Wednesday, 2 November 2011

part 1 : Seandai Kau Tahu3

"Arghhh...mood nak lepak! tapi tak tahu nak lepak dengan siapa la pulak! ishk..." rungut syakira sambil merenung syiling. kalau la, bakal mak mertua tengok cara si syakira terlentang sekarang ni,sah-sah perkahwinan CANCEL!  tahu juga si syakira ni bosan..ingatkan dia nak 'kodho' je tidur  seharian. bangun-bangun dah pagi isnin, terus pergi pejabat. 
"lapar la pulak..aish..ni yang aku lemah ni..minah terencat tu kembung perut makan nasi,aku kat rumah ni pulak kembung perut makan angin! tak adil betul! blah gi makan jap r.."
syakira bangun dan terus bersiap. mahu tak mahu,dia tetap perlu keluar mencari makanan,ataupun gastrik dia menyerang. Pilih lar…tapi,yang pasti,dia memang tiada pilihan.  Lagipun barang dapur pun dah banyak yang habis. Hakikatnya, dapur sebulan sekali sahaja berasap, itu pun kalau asap memasak..biasanya,berasap dapur lauk hangit banyak la..alih-alih makan kat kedai mamak cengeng tu juga la jawabnya…ishk..ishk..anak dara..

Syakira termenung jauh. Memandang langit yang tak pernah hilang jauh nun atas sana. Angin membelai lembut pipinya. Tudung yang dipakai berbuai mengikut rentak angin. Tenang. Syakira sebenarnya tak pernah kisah, samada berteman ataupun tidak. Lagipun,dia dah biasa hidup seorang. sejak di universiti, kekal keseorangan hingga la sekarang. Orang kata, hidup tanpa teman ni..sunyi..so,hari ni, aku mengiakan kata-kata orang itu. Teringat la pula kat ibu ayah..dan...seseorang yang selalu di hatinya....masih terbayang detik-detik kedua pertemuannya dengan haikal...ya,,haikal la orang yang teristimewa di hati dia...dan di sini lah...tempat yang menjadi saksi...persahabatan mereka bermula.

“hoi..”
Lamunanya terhenti. Syakira membatu kan diri dan langsung tidak menoleh ke arah si pemanggil. Ni suara manusia tegur aku ke..atau jembalang yang tiba-tiba nak buat onar nih..suara macam katak panggil hujan je!..garau! tak romantik langsung! aduh…si syakira ni..sempat dia lagi mengutuk orang.
“hei,awak ni..kalau sekali pandang..tak ada la nampak macam orang kurang pendengaran..dua kali pandang..nampak macam cukup sifat..tapi..berkali-kali panggil..baru tahu yang awak ni, ada masalah pendengaran ye..” kata lelaki tersebut sambil tersenyum sinis.
Syakira naik darah. Tapi,Nampaknya bukan setakat naik darah je nih..kalau boleh kaki tangan pun dia rasa nak naik sama. Syakira mengerling tajam ke arah lelaki tersebut. ‘mamat ni memang tak makan saman le..sesedap roti hi-5 je dia mengata aku! Kang aku bagi hi-5 guna lima jari aku ni kat muka kau tu,baru tahu!’
“kau ni apa hal!? Kalau kau dah tahu aku ni pekak..kau pergi lar tegur orang yang tak pekak!”  marah syakira. Dasar otak  ayam! Syakira meneliti penampilan lelaki tersebut. Lelaki tersebut hanya memakai seluar jean lusuh dan memakai t-shirt  berwarna putih dan jaket berwarna biru. Di kepalanya tersarung topi biru lusuh. Boleh di katakan semua lusuh la! Wajah lelaki itu pula di teliti. Muka mafia nak mati..cicak tengok ada lar juga kemungkinan dia akan tanggalkan ekor. Tapi, kalau aku tengok..aku silang lengan baju, sepantas kilat, aku lempang je kau! Tanpa disedari, syakira tersengih-sengih sendiri. Sempat lagi minah ni berangan!
“tengok tu…Bukan setakat pekak! Tapi gila juga rupanya! Dah puas kau tenung muka aku nih? Kalau dah puas..baik kau blah sekarang! Aku tak ada masa nak layan orang tak siuman macam kau ni..” kata lelaki tersebut dengan muka yang sehabis mafia la kononnya…cis...! tak heran!
“kau cakap pakai otak la..yang kau guna kepala lutut letak dekat otak tu kenapa! Kau ingat aku duduk sini free ke kambing! Aku bayar pakai duit! Bukan pakai daun! Tempat bukan main besar ni,yang kau nak berebut tempat aku ni kenapa!? Apa kau ada share ke dengan tuan punya restoran nih! Suka hati aku la aku nak duduk kat sini berapa lama pun!” marah syakira sambil berdiri. Darahnya dah naik sampai nak tenggelam tahap kewarasan dah nih! Jangan jadi tak siuman sudaaa…lelaki itu diam. ‘Boleh tahan mafia juga minah nih! Yang dia ambik tempat lepak aku siapa suruh!’ Rungut haikal. Wajahnya berkerut-kerut seperti memikirkan sesuatu sambil merenung tajam wajah syakira.
“Aku macam pernah tengok lar muka kau ni..tapi aku tak ingat kat mana.” haikal terus merenung syakira.
“aku pun macam pernah tengok muka kau! Aku tengok muka kau kat tanjung rambutan, salah seorang penghuni bilik 230! Tengah terpekik  melalak  macam orang utan!” perli syakira selamba. Haikal mengangkat kening. Boleh tahan mulut minah nih! Aku buang kat laut juga minah ni kang! Tapi..kat mana ek aku Nampak minah nih…..ehmmmm…
“hah!! Kau lar minah kayu tu…aku ingat dah!” jerit haikal tiba-tiba. Haikal tersebut menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan sykira. Wajahnya tidak setegang tadi..kerana diselitkan dengan senyuman sinis. Kalau sekali tengok nampak macam tenuk..dua kali tengok nampak macam seladang, tiga kali tengok, rasa macam nak sepak terajang je! Wajah yang lebih menyakitkan hati sesiapa yang memandang.
“kaki kau ok? Kan hari tu kau jatuh tergolek depan aku..aku Tanya ok ke tak,kau pulak tak jawab..buat pekak badak je..lepas tu angkat-angkat muka nak sembur aku! memang tak la kalau aku nak senyap...!” bebel haikal. Syakira masih berdiam diri sambil mengetap bibir  menahan marah yang teramat. pertemuan pertamanya dengan haikal adalah disebabkan kemalangan yang berlaku di perkarangan universiti. masa tu..si haikal ni yang salah..bawa motor macam jalan bapak dia je yang punye. lebih-lebih salahnya lagi..bila dia dah langgar minah kayu macam si syakira nih..tu namanya mencari bala dan malapetaka..lau cari Mala kat india ada juga faedah..! tu larr,,benda dah jadi...memang gaduh besar la..! agak-agak korang boleh bayang tak?
“by the way..aku haikal..” selamba haikal menghulurkan tangannya sebagai tanda perkenalan. Syakira merenung tangan haikal yang belum bersambut. Haikal masih menanti. Syakira mengambil garfu dan mencucuk tapak tangan haikal dengan kuat.
“aduh! Woi! Kau nak bunuh aku ke!?” jerit haikal sambil menggosok-gosok tangannya yang perit terkena garfu.  Syakira mencebik . kena garfu sikit pun dah mengaduh,siap cakap boleh mati lagi.. Tak ada la mafia sangat!
“memang aku nak bunuh kau pun! Yang kau duduk tanpa di jemput ni, kenapa? kau tak malu ke!? Kau ni kan, masa kau lahir, banyak minum susu kambing ke? Suka-suki kau je nak mengembek sana, mengembek sini…siap buat muka tak bersalah kata aku ni pekak! Sejak bila kau jadi sedara aku ni! Siap nak buat kesimpulan apa kejadah! Kau, kalau tak kenal aku..jangan memandai kepala hayun kau je nak buat kesimpulan..!” perli syakira dengan suara yang di tahan-tahan. Menggelegak juga telinga si syakira mendengar kutukan demi kutukan dari si haikal. Nah, ambik kau! Haikal tidak memberi sebarang reaksi. Dia hanya merenung wajah syakira lama. Setelah itu,haikal mengekek ketawa. Semakin lama semakin kuat. Syakira bengang. Niatnya untuk memerli haikal, tapi nampaknya, macam dia je  yang akan terkena balik. Cis! Bedebah!
“wo..wo..sabar la sis..kau ni emo sangat la pulak..kita memang sedara apa..saudara se islam.” Haikal mengekek ketawa lagi. Gila!
Lama juga la haikal ni layan gelak dia, bila tengok muka syakira dah naik hijau macam tong sampah pembandaran baru lah dia berhenti.
“kenapa kau tak sambung lagi? Gelak la lagi! Gelak!”
“aku tak ada hal..nak gelak sampai esok pun aku boleh..” jawab haikal selamba sambil tergelak kecil dan disusuli gelak kuat. Melihat wajah syakira makin kelat, haikal menghentikan terus gelaknya.
“ok..aku tak gelak dah..alah..chill lah..marah je..first time aku jumpa kau pun, dah marah-marah..second time jumpa kau, muka dah macam singa lapar..third time jumpe,  aku tak tau la macam mana reaksi muka kau nih..harap-harap tak ada la terus bertukar jadi singa betina kan! Kah..kah..kah..” haikal gelak sakan lagi. Haikal gelak sehingga mukanya yang kuning langsat itu kemerahan. Air mata pun meleleh menahan gelak. Tapi, nak tahu tak macam mana reaksi muka si syakira? Jeng..jeng..dia senyum! Dan akhirnya syakira tergelak sama.
“kau ni memang kan..kambing tak siuman..” kata syakira sambil tersenyum.
“naa…baru Nampak manis muka tu bila senyum..” puji haikal. Kali ini terpancar keikhlasan di wajahnya.
“sorry la aku kata kau pekak. Just joking. Sebenarnya, aku selalu lepak kat meja ni..then, bila aku Nampak ada orang lain ambil tempat aku,aku bengang la..kau pula buat-buat tak dengar..lagi menambahkan bengang aku..” beritahu haikal sambil tersengih.
“kau selalu ke lepak kat sini ek?” Tanya syakira sambil menyedut air yang tiggal separuh. Haikal mengangguk.
“hari-hari aku kat sini..tapi aku tak pernah tengok kau pun sebelum ni? Kau pun selalu ke kat restoran ni?”
“tak..ni pertama kali aku makan kat sini..aku dah tak tahu nak makan kat mana. So,aku drive je sesuka-suki aku..then,jumpa restoran ni..nampak suasana macam menarik je..aku pun masuk la..by the way, aku syakira..panggil sya”
“ingat kau tak ada nama tadi. Lama juga aku tunggu kau nak bagitau nama kau..hehe..” Sempat lagi haikal mengenakan syakira. Syakira mencebik. Comel!detik hati haikal. Setelah haikal membuat pesanan. Mereka berbual panjang. Syok juga borak ngan kambing gila ni..hehehe..
“alone? Kau tak ada kawan ek?” Tanya haikal sambil mengunyah nasi goreng kampungnya. Berselera sungguh. Agaknya letih gelak banyak sangat.
“habis tu, kau ada Nampak manusia lain ke dengan aku dari tadi? Kau sorang je manusia yang sesat..tiba-tiba datang duduk sini..”  jawab syakira selamba. Haikal tersenyum. Tak habis-habis nak perli orang.
“kau ni memang macam ni ek? Suka jalan sorang-sorang? Kau sebenarnya dari mana? Dari tadi aku tengok kau termenung jauh..tenung laut tu macam nak terkeluar biji mata.”
Syahira hanya tersenyum sambil mengeling lagi arah laut. Haikal pun turut sama memandang. Entah apa yang dia pandang pun tak tau la…
“dah tu aku nak tenung apa lagi..laut tu je yang aku Nampak paling menarik kat sini. Nak pandang kau pun, buat sakit biji mata je!”
Haikal mencebik.
“eleh, padahal kau segan nak pandang aku kan..sebab aku ni hensem sangat kan? Kau mengaku aje la..tak payah nak pendam dalam hati..luahkan..luahkan..nanti, kau sebak pula..tak pasal-pasal kena sakit hati..sebab terlalu memendam rasa..kihkih” kata haikal sambil tersengih. Selamba badak je mamat ni mengangkat diri depan aku ek!
“kau tak payah nak poyo sangat la! Muka macam kambing, kau kata hensem!? Boleh blah lar!” syakira ketawa. Haikal mencerun ke arah syakira.
“sebenarnya aku dari kuala lumpur..” belum sempat syakira menghabiskan ayatnya. Haikal tersedak. Sykira cepat-cepat menghulurkan air.
“apa kau ni! Gelojoh la!” marah syakira.
“mak ai…jauhnya! Kau ni drive tanpa sedar ke apa ni?” Tanya haikal dengan wajah sehabis terkejut la tu..
“yang kau terkejut macam dengar Malaysia nak kena bom tu kenapa. Suka hati aku la nak drive sejauh mana pun. Kecoh je! Kawan aku dah keluar, dia tu, kalau keluar, dah tak ingat jalan pulang. So, dah dia keluar..aku pun keluar la juga. Mana adil aku sorang je bertapa kat rumah tu..kau pun alone je? Kau kata kau selalu lepak sini…tak akan kau selalu lepak sorang-sorang kot?”
Haikal mengangguk kepalanya.
“kenapa kau tak ikut dia?”
“malas la..dia keluar dating..tak akan aku nak kacau daun pulak..kau plak macam mana boleh ada kat sini?? kampung kau kat sini ke?” tanya syakira. 
"aku bukan tinggal sini...tapi aku selalu la lepak kt sini..sebab tempat ni best...lagipun..kat kl tu..tak ada tempat yang nyaman macam ni.."
"ehhmmm,,betul jugak...so..kau memang peminat setia tempat ni la ye.." Haikal mengangguk tanpa memandang wajah sykira. Khusyuk makan. Haikal menganggkat wajahnya. Lama haikal merenung syakira yang sedang makan. Tiba-tiba, haikal tersenyum.
“kau kenapa?”
“kau perasan tak…kita baru je jumpa..tapi macam dah kenal lama..kau tak takut ke kalau aku ni penculik ke,perompak ke..?” Tanya haikal sambil tersenyum penuh makna. Syakira menjauhkan sedikit wajahnya dari haikal. Syakira berfikir sejenak. Ada betul juga kata kambing gila ni..tapi, Nampak pada muka yang innocent tu..tak ada la nampak macam orang jahat.
“waa…takutnya….” Syakira buat-buat menjerit mengejek. Kurang asam betul minah ni!
“up to you…” Haikal mencebik dan meneruskan menghabiskan makanannya.
“setakat muka macam kau ni…sekali jentik je dah pengsan la…!” jawab syakira selamba.
“bangga diri! Bangga!” suka-suki dia je nak mengejek aku.
Mereka berbual panjang. Tapi, dalam perbualan tu, lebih banyak pergaduhan dari berbual biasa. Biasa la kalau buku dan ruas bertemu. Susah..susah…
Akhirnya syakira meminta diri. Lagi lama dia melayan si haikal, lagi sakit hatinya.
Tapi, jauh di sudut hati haikal dan syakira, agar pertemuan itu tidak akan berakhir. Tapi.. setiap pertemuan pasti akan ada detik perpisahan...begitu juga kisah di antara haikal dan syakira....sejak dari pertemuan itu..mereka mula berkawan rapat. bukan sekadar rapat biasa..tapi, haikal dianggap seperti keluarga dia sendiri..sehingga lah..pada suatu masa...Haikal hilang tanpa khabar...pergi tanpa ucapan selamat tinggal...awalnya..huru-hara juga hidup si syakira..setelah itu..dia mula untuk menerima takdir yang telah ditentukan..tapi..kehilangan Haikal tetap di rasai....jauh di lubuk hatinya....dia masih berharap..Haikal akan kembali.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...