pada aku!” Kata huzairil.
Syakira gigit bibir. Terasa luruh jantungya apabila wajah huzairil rapat dengannya.
Ni sejak bila pulak aku di serang penyakit gemuruh nih..alahai syakira…
“ketepi la! Awak nak buat apa nih!?” marah syakira. Lama huzairil pandang wajah syakira. Tiba-tiba meledak ketawa huzairil.
“nak buat apa? kau Tanya aku nak buat apa?? Hahaha….kau Tanya aku nak buat apa?? Ahahhaaha..” huzairil tergelak besar. Syakira mengerutkan dahinya.
‘gelak macam hantu! Apa kelakar sangat ke soalan aku tu.?  ni laa orang kata..gila secara tiba-tiba!’
“awak ni kenapa? Dah biul?”
“kau Tanya aku nak buat apa?” Tanya huzairil sekali lagi dengan wajah yang kembali serius dan kembali memerangkap syakira dengan tangannya.
“aku yang sepatutnya Tanya kau..apa yang kau dah buat pada aku!!?” jerit huzairil kuat.
Syakira terkejut sehingga matanya terpejam.
“tengok ni..! bukak mata kau tu…tengok apa yang kau dah buat dengan baju aku nih!?” marah huzairi lagi.
Syakira buka mata perlahan. Di pandang wajah huzairil tajam.
“so!!?? Awak nak suruh saya buat apa!!? Yang awak bertenggek kat belakang saya tu siapa suruh!!!” jerit syakira. Geram dengan kerenah huzairil yang sesuka hati memarahinya.
“kalau dah buat salah tu..reti-reti la nak mengaku..dan ringankan mulut tu sikit minta maaf..!” tempelak huzairil.
“Kenapa pulak saya nak kena mintak maaf dengan awak! Bukan salah saya seorang..awak tu yang patut fikir sendiri..salah siapa sebenarnya..!” tempelak syakira.
“aku pulak yang nak kena fikir? kau tak ada otak nak fikir sendiri?” bidas huzairil.
Syakira buat muka.
“yang awak tak puas hati sangat dengan saya ni kenapa!?  Benda dah jadi..salah awak jugak kan! pot pet pot pet macam nenek kebayan tu kenapa..!? simpan aje la air liur awak tu buat mengaji al-quran ke apa ke..ada jugak faedah!”
“habis tu..air liur kau tu buat apa pulak?  Menjawab kan..orang cakap apa-apa, menjawab! Tak pernah nak ikut arahan..buat benda ikut kepala sendiri aje! apa salahnya kalau guna air liur tu untuk bercakap baik dengan orang lain..!”
Syakira mendengus.
“saya hanya bercakap baik dengan orang yang reti bercakap baik dengan saya sahaja..dan bukan untuk orang macam awak..!” jawab syakira selamba.
“itu aku tahu..sebab orang macam kau ni memang suka cari pasal dengan orang hensem macam aku ni kan…maklumlah, ramai orang kata cambahkan kebencian lama-lama jadi cinta kan…mesti kau sedang cuba nasib nak menarik minat aku pada kau kan? Tapi sebelum tu aku, awal-awal aku nak pesan la..kau hentikan aje la drama kau ni..sebab aku takkan tertarik pada monyet macam kau!”
Ucap huzairil sambil sambil berlalu meniggalkan syakira terkebil-kebil menahan amarah.
 “ beruang kutub!!!!!! kalau sehari tak masuk bakul angkat sendiri..tu namanya bukan beruang la tu! nak suruh aku minta maaf dengan dia..tapi dia cakap dengan aku dah macam apa-apa, tak apa pulak kan! Dasar beruang! Tak tahu malu! Muka macam tapir! Hidung macam gajah! Mulut macam gagak!! Aaahhhh….!!!!! Geram, geram!!!”  jerit syakira sambil menendang tayar milik kereta Mitsubishi lancer  tempat dia bersandar tadi.
Ada aku kisah kereta jenis apa pun! Yang penting aku tengah marah nih!
Di telitinya kereta mewah itu.
“ni bukan kereta kesayangan beruang tu kan?”
Syakira tersenyum penuh makna.
“hehehe…siap la kau huzairil adham…”
Ok..dia dah mula nak buat kerja jahat yang dah lama dulu dia dah bersara. Ni bukan sengaja..tapi keadaan memaksa. Nak buat macam mana kan…hihihi…

Syakira membebel di sepanjang jalan..entah dah berapa bakul dah dosa si syakira ni gamaknya mengutuk si huzairil tu ye.
Tiba-tiba syakira terlanggar seseorang.
‘hah..ni kayu balak mana pulak nih!’
“bu….” Syakira tergaman. Melihat wajah pemuda itu yang hanya tersenyum memandang wajahnya.. syakira tak jadi meneruskan ayatnya yang berbunyi ‘buta ke!?’. Nampak muka alim je…kang kena ceramah pulak nanti..
 Laaa…tersengih pulak mamat nih!
“saya minta maaf ye..” ujar pemuda itu dengan sopan santunnya.
‘erk…?? anak siapa la ni…sopannya..sesuai buat jadi hantu nih..eh, silap! Menantu….tapi tu la…aku ni anak pun tak ada lagi..tak apa la..rezeki orang lain la tu..’ detik syakira
“ye puan? Kenapa ye..sakit ke?’ Tanya pemuda itu prihatin la kononnya.
‘puan!!!!!????’ ishk dia ni….!’
“eh..elok sikit! Saya tak kahwin lagi ye…tak  apa lah..saya ok..jangan risau..saya ni kebal..setakat terlanggar kayu balak macam awak nih..patah riuk sikit jek bahu nih..tak apa..tak apa..jangan la buat muka bersalah sangat tu depan saya ye..” ujar syakira. Ni sakit ke tak sebenarnya si syakira nih..buat orang konfius je..
“nama saya  adam izwan” 
ada aku Tanya? Detik syakira.
“saya syakira…ok lah..saya pergi dulu lah..ada hal..ok..assalamualaikum..” syakira terus berlalu..pemuda itu hanya tersenyum dan mengangguk.
Senyum lagi! Tak letih ke? dulu aku baca novel ada panggil hero dia tu ‘prince no smile’…sekarang mamat ni aku nak panggil ‘prince more smile’…dah macam iklan Darlie je…aahh.lantak kau lah…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...