“woit sya! Kau nak pergi mana tu?” tegur amy apabila terpandang syakira berjalan laju dengan wajah yang agak kelat-kelat keruh sekeruh air longkang…mak aih..keruhnya!
Syakira menghentikan langkahnya. Syakira pandang wajah amy lama. amy angkat bahu dengan wajah berkerut seribu. Aku tak ada buat salah ok! Jangan tuduh aku! Si amy nih…dah kau tak buat salah tu..buat-buat tak tahu sudah laar…dia kawan aku lah! Mesti la aku kena buat-buat tahu!
Syakira tarik nafas dalam.
“kau tahu siapa yang perangai sikit tak ubah macam mak munah gila kampung aku tu? siapa berani alih kan barang aku…bukan sikit….tapi seluruh harta benda aku dalam office room tu..dah bersemandi baekk.. punye..kat dalam stor? Kau cakap siapa!!” aahhhhh…!!!! Betapa bengangnya aku dengan manusia perosak!!!
Amy terkejut.
“biar betul..entah-entah kau silap tengok kot…tak kanlah…siapa berani sentuh barang kau tu…hanya hantu angin je yang berani wei..” sejak bila pulak ada hantu angin.
Aisshh…siapa buat hal pepagi nih…dah la minah nih tengah banyak masalah semenjak dua tiga empat menjak nih…! Barang dia bukan boleh orang sentuh main-main. Kalau nak rasa sup kasut LV celup…buat lar..korang faham-faham la ye..PS punye brand la tuh..
“tu memang barang aku! Aku ni tak ada lagi penyakit nyanyuk sampai tak kenal bilik dan barang aku sendiri!”
“tu memang barang aku! Aku ni tak ada lagi penyakit nyanyuk sampai tak kenal bilik dan barang aku sendiri!”
“ok..ok..kau tarik nafas dulu…kita bincang dalam office aku ok…kita minum-minum..sejukkan hati kau yang tengah panas tu..k..” orang macam ni nih…jangan memandai nak tenangkan..kalau datuk fadhilah khamsah datang nak bagi motivasi sekalipun..ada kemungkinan yang amat-amat la besar dia hempuk datuk tu dengan kerusi.. Baik jangan cari maut..
“aku dah tarik sampai dah rasa sesak nafas dah ni wei…!! Aku nak tahu siapa yang buat semua tu!! tell me..or you die!”
Mak aiihh…sampai nak bunuh membunuh..ni kes berat nih..! amy telan air liur. Pahit.!
Belum sempat amy buka mulut..bala dah datang….adiosss…!
“aku yang buat semua tu…” huzairil menjawab selamba.
Syakira pandang wajah huzauiril. Dia mendekati huzairil.
Dia ni kenapa? Dah la tak reti nak terima kasih dengan orang! Masa aku pergi ambik dia hari tu…satu ayat pun dia tak ucap kat aku…kalau kau benci aku pun…appreciate la sikit aku tolong ambil kau! Memang beruang lupakan kutub betul lar! Ek? Ada ek?
“apa? Kau tak puas hati? Kalau kau rasa tak puas hati..kau boleh hantar surat resign..dan….owh..kau Nampak tak lif tu? kau masuk lif tu..turun tingkat 1..dah cari pintu keluar ok…” huzairi ingin berlalu. Padan muka! Minggu lepas bukan main berlagak lagi dengan aku kan…nganga lar sampai kau kembung pun..aku tak kan tarik balik kata-kata aku tu!
“owh..sebelum terlupa…ambil semua khazanah-khazanah alam kau tu ye..jangan nak semakkan stor pula…banyak lagi barang yang berguna nak simpan kat dalam tu..”
Amboi..amboi..happy nye dia! Sikit punye sopan ini jantan! Heh..ada hati nak suruh aku resign! Langkah kolam ikan keli pak mail kampung aku dulu la wei…..!
“heh…awak siapa nak bagi pendapat yang tak berapa bernas tu kat saya?” kata syakira sambil tersenyum sinis.
Huzairil menoleh semula ke arah syakira. Melawan! Aku tak suka perempuan yang suka melawan!
“aku ada hak..aku adalah salah seorang yang akan menjadi pemegang syer syarikat ni…kau sepatutnya..tanya soalan itu untuk diri kau sendiri…lagipun..ni syarikat papa aku..aku punya suka la kan..” jawab huzairil selamba. ambik kau…
Syakira tergelak kecil. Bergaya sangat la tu kau boleh jawab macam tu? cit, podahh!
“please la…kalau awak betul-betul anak jantan…lawan jangan guna nama bapak segala…kalau setakat nak hidup bawah ketiak bapak sendiri je…busuk juga ketiak dia tu…sebab,tak sempat basuh…jadi..cuba guna otak kalau nak cari tempat port elok..cari yang nyaman sikit..senang citer..be a real man la..” baru kau tahu siapa aku…kau ingat aku takut? Silap orang lar!
Huzairil ketap bibir.
“aku malas la nak layan perempuan yang tak ada citarasa macam kau nih..kau lebih baik balik jaga anak aje la ye..asuh anak kau..biar mulut tak lancang macam kau..” angkuh sekali bahasa yang diguna encik huzairil ni ye..fuuhh..perisa kari punye ayat..cadangan yang paling bernas aku bagi pada kau..
Amy tercengang. Sejak bila si syakira ni beranak..setahu aku..kahwin pun tak lagi..tak kan dia dah lama kahwin dengan beruang kaola tu!? sampai hati kau sorokkan dari aku!! Walau suami kau biul macam mana pun tak pe beb..aku tak kisah..kalau ye pun..bagi la aku peluang jadi pengapit kau..wuaaaa…sampai hati kau!
Tolong lar amy..kau jangan buat drama indon kat sini! Orang tengah mengamuk tuh!
sebenarnya bukan sengaja huzairil mahu mencari gaduh..hakikatnya, office room yang diduduki syakira itu menarik minat dia. Nampak cantik..nampak ekslusif. So, senang cerita..dia memang ingin memiliki office room tersebut. Apa lagi..dia pun guna la kuasa veto dia untuk mengarah pekerja mengalihkan semua barang-barang yang ada di bilik tersebut dengan senang hatinya..sungguh tak beradap ini manusia…
“kau….!!!” Syakira bengang.
“apa? Salah apa aku cakap? Sedarlah sikit..kau dengan aku…bagai tikus dengan hamster... cuba kau renung-renung kan..mana lagi comel?” Tanya huzairil dengan wajah yang dibuat-buat serius…
Kurang asam! Dia kata aku tikus!!!??? Syakira memandang huzairil tajam. Kalau boleh nak di potongnya huzairil halus-halus..lepas tu buat gulai..bagi amy makan puas-puas..hah..kau tak payah makan sampai setahun amy..jimat duit kau!
Amy tersedak. Ishk..nak gaduh pun jangan la mention nama aku!
“tengok..soalan mudah macam tu pun tak boleh jawab! Mestila hamster kan…..so..nampak sangat kau dengan aku nih..berkilometer jauhnya taraf kita.. sekarang kau balik…tenangkan diri..rehat minda kau yang dah bercelaru esok lusa nak sewel tu..muhasabah diri kau baik-baik..ok..” kata huzairil sambil tersenyum..
Syakira mengangguk-ngangguk kan kepalanya perlahan. Aku bukan mengangguk setuju dengan cadangan bodoh beruang nih..! tapi…
“dah habis??” Tanya syakira selamba.
Amy gigit bibir..aduh..anak bos ni pun satu..cari pasal lagi dengan cucu pak mahmood nih! Dah la pak mahmood dulu jaguh silat. Sekali dilipatnya si huzairil ni baru dia tahu langit tu tinggi ke serendah orang kerdil! Tapi…tak kan syakira tak perasan sesuatu dengan muka mamat nih? Tak kan…
Amy gigit bibir..aduh..anak bos ni pun satu..cari pasal lagi dengan cucu pak mahmood nih! Dah la pak mahmood dulu jaguh silat. Sekali dilipatnya si huzairil ni baru dia tahu langit tu tinggi ke serendah orang kerdil! Tapi…tak kan syakira tak perasan sesuatu dengan muka mamat nih? Tak kan…
amy pandang wajah syakira sangsi..
Syakira memandang huzairil sambil tersenyum sinis. Aku Nampak kau kecik besar, kecik besar je! Setakat budak berhingus macam kau nih..kata-kata kau tu bagai angin lalu je kat aku…heh..kau tak kenal lagi aku siapa…aku ni anak encik kamarul, cucu pada pak mahmood..la brother..! jentik sikit dah nangis.ada hati nak main kejar-kejar ngan aku yek!
“wahai encik huzairil yang budiman..sebenarnya, encik ni dah silap orang lar nak ajak bermain..saya tak ada masa nak layan budak manja macam encik nih..kalau encik nak main-main..nampak lif tu? ok..then naik tingkat 8..kat sana ada nursery..so..masuk kat dalam..ramai orang boleh layan budak-budak macam encik nih..permainan pun banyak..mesti encik happy kan?? Elele..tak nak mengaku pulak…” ucap syakira sehabis lembut. Lembut-lemput pun..boleh buat meletupkan otak sesiapa sahaja mendengar..wahh..berbisa sungguh!
“encik kata saya tikus?? Encik pulak hamster?? Wah..wah..happy nye encik mengata saya ye..! Nampak sangat IQ encik nih..dah jatuh tahap bengap yang amat! Tahu tak..tikus dengan hamster tu spesis yang sama? secomel mana pun hamseter tu..dia tetap tikus! Tak ada haiwan lain lagi ke yang encik nak guna?? Dah pupus semua haiwan kat dunia nih? Guna lar beruang ke, cipan ke, tak pun katak! lagi comel tau tak..! kesian datuk hamdan hantar encik belajar jauh-jauh..benda remeh macam ni pun tak boleh nak fikir!” tempelak syakira. Hah..puas hati aku! baru kau nak tercengang macam hamster tercekik kuaci!
Huzairil bengang.. perempuan nih..!!!! saja cari pasal!! panas baran betul mamat sorang nih!
“aku…….”
Belum sempat huzairil habiskan ayat keramat apa entah nak disebutnya…datuk hamdan yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati keluar cuba meleraikan keadaan yang agaknya kalau di biarkan..boleh terbakar officenya..bankrup aku! Desis datuk hamdan.
“apa yang kamu berdua gaduh kan ni!? Dari tadi tak habis-habis memekak! Hormat privasi orang lain! Di sini tempat bekerja! Bukan nya tempat bergaduh!” datuk hamdan dah naik bengang…sudah…habis tu..BMW datuk tu dah tak nak naik erk? Bagi saya la datuk…kihkih..
Aduh…sempat lagi si syakira ni berangan…apa nak jadi larr…
“Kamu berdua..masuk bilik saya sekarang!!!” bergegar satu bangunan seri lembayu trading..kuat juga penangan datuk nih..mengarah persis askar pencen..dulu bekas askar kot..garang yang amat mak datuk oiii….
Datuk hamdan merenung syakira dan huzairil tajam. Keadaan genting macam dalam movie FBI: The Aviator..time nak terima hukuman..mak aiihh..seram satu badan…ye ke movie tu? hehe..tapi masalahnya..dua manusia nih..boleh buat muka toya jek! Huzairil dan syakira buat muka tak bersalah..dua-dua tak nak mengaku bersalah. Syakira dengan caranya yang ala-ala gangster..mulut tu pulak terkumat-kamit baca mentera menyumpah-seranah si huzairil tu tak habis-habis lagi..depan bapak dia ni cik syakira oii…huzairil pulak buat gaya macho lar konon..hero tak gentar la beb! Dua-dua sama!
Datuk hamdan mengeluh perlahan. Kepalanya digeleng perlahan.Kalau lah mereka berdua tahu apa akan jadi selepas ini..lagi huru-hara gamaknya..meletus juga perang dua benua nih!
“kamu berdua tahu tak apa yang korang dah buat?” datuk hamdan memulakan perbicaraan. Ya yang arif..!! kami tahu….
Huzairil dan syakira saling berpandangan. Bukan pandang-pandang sayang..siap hadiahkan jelingan maut lagi! Nak saling menuduh la tu…
“tak payah nak tunding jari sesame sendiri! Saya tak suka orang yang tidak tahu untuk bertanggungjawab atas kesilapan yang telah dilakukannya! Two of you are educated person! But your attitude..hancur! Bergaduh sana-sini..tak malu ke!?” mak aihh..terlebih guna ayat formal la pulak datuk nih…naik meremang bulu kaki aku! Desis syakira.
Mereka tunduk bagaikan pesalah. Baru nak tahu salah..adoiii…
Datuk hamdan tarik nafas. Semput juga dia melayang kerenah kedua-duanya.
“syakira..selepas ini..awak akan bekerja di bawah pengawasan huzairil. Dia adalah pemangku jawatan pengarah urusan. Jadi segala belanjawan yang berkaitan dengan syarikat..awak boleh terus berurusan dengan huzairil..”
Huzairil tersenyum senang. Habis lah kau nanti minah sewel….! Siap kau! Huzairil sudah mula merancang rancangan mahu mengenakan syakira.
Syakira tercengang. Nak membantah pun..dia bukan ada kuasa…kau cengang aje la syakira…
“huzairil..papa tak nak dengar ada apa-apa kekecohan berlaku. Jalan kan tugas dengan baik..tentang bilik kamu..papa dah sediakan bilik kamu bersebelahan dengan bilik syakira…tak payah kamu nak susah-susah angkut barang syakira..hormati barang orang lain! Jangan main sentuh atau ubah ikut suka sendiri..”
Huzairil mencebik. Kena aku..!
Giliran syakira pula tersnyum mengejek..Padan muka kau! Hahahaaaa…puas hati aku!
“sekarang kamu berdua boleh keluar..saya tak nak dengar ada apa-apa pergaduhan lagi berlaku antara kamu! Faham!”
Mereka mengangguk perlahan dan berlalu keluar.
Boleh pulak terserempak di hadapan pintu…menjeling tajam la keduanya..mahu tak tersembul biji mata tuh..
Boleh pulak terserempak di hadapan pintu…menjeling tajam la keduanya..mahu tak tersembul biji mata tuh..
*macam mana la diorang nk survive bekerja bersama lepas ni..ikuti ye…J
No comments:
Post a Comment