Friday, 30 December 2011

part 5 : Seandai Kau Tahu


Telefon syakira memekik lagi. Alunan lagu The Lazy Song nyanyian Bruno Mars berkumandang memecahkan kesunyian malam. Cengkerik yang baru melabuhkan tirai teaternya pun terkejut sakan dek bunyi nyaring dari telefon sang manusia.
Iskh…manusia mana yang luar alam sangat nih! Tak reti-reti nak tidur ke ! syakira mendengus dan mencapai telefon bimbitnya. Private number?? Syakira mendengus lagi.
Dah tahu kau tu suka kan privasi..reti-reti la nak jaga privasi orang lain..anak siapa la yang bengap sangat nih..ahh..lantak kau lah..!
Syakira membiarkan sahaja telefon itu terus berbunyi dan kembali merebahkan badanya ke tilam..ehmm,,empuknya... Best jugak time tidur ada lagu mengulit…call la sampai lebam..
Telefon terus-terusan berbunyi. Tiada tanda-tanda sang pemanggil mahu mengalah.
“ahhh!!!!!!! Manusia ni baru beli handfon ke sampai pukul 1pagi pun masih nak telefon orang lain ! dah rasa hidup tu lapang sangat!”
Syakira mencapai telefon itu kasar.
“hello! Lu mau apa hah..lu manyak susah ini punya olanh la..! wa talak jual pelabut malam-malam ma..esok  pulak holiday..lu  kalau mahu mintak discount ke apa..tunggu gong xi fa chai la..! tak ada sivik ini olang ma..!” marah syakira meniru gaya apek jual perabot di kampungnya.selepas itu terus memutuskan talian. Padan muka!
Bunyi deringan telefon sekali mengejutkan syakira. Nampaknya si pemanggil masih mahu menguji kesabaran sang panglima.
Memang manusia ni tak reti bahasa la..kalau aku kata dia bengap..marah ! Tapi ni la jadinya kalau time cikgu mengajar bahasa melayu..selalu sangat ponteng kan.. tengok sekarang, dah jadi buta bahasa.
“orang ni memang saja cari maut dengan aku nih!” rungut syakira.
Syakira mencapai telefon geram.
“woi!!! Bangun!!!!”
Syakira tersentak. Belum sempat dia buka mulut,  Si pemanggil sudah menjerit nyaring di talian.
Penyanyi rock mana pulak telefon aku nih. .? Kalau nak test suara pun..cari orang lain la wei..Ingat aku pekak ke apa!?
“kau ni siapa nak mengaum tak tentu pasal nih..Otak dah biul ek?” gerutu syakira geram.
“kau tu yang biul..aku telefon dari tadi kenapa kau tak angkat!? Kaki dengan telinga sama taraf je!” suara lelaki di talian keras. Marah Nampak..!
Aikk..ni yang aku rasa nak naik hairan..dia kacau aku..aku pulak yang kena marah..? Diamati suara itu elok-elok..ehmm…macam pernah ku dengar suara sumbang ni..tapi siapa ye..
Ooohhh….syakira angkat kening sambil mencebik....
“owh…beruang rupanya…hah..kenapa? tak cukup daging?? Ke nak tukar selera makan sayur pulak?”  kalau aku tahu beruang ni yang telefon…dah lama aku mati kan je handset tu! Biar berasap tangan dia telefon aku! Kalau tak, tengok macam sekarang la…telinga aku pulak yang tengah berasap nih!
Kedengaran huzairil mendengus kuat di talian. Marah la tu orang panggil dia beruang..comel what..
Syakira menyandarkan tubuhnya di katil sambil membetulkan rambutnya yang panjang mengurai itu. Dia sempat menjeling wajahnya di cermin. Dan…
“arghhhh…..!!” syakira terjerit. Dia seakan –akan ternampak sesuatu. Dengan kata lain hantu..!
“kenapa? Woi..kenapa kau menjerit?”  Tanya huzairil apabila terdengar jeritan syakira. Risau la tu….ehem..ehem..
Kenapa muka dia lebih kurang muka aku!? Di sentuh wajahnya…ok..sekarang aku percaya kan kau amy..muka aku Nampak macam hantu penjaga kubur bila aku baru bangun tidur. Patutla kau terlompat bila aku pergi kejut kau suruh masak nasi goreng tengah malam hari tu..
“erk..tak ada apa-apa… Eh, yang encik telefon saya ni kenapa!? Iskh..orang nak layan mimpi indah pun tak boleh..kacau je!” rungut syakira.
“ orang macam kau ada mimpi indah ke? ke kau mimpi tertelan otak kutu? Haha..” ketawa sakan Nampak..
“tak lah..mimpi buat BBQ daging hamster jantan!” bidas syakira tenang. Ambik kau!
“suka hati kau la monyet..aku telefon kau ni sebab aku nak bagitau yang pagi esok aku dan papa akan berangkat pergi ke London. Itu tak bermakna kau boleh besenang-lenang pergi pejabat lambat! Aku dah sediakan banyak hadiah untuk kau…so, esok aku nak kau pergi pejabat awal sikit. Lepas tu kau tolong siapkan bahagian kewangan dan perancangan bagi projek perumahan Bandar baru bangi tu…aku tak nak apa-apa perbelanjaan dan perancangan pun yang tertinggal. Aku nak..semua selesai sebelum aku balik..faham?”
Dahi syakira berkerut.
“eh apa pulak bahagian perancangan projek tu pun saya yang kena buat! Tu kan kerja kak shila model bedak sejuk! Encik suruh la dia!”
“kak shila model bedak sejuk?”  sejak bila pulak ada pekerja dia yang jadi model bedak sejuk?
Aduh…lupa pulak..si beruang ni kan dari kutub..mana la dia tahu..
“kak shila anak kepada ibn kaufi tu la..” itu pun tak kenal..famous kot..
“tak kira lah sesape pun..yang penting aku nak kau yang buat semua tu…tak ada bantahan! Kalau semua kerja tu tak siap mengikut masa yang ditetapkan..aku akan pastikan, kau tak akan terlepas mudah-mudah..!” huzairil terus mematikan talian. Syakira tercengang.
Dalam hidup jantan sewel tu ada satu misi je..misi dia..nak meruntuhkan kesabaran aku dan keamanan hidup aku yang indah ini!! Aahhhhh……..!!! dasar kejam!!!!

Huzairil tergelak besar. Padan muka kau..! aku boleh bayang macam mana tertekan nya muka kau kan. Sah-sah muka kau sekarang ni dah bertukar jadi tukang sihir tua bongkok tujuh yang tertelan biji nangka..iskh..bahaya tuh..boleh bawak mati! then mesti kau tak boleh tidur sampai pagi sebab takut bangun lewat..huahahaha..
Bukannya huzairil tak tahu yang syakira selalu lambat ke pejabat. Kerana itu juga lah mereka bergaduh sakan di dalam lif. Dan dia tahu, syakira makin membencinya. Ada aku kisah? Aduhh…tak habis-habis la diorang nih..syakira pun satu..siapa bos sebenarnya nih? Dia ke huzairil? Confius..confius…

Tapi maaf lah encik huzairil..semua tekaan awak tu meleset sama sekali..yang tertekan tu kejap aje..berdengkur yang lebih. Silap orang la kalau nak buat si syakira tu sakit hati mudah-mudah..sekarang nih dia dah lena di buai mimpi bersama yang tersayang..dia tak heran langsung pun dengan semua ugutan yang tak berapa menggerunkan tu..
Harap maklum..minah yang bernama Nur Syakira Qismina tak pernah makan saman sama sekali..ini adalah fakta. Sebab selalunya saman tu dia bayar..bukan telan. Huahaha..

Sudah 2 hari ketibaan huzairil dan datuk hamdan di London. Urusan mereka di sana hampir selesai. Pagi tadi, pertemuan dengan mr.edward membawa berita gembira kepada mereka. Syarikat yang hebat di london akan bekerjasama dengan mereka. Dengan penyatuan ini, mereka boleh meluaskan lagi empayar perniagaan mereka.  

Huzairil berdiri di balkoni bilik hotelnya. Pemandangan di London memang menarik di waktu senja. Sungguh mendamaikan. Angin lembut membuai rambutnya.
Sunyi menerjah hatinya. Sunyi tanpa Id…terasa kehilangan yang amat.
Huzairil tersenyum pahit.di pandang langit yang semakin gelap.
Kau pergi macam tu je Id..kau tinggalkan semua orang yang menyayangi kau..tapi kau lupa..aku terlalu perlukan kau..kau tahu kenapa kan..kerana kau adalah aku, dan aku adalah kau..aku sanggup korbankan segala-galanya demi kau..walau nyawa aku sendiri.
Huzairil mengeluh lagi.
“Kau tahu tak Id..hari ni..papa dapat tender baru..papa happy sangat. Papa cakap dia nak celebrate nanti balik Malaysia. Kalau kau ada, mesti papa lagi bahagia..mesti kita akan sama-sama majukan syarikat kan..mama sihat..kak.fina dah dapat anak kedua..come beb..sama macam aku..hehe..lina pun sihat. Adik kesayangan kau tu makin gemuk. Sebab banyak sangat makan kelepek..hahaha..asyik kena marah kat mama je..degil usah kata la..sama macam kau..kami semua di sini rindukan kau..terlalu rindukan kau..” terasa air mata mengalir perlahan di pipinya. Huzairil perlahan-lahan bibirnya mengalunkan surah al-fatihah, disedekahkan buat haikal di sana. Moga dia tenang di sana..

London merupakan Negara yang meninggalkan pahit manis hidupnya. Ingatannya di terjah pengalaman lampau ketika dia menetap di London. Hubungan cinta yang terputus. Tapi dia tak pernah menyesal, kerana allah swt tahu apa yang terbaik untuknya..dan dia redho dengan ketentuan itu..

Pelajar berpusu-pusu keluar dan masuk ke kampus. Biasa la…masing-masing ada agenda tersendiri.
Huzairil termenung di bangku berhampiran taman di kawasan kampusnya. Letih seluruh tubuhnya. Seharian bergelumang dengan buku-buku yang dianggap musuh tradisi itu. Terasa beban yang terisi batu dan besi menghempap kepalanya.keinginan pulang ke Malaysia di sekat papanya. Kata papanya, dia perlu focus untuk final exam yang hampir tiba. Masalahnya, hati dia tak tenang selagi dia tak dapat melihat wajah Id!
Huzairil meraup wajahnya berkali-kali.
Tiba-tiba, terasa ada tangan yang lembut menyentuh lehernya. Huzairil tersenyum. Dia tahu siapa gerangan yang menyentuhnya itu. Terasa tenang seketika bila tangan itu mengusap-usap kepalanya.
“airil….you ok?” Tanya melina lembut sambil melabuhkan punggung di sebelah huzairil. Huzairil mengangguk.
“muka you Nampak pucat..” ujar melina lagi sambil tangannya terus merayap di seluruh wajah huzairil. Huzairil menahan. Lagi di biarkan, lagi menjadi-jadi pulak perempuan seorang nih!
“I ok..you dari mana nih??” Tanya huzairil sambil membetulkan duduknya. Dipandang wajah melina yang putih itu. Wajah seakan-akan pelakon drama nora Elena siti saleha itu menambat hatinya. Wajahnya lembut..tapi ada perangai yang licik di sebalik wajah lembutnya.
melina menguak rambutnya yang panjang ke belakang. Dia tersenyum.
“I datang dari kelab kembara. You tahu tak..diorang dah buat keputusan nak pergi melawat  Sungai Thames. You know what..i memang dah lama teringin nak pergi sana..dengar cerita, pelayaran menyusuri sungai themes ni memang hebat! Kita boleh melihat pemandangan dan keindahan hampir seluruh Kota London dengan pelayaran tu tau. Ramai juga yang nak ikut. Mesti happy trip tu nanti. I tak kira..kali ni..you mesti ikut trip ni..ok..” kata melina dengan gayanya yang gedik-gedik tak santai tu. meluat pulak Nampak. Tapi..tak apa lah..hati kekasih kena jaga kan…
“sori la mel..i ada banyak kerja..lagipun, I tak ada mood nak follow mana-mana trip sekarang nih.. You pergi aje la..ok.. have fun..” kata huzairil sambil tersenyum. Senyum pun macam terpaksa je…
Melina menggigit bibir. Geram dengan kenyataan huzairil.
“airil please..tak kan you nak suruh I pergi sorang-sorang..tak fun la macam ni..please sayang..” melina cuba memujuk . Dia menyentuh tangan huzairil lembut. Dia akan pujuk huzairil sampai huzaril setuju dengan cadangannya. Dia tahu kenapa huzairil jadi begitu. Semua di sebabkan abangnya! Menyusahkan betul!
Huzairil mengeluh.
“I tak suruh pun you pergi sorang-sorang..kan tadi you jugak yang kata ramai yang ikut trip tu..so, you pergi aje la dengan diorang…” kata huzairil malas.
Melina memuncungkan mulutnya.
“Airil….”
“stop it melina! I kata I tak nak ikut…bermakna I betul-betul tak nak ikut..i letih!” iskh dia nih! Tak faham bahasa melayu ke..!? aku tahu la kau tu dah lama duduk London nih..!
Melina terkejut dengan nada huzairil yang sedikit keras itu. Marah..!ya..melina marah!
“you ni kenapa! Semua benda you tak nak! Sampai bila you nak jd macam nih! You tak pernah nak menghargai I..tolong la berubah demi i..” marah melina dan kembali mendekati huzairil sambil menggesel-geselkan badannya di tubuh huzairil. Huzairil menolak Melina perlahan. Rimas dengan perlakuan Melina yang mengada tahap ulat beluncas!
Dikerling wajah Melina sekilas. Melina seorang wanita yang cantik dan seksi. Hati huzairil terpaut dengan kemanjaan Melina yang membuat jantungnya berdegup kencang. Maklumlah, huzairil adalah salah seorang lelaki melayu yang agak popular di Cambridge university of  London begitu juga Melina. Mereka bagai pinang di belah 14..siapa pun tak boleh challenge arr…tapi, akhir-akhir ini..fikiran huzairil jauh menerawang. Ingatan kepada abangnya yang sedang nazak kembali merisaukannya. Rengekan Melina yang terus mendesaknya melakukan itu ini mengusutkan lagi fikirannya.
“you nak I berubah macam mana lagi? Diri i..suka hati I la nak jadi macam mana pun.. I rasa..you yang patut ubah diri you tu! jaga sikit perlakuan you..” tempelak huzairil selamba. Ambik kau Melina. Kau bergesel dengan orang yang salah.
“airil! You tak sayang I ke? sampai hati you kata I macam tu!” marah Melina sambil menjauhkan sedikit tubuhnya dari huzairil. Memang itu lah yang huzairil mahu sedari tadi..hakhak..
Huzairil pandang Melina. Dalam kasihnya pada Melina. Takkan Melina tak sedar lagi? Dia memang cintakan Melina…dan bila dia dah mendirikan rumah tangga bersama Melina..dia akan cuba membimbing Melina ke jalan yang benar.
Dirapatkan kembali tubuhnya ke arah Melina. Di cium rambut Melina lama. Wangian rambut Melina menusuk hidungnya.
“I bukan tak sayang you..tapi sekarang I betul-betul ada masalah. I tak dapat nak teman you ke mana yang you nak..memang I di london..tapi hati i..fikiran i…berada di malaysia..abang I tenat..i harap you faham..i betul-betul buntu sekarang nih..” huzairil ingin Melina mengerti akan keresahan yang melandanya.
Melina menoleh memandang huzairil.
“habis i?? you nak buang I macam tu je?” Melina menjarakkan kembali badannya dari huzairil. Huzairil mendengus. Dia ni kang..aku picit baru tahu! Susah betul nak faham!
“siapa kata I nak buang you…I Cuma nak you faham perasaan yang I rasa sekarang nih..tu je..”
“you cuma pentingkan abang you ! I tak tahan la kalua you terus macam nih! you tak pernah fikir tentang i…dah berapa banyak trip yang kita terpaksa batal kan hanya kerana you risaukan abang you! Dia yang sakit..bukan you! ” marah Melina.
Huzairil gigit bibir. Panas wajahnya menahan marah dengan sikap Melina yang tidak pernah mengerti. Dan membabitkan abangnya dalam hal ini. Bukan sekali huzairil mengalah. Tetapi dah banyak kali!
“you jangan nak babitkan abang i..i batalkan semua tu sebab I letih! I ada banyak kerja! You tak faham ke!?” suara huzairil semakin meninggi. Tetapi masih cuba di kawal.  
“sampai bila you nak jadi tanggung kesakitan yang bukan milik you! Sampai bila you nak hukum diri you sendiri! You jangan nak buat kerja sia-sia airil!  You tak payah nak mempertahankan abang you yang dah tak lama nak mati tu!”
panggg!!!
Terasa perit pipi Melina. Melina pandang wajah garang huzairil tajam.
“you jangan pernah mencabar kesabaran  I!! walau macam mana pun dia..dia tetap abang i!! you jangan pernah sentuh tentang abang i..! kalau you dah tak tahan….i rasa you pun tahu apa yang I nak katakan..kita putus!” huzairil berjalan meninggalkan Melina. Melina terpempam.
“airil…you tak boleh tinggalkan i..airil…!’ melina mengejar huzairil. Merlina Berjaya memegang lengan huzairil. Huzairil merentap kasar.
“I minta maaf..i tak kan sebut lagi tentang abang you…ok..please..jangan tinggalkan i…I’m sorry dear..” rayu merlina lagi.
Huzairil menghentikan langkahnya. Dipandang wajah melina lama.
“sorry ok..you akan maafkan I kan..i tahu..you memang sayang kan i..” ujar melina sambil tersenyum penuh mengharap.
“I pun nak mintak maaf…” ucap huzairil lembut.
Terpancar kelegaan di wajah melina.
“I nak mintak maaf…yang I tak akan terima you lagi! You boleh pergi mampos dengan segala benda yang you nak buat tu!” jerit huzairil kuat. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak mulut kapal terbang macam kau nih..takde gear reverse ok, sori..!
Huzairil terus meninggalkan melina yang terjelepok di rumput sambil meraung kuat.


“airil?”  suara garau papanya menghentikan lamunannya.
Huzairil menoleh kea rah datuk hamdan yang sedang tersenyum manis kepadanya. Huzairil membalas senyuman itu. Datuk hamdan menghampiri huzairil.
“kamu menungkan apa lagi airil? Dalam beberapa hari ini..allah swt telah banyak memberi nikmat kepada kita. Bukan sekadar berita-berita baik yang kita dengar ..tapi juga..hidupnya kita sekarang..nafas yang keluar masuk dari rongga hidung kita ini..nyawa yang masih di beri waktu untuk kita pinjam..jadi tak perlu termenung dan mengeluh lagi…tapi, panjatkanlah kesyukuran kepada yang maha esa..agar dia selalu memberkati hidup kita ini..” kata datuk hamdan tenang sambil mengusap bahu anak kesayangannya itu. Allah swt telah banyak  mengurniakan segala kemewahan dan kebahagian kepada seluruh keluarganya. Syukur kehadrat ilahi..kerana kau berikan aku kesusahan, untuk kecapi kebahagian..syukur aku panjatkan padamu ya allah.
Huzairil tersenyum.
“mana ada airil mengeluh papa..airil Cuma teringatkan arwah Id…terasa kita baru sahaja kehilangannya..hakikatnya dia dah lama di jemput ilahi..” ujar huzairil sayu.
Datuk hamdan tersenyum lagi.
“itu lah yang di namakan takdir airil…takdir yang kita akan kehilangan Id pada masa yang telah di tentukan olehnya. Takdir yang kita tidak boleh ubah..tetapi harus menerima dengan redho..papa pun rindukn arwah Id..dia merupakan insan yang kuat, periang..sama seperti airil..dan papa tahu..ada hikmah di sebalik semua yang terjadi kepada kita.”
Huzairil pandang wajah tenang datuk hamdan. Jiwanya kembali tenang. Kasih sayang di antara ahli keluarga adalah lebih utama setelah kita berkasih sayang dengan maha pencipta. Kerana kasih sayang ini adalah anugerah yang paling bermakna bagi setiap makhluk.
“airil tahu pa..airil akan terus kuat menempuhi hidup ini. Airil akan cuba..dengan adanya allah swt..papa, mama..dan semua ahli keluarga airil..airil akan berusaha untuk terus kuat.”
“bagus lah airil..papa nak lihat kamu Berjaya..di dunia dan akhirat…itu harapan papa untuk anak-anak papa…dah masuk waktu dah ni..mari kita solat berjemaah bersama ye..kamu jadi iman..” kata datuk hamdan sambil tersenyum lagi. Huzairil mengangguk.
Perpisahan dia dan haikal idham abang kembarnya…dan perpisahan dia dan melina liana..banyak mengajarnya erti kehidupan. Dia semakin dekat dengan allah swt..dia sedar kesiapannya yang lampau tidak akan dapat di ubah..tetapi dia akan cuba mengubah kehidupan yang akan datang..dengan mencari redho-NYA..

Thursday, 29 December 2011

part 4 : Seandai Kau Tahu

“krinnnnggggggggggggg….!!!!!!”
“woi!!!!!!!! pe hal memekik pepagi buta nih!!!!!!!!!!!” melompat syakira apabila jam berdering betul-betul di cuping telinga nya. Syakira bingkas bangun. Niat untuk terus marah terhenti apabila dia terpandang wajah amy suhaila anak encik firdaus tersenyum buaya betul-betul di depan matanya. Mak aihh..macam buaya lapar! Syakira telan air liur. Ishk..dah basi la pulak air liur nih! Ayam terencat dah naik darah rupanya..patut guna senjata rahsia..
Desis syakira di dalam hati.
Dengan pantas syakira bergerak ke tingkap..kepalanya terhendap-hendap mencari mangsa. Yes! Anak kak Elly..hehe
“iskh…anak kak elly ni..pagi-pagi dah bising…tau tak orang tengah sibuk mengemas..memasak kat dapur tu..saje je tak nak bagi orang focus kan…shuhh..shuhh..main jauh-jauh!” jerit syakira kea rah kanak-kanak yang sedang bermain di laman rumah. Yang menjadi masalah..bebudak tu main di laman rumah diorang sendiri..bukan laman rumah kau syakira oii..logik la sikit!
Kesian kau budak..kau pulak yang jadi mangsa. Mesti budak-budak tu fikir.. ‘apa dosa kami…’ kihkih..sabor aje la..
Sebab nak cover la tu yang si syakira ni berani serang hendap orang…siapa suruh pukul 12 tengahari baru nak bangun! Minah ni pun satu…tidur ke pengsan!?
Syakira pandang wajah amy sambil tersengih. Kepalanya yang tidak gatal di garu perlahan. Amy pandang wajah syakira tajam. Tak berkelip beb. Boleh dapat award believe it or not nih..
“reti pulak kau nak bangun..ingat nyawa kau dah tersekat kat kerongkong! Boleh aku terus habiskan je..” perli amy sambil bercekak pinggang.
“ishk..kau ni amy..tak baik pagi-pagi nih doa kawan baik kau ni mati…orang sepatutnya..buka je mata pepagi tu..doa la benda baik-baik..biar di panjangkan umur aku ke..murah rezeki ke..” jawab syakira sambil tersengih.
“kepala lutut kau pagi macam ni!! Tenghari rembang dah ni! Kau pergi fresh kan mata kau yang dah berkepul dengan taik mata tu, berkumur biar semua air longkang dalam mulut kau tu keluar..then, basuh kepala otak kau yang penuh dengan sesawang tu..baru kau Nampak matahari tu kat mana sekarang!” ok..ayat yang amat lah terlampau tahap melampau..
Syakira mencebik. Alah..bukan aku tak pernah bangun awal..selalu jugak..yang pasti..dalam setahun tu..ada jugak 2,3 kali aku bangun awal…ok la tu..dari tak pernah kan..membebel pulak minah nih..desis syakira.
Bukan dia tak mahu meluahkan semua tu…tapi risau pulak senduk di tangan amy tu melayang  betul-betul ke atas belakangnya..baik dia diam je..
“dah..! kemas bilik..pergi mandi..lepas tu turun makan! Jadi tuan puteri la kau ye kalau hari minggu..jadi puteri taik mata!” membebel lagi…..syakira tidak mengendahkan bebelan amy. Matanya bersinar-sinar apabila terdengar suatu ayat keramat dari mulut amy..
Ok..tadi aku tak salah dengar..dia suruh turun makan kan..? ini bermakna…hehehe..breakfast time!!!
“kau masak?? Wah…kita makan dulu lah..esok aku mandi..” jawab syakira sambil berlari keluar dari bilik sebelum senduk tu hinggap ke kepalanya. Terjengil mata amy mendengar cadangannya yang di tolak mentah-mentah dan di beri usul yang amat la bernas dari persatuan orang-orang biul..
dia ni memang nak makan kaki aku la!!! Amy ketap bibir. Sabar..sabar..
“syakira!!!! Kau jangan sentuh makanan tu selagi kau  tak mandi!!!!!” jerit amy dari sambil berlari mahu mengejar syakira. Runtuh kesabaran…
Syakira tersengih. Sambil menyudu nasi goreng masuk ke mulutnya. Apa aku kisah..dah makan dah pun…hahaha..sedap jugak minah ni masak ye..
Mak aihh..lajunya kalau bab-bab makan..kau terjun tangga ke syakira? muka tak basuh..gigi lagi la..tak gosok..eeii..pengotor la minah ni!
Eehh..aku dah gosok gigi la masa bangun solat subuh! Menuduh je pandai kan!! Aku tahu la diri aku!
Ni satu masalah lagi minah ni..suka bercakap sengsorang..anak siapa la..
Anak en.kamarul la…! Tanya pulak!

Setelah siap mengemas rumah dan menyiapkan segala hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan seorang yang mempunyai rumah dah merupakan seorang wanita..ishk..banyak la pulak tugasnya..akhirnya mereka berehat sambil menonton television.
Aduhh…habis bersimpul urat-urat aku. Ada ke patut ayam terencat nih suruh aku sental jamban! Baik aku sental muka kau je..! lagi berfaedah! Berkeping bedak sebati dengan kulit muka kau tu, tau tak amy! Rungut syakira sambil mengurut perlahan tengkuknya.
“apa? Tak puas hati?” Tanya amy selamba.
“memang! Kau sesedap melantak popcorn kat depan tv..aku pulak nak muntah hijau bau jamban-jamban tu tau tak..!”
“siapa suruh kau bangun lambat..tu la jadinya….” Perli syakira selamba.
“bak la popcorn tu sikit..mencekik sengsorang je kau nih..”
Amy mencebik tetapi tetap  dihulurkan popcorn kepada syakira. malas nak berhentam dengan syakira. Lagipun sekarang ni dia tengah menonton drama korea yang amat diminatinya..Boys Before Flower..romantik habis!
“wei..kau tak ada cerita lain ke…letih la aku tengok cerita nih..lama sangat!” gerutu syakira.
“kau diam la!”
Tiba-tiba amy menoleh kea rah syakira. Dipandang wajah syakira lama. Kalau pandangan biasa tak apa jugak. Ni tak...ni pandangan semacam ni..siap senyum katak lagi..kau lesbian ke amy? Kau jangan..aku nak kahwin dengan lelaki amy..kalau ibu tahu, mahu berbirat belakang aku nih kena bedal dek ibu aku..
Iskh..ke situ pulak kau ni..syakira..syakira…
“apa hal pulak kau ni..tiba-tiba pandang aku semacam..!” saja la tu nak menempah maut!
“aku tak minat perempuan la..lebih-lebih lagi perempuan terencat macam kau nih!” luar alam ke apa minah ni..?
“ceh..siapa tah minat kau! Air liur basi setangki! Aku kalau nak minat perempuan pun..aku tak gila lagi nak cari macam kau! Aku minat laki lah!” marah amy.
Syakira mencebik sambil menoleh semula ke television. Susah kalau berkawan dengan orang terlebih hormone macam minah ni! Desis amy.
“eleh..aku ok lagi..sebab semua tu nature punya..kau tu..bedak berkilo-kilo kau tempek kat muka..dah macam opera cina dah aku Nampak..lagi teruk! dah tu..yang kau pandang aku semacam tu kenapa?” saje la tu nak cari nahas!
Amy tersenyum lagi. Sah! Amy gila!
“cerita ni macam kisah kau dengan beruang kutub kesayangan kau tu kan? Mula-mula benci..then mula jatuh cinta..lepas tu akan ada la halangan-halangan segala yang korang kena tempuhi…dan..” belum sempat amy menghabiskan ayat..
“dan aku pun halau la kau dari rumah nih..kau pun merempat kat tepi jalan…aku pun kutip kau balik sebab aku kesian kau kawan baik aku…lepas tu tamat..” sambung syakira selamba.
“banyak cantik muka kau nak halau aku…! Rumah ni aku bayar sewa jugak tau!” kata amy sambil matanya dijengilkan. Kalau tergolek keluar aku tak nak kutip..
“habis tu..kalau kau nak selamat..kau jangan sebut pasal beruang gila tu..sebelum aku yang jadi gila.. aku terkam kau!” marah syakira.
Dia bukan apa..sejak huzairil menegur tentang cara dia berpakaian..dia memang anti dengan huzairil! Bukan anti sikit..tapi anti tahap giga! Boleh dia kata baju yang aku pakai tu gaya ala mak cik kat pasar borong! Habis tu siap cakap aku pakai baju macam nak pergi majlis kematian..tu dah di kira tahap menghina!

Aduh..! lambat!
Syakira terkocoh-kocoh berlari mendapatkan lif yang hampir tertutup..
Alamak..pintu dah nak tutup. Sabar la weii…sabar tu kan separuh dari iman pintu oii..dulu aku juara dalam sukan larian tau..tapi masa tadika la..so, inilah saatnya aku tunjukkan kembali bakat aku tuh..ok..pecut!!!!
Syakira berlari pantas. Pintu hampir tertutup. Kalau nak menyelit pun dah tak muat. Belum pun sempat pintu tertutup. Nasib baik ada seseorang dari dalam membukanya kembali. Syakira tarik nafas lega.
Nasib baik ada lagi manusia yang ada hati, perut, urat-urat saraf, limpa dan segala isinya..kalau tak mahu aku tak mati terkepit kat pintu lif tu macam cicak.
“fuhh…selamat…” ujar syakira lega sambil badannya terbongkok-bongkok menahan semput. Pecut la kata kan.
“terima kas…..” kata-katanya terhenti apabila orang yang pertama dia lihat di hadapan matanya adalah beruang paling merbahaya di era ini. Syakira telan air liur. Orang lain kot yang tekan. Dia pandang ke seluruh ruangan lift. Macam besar sangat lift tu..air liur di telan lagi..Eh? Tak kan dah habis air liur aku?  Gelabah je minah ni!
Ni bukan selamat…tapi, lari dari mulut singa..masuk mulut beruang!
Huzairil berdiri sambil berpeluk tubuh. Nampak sasa beb! Mata Huzairil tajam memandang ke arah syakira.
“ kenapa tak habiskan ayat tu? tak payah kau nak cari sesiapa..hanya aku dengan kau je kat dalam lif ni…ke kau ingat siapa yang nak selamatkan minah sewel macam kau ni dari terkepit kat pintu lif tu? Superman? Batman?”  kata huzairil selamba. Memerli nampaknya di situ.
Ingat aku heran sangat kau tolong aku? Eleh..memang patut pun aku tak habiskan ucapan terima kasih tadi. Bukannya dia kena guna tenaga nak kopakkan pintu lift tu pun..just tekan butang tu je..tak ada la sampai kena berkorban nyawa tolong aku.. so,tak ada la besar sangat pertolongan dia tu..tak payah la nak angkuh sangat! Dasar tak ikhlas!
Syakira pantas berdiri tegak dan cuba berlagak selamba. Cover beb..cover..jangan biar dia Nampak kau gelabah syakira..
Dipandangnya lagi sekeliling. Memang hanya dia dan huzairil sahaja yang berada di dalam lif tersebut. Kalau dia nak cekik aku sampai muntah hijau pun sempat lagi nih sebelum sampai tingkat 5.
Dikerlingnya huzairil sekali lagi. Huzairil masih memandang wajahnya. Pandangannya tetap tajam seperti tadi.
Apa pandang-pandang? tak puas hati cakap! Iskh..lif ni pun..lambat la pulak bergerak!! Biasa cepat je..! kau siap kau lift.. lepas ni aku robohkan kau!
“kau tahu tak sekarang ni pukul berapa? Dah rasa diri tu hebat sangat sampai rule syarikat pun kau main redah? ” Tanya huzairil serius. Wajahnya Nampak betul-betul marah.
hakikatnya memang dia marah! Huzairil paling pantang dengan orang yang tidak berdisiplin. Itu sememangnya prinsipnya dari dulu.
“aku tak kisah kalau kau nak main langgar lari hal-hal lain..tapi kalau hal-hal syarikat dan disiplin ..ia amat penting! hari-hari lambat..itu namanya biadap!” marah huzairil kasar.
Syakira ketap bibir, dia tunduk. Kali ini dia memang tidak berdaya mahu melawan huzairil. Sebenarnya lebih pada tidak ada modal! Dah terang lagi bersuluh dia memang salah kan..
Ok..memang aku salah..aku janji tak buat lagi..kalau buat juga…aku sanggup terjun bangunan! Ishk..nauzubillah..mintak jauh..
Huzairil pandang wajah syakira. Syakira diam dan hanya menundukkan wajah.
“kenapa kau diam? Sebab kau memang salahkan. Kat rumah kau tak ada jam ek..Miskin sangat kau ni kenapa? Hah? Ke telinga kau tu yang pekak sampai bunyi jam pun kau boleh tak dengar..” kata huzairil sinis. syakira ketap bibir. Amarahnya datang. Rasa sengal satu badan. Nampaknya ada yang nak mati kena hempuk dalam lif nih!
“terima kasih..” jawab syakira selamba. Di jelingnya huzairil. Asal dia tak mati nih..? rasanya aku dah kasi jelingan maut tadi..! boleh pulak..
huzairil mengerutkan dahi. Hairan dengan ayat yang baru sahaja di dengarnya. Pelik bin ajaib..
“kan aku dah cakap kau pekak..tengok..aku ejek kau..kau ucap terima kasih pulak!”
“betul la saya berterima kasih..pagi-pagi lagi encik dah bagi saya pahala. Encik menghina saya tu..encik dah berbuat dosa dan dah menyedekahkan pahala kepada saya..” ujar syakira tenang. Tapi dalam hati…tunggu masa je tu nak meletup!
“owh..aku rasa pahala tu kau tak dapat kot..sebab apa yang aku kata tadi memang betul kan..dan..orang tu seorang yang munafik kalau bicara di bibir tak seperti di hati..kau pun mengampu aku dalam hati..so..senang cerita..kau pun buat dosa…lebih dari aku..” ujar huzairil selamba sambil tersenyum sinis.
“ya..memang saya salah..saya datang lambat..tapi memang tak di sengajakan..dan saya dah cuba untuk bangun awal…tapi tak dapat..so, saya rasa saya tak salah sepenuhnya juga..sebab bukan saya sengaja nak bangun lambat! Saya tak pernah ambil ringan tentang hal-hal yang berkaitan dengan syarikat. Saya akan cuba uruskan sedaya upaya saya..dan encik tak perlu mempertikaiakn kebolehan saya!” syakira menjeling lagi. Aduhh…tajam!
“jadi nak salahkan tidur la..kalau macam tu..apa kata kau tak payah tidur..senang..kebolehan?? kau rasa diri kau berkebolehan? Jangan terlalu yakin la..” perli huzairil.
Syakira bengang. Rasa nak lipat-lipat je mamat yang ada di hadapannya.
“encik ni kenapa!? Kan saya dah mengaku salah! Encik nak apa lagi baru encik nak puas hati!?” ok..sabar dan kesopanan dah hilang. Angin taufan yang datang.
Huzairil mendekati syakira. Di tenungnya wajah syakira,. Huzairil semakin hampir. syakira berundur. Sekarang dia tersepit. Dia rapat di pintu lif , huzairil mengepungnya dengan tangan. Dia tak boleh bergerak.
Dia ni kenapa! Kalau nak rasa sepak terajang aku..cuba la sentuh aku!..ni kalau menjerit  sampai keluar anak tekak pun belum tentu ada orang dengar. Gila!
Huzairil tersenyum. Syakira panic.
“banyak benda aku boleh mintak dari kau untuk puaskan hati aku..kalau nak sekarang pun boleh..” bisik huzairil yang semakin hampir.
Tiba-tiba lif bergoncang hebat dan berhenti. Huzairil terjatuh di lantai lif dan yang tak sedap di dengarnya…syakira menghempap badan huzairil..mereka saling berpandangan. Tergaman seketika.
“arrghhh…sakit la weii..!” marah huzairil sambil menolak kuat tubuh syakira. Ok..tengah cover la tu.
Syakira pantas bangun. Huzairil turut bangun dan menggosok bahagian belakang kotnya.
“kau makan apa hah? Badan berat macam gajah! Kalau ringan..cantik ala-ala miss universe tu tak apa la jugak nak landing lama-lama pun..! ada jugak feel..ni dah macam nangka!” bebel huzairil. Badan Nampak slim je..tapi berat nak mati!
Dia ni kenapa tak habis-habis nak cari gaduh dengan aku!
“saya pun tak hingin la nak jatuh atas badan encik yang dah macam kayu balak tu! sakit badan ni tau tak! Kalau badan tu macam tilam..teringin la jugak nak landing lama-lama!” bidas syakirah.
Huzairil geram. Tak habis-habis melawan cakap aku!
“ni semua kau punya pasal tau!”
“Apa pulak saya! Encik nak tuduh lif ni rosak disebabkan oleh saya!? Encik dulu masa kecik-kecik..banyak makan otak ikan ek? Fikir benda yang paling mustahil! Kalau saya boleh buat lif ni rosak pon..saya tak kan teringin nak terkandas dengan beruang kutub macam encik kat dalam ni tau!” hei..ingat kau selebriti..! boleh blah la weiii…daripada aku terkandas dengan kau..baik aku pergi bertapa dalam gua batu belah batu bertangkup 4 hari 4 malam!
Syakira mendengus geram. Huzairil pandang wajah syakira tajam. Gamaknnya kalau boleh tembus tu..dah lama dah si syakira nih innalillah..
“aku rasa kan..semua ni mesti terjadi sebab sikap kau tu..lif nih pun tak sanggup nak bawak orang macam kau nih..berat dengan dosa!” perli huzairil.
“habis tu..encik tu berat dengan bibir yang dah macam mulut beruang tuh! Asyik nak menindas orang je!” bidas syakira.
Huzairil diam. Malas mahu bertekak dengan syakira. Huzairil mendekati butang kecemasan. Di tekannya berkali-kali. Huzairil mendengus. Ia menumbuk-menumbuk butang tersebut.
“ishkkkk..!!! rosak pulak! dah la terperangkap dengan perempuan gila dalam nih!” rungut huzairil kuat. Sengaja di kuatkan suaranya untuk menyakiti syakira.
Tengok tu..tak habis-habis lagi tu nak bergaduh..insaf  la…
huzairil mengeluarkan handsetnya. Di lihat huzairil sedang mendail..telefon siapa tah..Setelah itu dia dengar huzairil bercakap-cakap. Entah dengan siapa. Pengawal keselamatan kot. Syakira terus memerhati gerak geri huzairil lama.
Haikal…dia persis haikal…detik syakira.
“hello..saya en.huzairil..sekarang saya terperangkap di dalam lif..boleh tolong suruh sesiapa betulkan lif dan keluarkan dari sini. Ya..ya…ok..tolong cepat sikit! Kalau tak saya boleh mati lama-lama dengan monyet betina nih!” kata huzairil tegas. Lamunan syakira terhenti.
Syakira mencebik. Sempat lagi mengata aku!
Huzairil pandang syakira.
“apa? Tak puas hati!?” Tanya huzairil kasar.
Memang!! Memang aku tak puas hati!!!!!!! Mahu aje dia menjerit semua itu di telinga huzairil. Biar dia pekak!
Huzairil menendang pula pintu lif. Geram bnar nampaknya.
Syakira mengerutkan dahi. Kang hancur benda alah tu..aku hancurkan kepala dia!
Huzairil bengang. Berkali-kali dia menendang dinding lif.
Aii..dia nih..terhempas je lif nih..aku bunuh dia!! Sabar syakira..sabar….
“arghhhhhhh……woi!!!!! Cepat la sikit!!! Eeii..lembab!!!”
huzairil menjerit lagi.
Syakira mula hilang sabar. Ai..beruang kutub nih..saje la tu..cuba nak naik kan darah cucu pak mahmood yang cantik jelita nih.
“sabar la encik…kejap lagi ada la orang datang tuh…encik nak melalak sampai keluar usus perut pun tak ada guna! Tunggu aje la..!” leter syakira.
Huzairil pandang wajah syakira tajam. Asyik pandang dengan pandangan tajam je…mahu tak tersembul mata si huzairil tu..ishk3…
“suka hati aku la..nak melalak ke apa! Kau tu siapa nak halang-halang aku? Aku rimas tau tak! Dah la panas! Lebih-lebih lagi terperangkap pulak dengan perempuan macam kau nih!”
“encik ni sebenarnya..orang yang tak reti bersyukur! Kita ni dah kita bernasib baik..system kecil je yang rosak..kalau tak..dalam ni dah gelap gelita..oksigen pun tak ada! Tanpa oksigen..tak sampai 10minit kita dah mati! Tapi tengok..kita masih hidup walau kita dah terperangkap kat dalam nih hampir sejam! Kenapa? Kenapa dengan perempuan macam saya? Encik ingat..encik tu bagus sangat ke sampai nak memperkecilkan orang lain!” syakira betul-betul marah. Bukan main-main ok!
Huzairil menyandarkan badannya di lif sambil bersilang tangan. Huzairil gelak sinis.
“kau tak payah nak cakap macam kau baik sangat! Kau ingat..kau pakai baju kurung..pakai tudung...kau dah boleh bagi nasihat pada orang? Aku memang bagus pun…kau Tanya aku kenapa dengan perempuan macam kau? That’s a good question. Kau memang menyusahkan! Aku tak pernah lagi jumpa perempuan macam kau nih..pakaian yang kau pakai tak melambangkan peribadi kau sebagai seorang wanita..mana maruah kau? Kau tutup segala perilaku kau di sebalik pakaian kau..nonsense!”
hakikatnya huzairil akui apa yang di perkatakan syakira.Tapi, ego punya pasal..tanpa dia sedari..ayat yang memedihkan keluar dari mulutnya. Huzairil terdiam.  Bak kata pepatah telajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Syakira ketap gigi. Di pandang wajah huzairil lama. dia bukan haikal!! Haikal tak kan cakap macam ni!! Dia bukan haikal!!!
Badannya terketar-ketar menahan amarah yang semakin memuncak.
Huzairil telan air liur. Alamak! Tersilap cakap la pulak! Aduhhh…..
“saya berhak nak pakai apa pun..saya berhak nak pakai macam mana sekalipun! Encik tak berhak nak mempertikaikan cara saya! Islam menyuruh penganutnya menutup aurat.. Memakai pakaian yang yang longgar dan tidak menampakkan bentuk tubuh badan..islam juga mewajibkan semua wanita islam bertudung, dan haram bagi perempuan yang tidak melaksanakannya. Ya..saya masih jahil dengan semua itu..ya..saya juga masih belum lulus dalam ujian menutup aurat! Ya..saya juga tak layak bercakap soal agama..kerana saya juga melanggar suruhannya. Tapi saya sedang mencuba untuk menjadi yang terbaik..saya cuba walau saya tak tahu sejauh mana saya dapat capai! Saya cuba! Walau macam mana pun saya..walau teruk mana pun perangai saya..jangan sesekali encik memperkecilkan hukum allah!” terasa panasnya matanya. Tanda air mata sedang cuba mencuri-curi untuk keluar. Syakira menahan. Dia tidak akan menangis di hadapan lelaki yang ego ini! Lelaki yang telah mempertikaikan hukum allah!
Huzairil terdiam. Dia memandang wajah syakir lama. dia tahu..syakira betul-betul marah. Baik dia diam sahaja.
Tiba-tiba mereka terdengar ada orang memanggil-manggil mereka. Di bahagian uar lif. Huzairil menarik nafas lega.
“encik huzairil..! encik..! encik ok?” jerit salah seorang dari mereka.
“ya! Kami tak ada apa-apa!” jawab huzairil. Matanya masih tertancap di wajah syakira. Syakira memalingkan wajahnya ke arah lain. Risau huzairil menyedari wajahnya yang semakin merah menahan tangis.
Pintu akhirnya Berjaya di buka. Terpancar wajah kelegaan di wajah mereka yang bertungkus –lumus menyelamatkan huzairil dan syakira.
Syakira mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Dia sudah tak sanggup berlama di situ. Risau ada pergaduhan lain pula yang terjadi.
Huzairil hanya memandang gerak langkah syakira meninggalkannya. Dia tahu, syakira cuba menahan amarah dan tangisan. Tiba-tiba dia merasa bersalah. Cepat-cepat rasa itu di tepis. Risau lain pula jadinya.

Syakira tidak jadi masuk ke pejabat. Di hayun langkahnya ke kereta. Dia perlu kan ketenangan. Dia tak mahu Nampak lemah di hadapan lelaki tersebut. Itu lah kelemahan syakira. Dia mahu terus kelihatan bersemangat walaupun hakikatnya dia sakit di hati. Sukarnya memendam rasa sakit. Tapi itu lah yang sering di lakukannya
Syakirah memandu tanpa arah. Akhirnya dia sampai di putrajaya. Tempat yang meninggalkan seribu erti buatnya.
Syakira duduk di kawasan yang kebiasaanya dia melepak bersama Bad. Syakira duduk sambil memegang lututnya. Badannya bergetar. Air matanya mengalir tanpa dapat di tahan. Esakannya semakin kuat. Terasa segala rasa sakitnya mengalir bersama air mata yang laju membasahi pipi.
“Bad…kau pergi mana? Kau janji kau akan ada dengan aku bila tiba saat aku mahu mengalirkan air mata..kau janji kau akan bagi aku tisu kalau aku nangis..kau janji kau akan buat lawak biar aku happy balik..kau janji kau akan jaga aku..kau janji kau akan jumpa aku lagi..kau janji kau akan terus jadi sahabat aku…”  syakira teresak-esak.
“mana janji kau Bad!!!? Mana!!!!!!? Kau tipu aku!!!!! Kau tipu!!!!!!!!!!!” jerit syakira kuat. Air mata terus mengalir dan mengalir.
Sakit. Ya..sakit sangat hati ini.
“Bad…hari ini aku betul-betul sakit…aku tak tahu kenapa aku lemah sangat bila aku berdepan degan dia..walau aku cuba untuk berlagak biasa..hakikatnya..aku rasa gagal. Aku gagal untuk menahan amarah aku..aku gagal untuk menahan rasa sakit..dan kata-kata dia betul-betul buat aku sakit..kau tahu kenapa aku rasa semua tu?”
Syakira berhenti sejenak. Air matanya di seka perlahan.
“sebab aku Nampak kau dalam diri dia..aku Nampak kau yang marah aku..aku Nampak kau yang menghina aku…dan kerana rasa itu..aku lemah…aku rindukan kau Bad..terlalu rindukan kau…aku nak kau ada di sini..sekarang….” syakira menangis lagi.

syakira berjalan perlahan kea rah sesusuk tubuh yang amat di kenalinya itu.
Hehe..siap kau haikal..desis syakira.
Syakira semakin hampir. Tiba-tiba, dia ternampak ada air mata yang mengalir di pipi haikal. syakira kaget. Dia menyorok di sebali pokok berhampiran.
Mamat ni kenapa pulak? Tak kan layan jiwang pulak kot?
Lama juga dia membiarkan haikal menangis. Setelah melihat haikal semakin normal. Normal? Ok ke ayat tu? lantak ahh….! Syakira mendekati haikal perlahan.
“dah-dad la kau nak nak berlagak jadi Angelina jolie macam dalam filem salt tuh..kau tak berbakat la sya!” kata haikal tanpa memandang wajah syakira. Syakira terkejut.
Macam mana dia tahu aku ada kat sini? Ajaib!
Syakira mendekati haikal dan melabuhkan punggung si sebelahnya.
“apasal kau tak bagui tau awal-awal yang kau tahu aku ada kat situ! Letih aku menyorok tau! Dah la kat pokok tu banyak semut!” marah syakira sambil menggosok-gosok lengannya yang kemerahan di gigit semut. Aku pijak gak semut ni kang!
“siapa yang suruh..kau tu yang mengada!”
Syakira mencebik.
“kau kenapa tadi?? Mata kau masuk habuk ek..”  syakir menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Alahai,aku nih..aku Tanya aku jawab..tu la orang kata soalan bodoh bengap!
Haikal gelak kuat.
“kau ni comel la..!”
“pe hal pulak kata aku comel segala nih! Kau tak payah nak auta automotive dengan aku la!” ni dah lain macam ni….ada ikan bilis di sebalik peti nih…
“kau nih..suspicius sangat kenapa? Kau memang tak comel pun..muka macam ala-ala zombie je aku Nampak!” perli haikal. syakira mencerlung ke arah haikal.
“kau..kalau tak nak cerita..tak payah cerita!” marah syakira.
Haikal tersenyum. Mula la tu nak naik marah. Haish…macam singa! Haikal tarik nafas.
“entah berapa lama lagi aku boleh tengok kau marah kan..kalau kau marah..satu muka kau merah..macam…………..” haikal berkata sambil berdiri. Lagak macam bersedia nak lari pecut je.
“macam apa!” syakira turut berdiri. Aku dah dapat agak nih..bala dan mala dari india dah mai dah…..
“macammmm…..tikus!! kahkah..” haikal gelak sambil berlari laju. Risau terkena pukulan  berbisa syakira. Boleh lebam woo….bisa kan? Syakira mengejar  haikal.
Hampir satu taman tu di tawaf mereka. Baru lah tterasa letih. Boleh tahan stamina diorang ni ye.
“ok..dah..dah..” haikal tercungap-cungap. Begitu juga syakira.
“tau pun..kau jangan cabar cucu pak mahmood…kalau nak rasa kena lipat patah 14 tulang belulang kau tuh..kau try la!”
Haikal tergelak.
“eleh..macam dapat. Kau tak payah cakap besar la! Sebelum kau buat tu…aku karamkan kau dalam tasik ni..! jadi la kau duyung paling menggerunkan di abad ini sengsorang..” kata haikal sambil tergelak kuat.
“lepas tu..aku tarik kau sekali masuk dalam tu..aku ikat kat batu karang..biar kau jadi tengkorak kat situ! Hahahaha..” giliran syakira pula tergelak kuat. Haikal tersenyum.
Haikal berdiri tegak dan memandang tasik. Terasa nyaman.
“kau jangan risau..aku akan selalu teman kau..kalau kau jadi duyung..aku sanggup jadi paus..kalau kau jadi tanah..aku sanggup jadi rumput..kalau kau jadi masjid..aku sanggup jadi tapaknya..aku janji..aku akan jaga kau..aku janji..aku akan ada bila kau perlu kan aku..kalau kau nak nangis..aku sanggup sponsor tisu berkotak-kotak sampai kau rasa dah malas dah nak nangis…” kata haikal tenang. Syakira tergaman.
“ dan…kalau kau jadi tikus..aku sanggup jadi perangkap..boleh? hakhahhaa..” haikal gelak lagi. Syakira memukul haikal dengan begnya. Haikal Berjaya mengelak.
Syakira tersenyum.
“kau kawan aku..mesti la aku kena buat semua tu..dah aku juga akan buat benda yang sama pada kau..sebab kau….buddy aku..” syakira tersenyum. Haikal pandang wajah syakira lama.
“weh..boleh tak kalau aku panggil kau Bad?? Bad stand for buddy..ok?”
Haikal mengerutkan dahi. Selepas itu dia tersenyum dan mengangguk.
“kalau macam tu..aku nak panggil kau didi…boleh?? Didi stand for buddy jugak..Cuma kau yang belakang tu? ok?”
Syakira tersenyum dan mengangguk.
“Didi tikus..jom balik! Dah lewat nih!” kata haikal selamba.
“apa kau panggil aku!!!!! Siap kau!!!” mereka berkejaran lagi.

Rintik-rintik hujan yang tekena wajahnya mengembalikannya ke alam nyata. Kenagan bersama haikal akan selalu berada di ingatannya. Kerana haikal adalah seorang yang amat istemewa di hatinya. Satu persahabatan yang suci..terjalin antara meraka. Walau jauh..walau selama mana pun haikal menghilang. Dia akan terus tersemat di hati syakira.


*ok..entry bagi bab 4 nih ada 1 jek tau...coz aku gabung smua dalam tu..so korang tak payah la pelik bin hairan k...sampai berkerut dahi cari sambungan bab4 nih..hehe..bkn pe..aku akut korg cpt tua...hav fun k...nnti aku aku smbg lg...follow la cter yg aku kira thp plg rndh dri org lain nih..hik3...rendh diri la sket braderrr...hehe..kalau ada apa2 cdgn ke..apa ke..komen2 la k..lau salah..aku cb btol kan.. :)

Thursday, 15 December 2011

part 3 : Seandai Kau Tahu2

Hari-hari mengadap muka mamat gila tu! aku dah naik muak tau! Kenapa la dulu dia berenang laju sangat masuk dalam ovary mak dia!! Kenapa tak benih lain jek!! Ishk..menyusahkan betul!
Boleh pulak salah kan benih? Ape la kau nih syakira…ishk..ishk..

Sudah hampir sebulan mereka bekerjasama, tapi tiada tanda-tanda lagi mereka mahu berdamai. Hampir setiap kali bertemu, mereka akan bertikam lidah. Banyak pula modal si syakira dan huzairil ni bergaduh ye..dulu time sekolah mesti selalu dapat A+ subjek bahasa melayu korang ni kan..dah tu kalau bergaduh bukan nak gaduh senyap-senyap..satu office tu bergegar. Mulut datuk hamdan tu dah berbuih menasihatkan mereka..malah dah siap bagi warning..tapi diorang buat dek je..masuk telinga kanan..keluar hidung kiri..memang tak lekat satu pun dalam kepala otak masing-masing.

Syakira mengeluh. Banyak pula kerja yang si beruang tu bagi aku hari nih…dah la semuanya dia nak tengok sebelum balik..ingat aku mesin ke apa? Dia ni memang saja cari pasal dengan aku kan…aku tak faham betul la..apa yang dia dengki sangat dengan aku nih! Nak kata aku ni jahat sangat time jemput dia kat airport hari tu..mana ada! Siap aku panggil dia tuanku lagi..! bukan aku buang dia dalam lombong..aku hantar balik rumah! Nak kata aku ada buat dosa dengan dia masa bebudak..jumpa dia pun belum time tu! nak kata aku pernah buli dia..tak ada maknanya…aku wanita sopan beb! Nak kata aku nih pernah sumpah seranah dia….hah..yang tu selalu sejak aku mula jumpa dia ! siapa suruh sengal sangat dengan aku..hah..ambik kau..rasakan penangan aku!
“woi monyet! Kau mengelamun ek!?” jerkah huzairil yang tiba-tiba terpacak betul-betul depan pintu bilik syakira.
Setiap hari..ada je nama haiwan-haiwan cun yang dia panggil aku! Terima kasih bebanyak la! Tengok? Aku tak cari pasal dengan dia..dia pulak datang menyerah diri kat aku..ni la namanya…hamster mencari singa..sah-sah tak sayang nyawa la tu!
Syakira menjeling huzairil. Malas mahu bertekak dengan beliau..buat bertambah dosa je..
Huzairil melangkah mendekati meja syakira.
Aik..senyap pulak hari ni minah ni..kalau tak..dah mengaum…protes banyak kerja la tu..padan muka..berkhemah la kau kat pejabat hari ni..hahaha..watak flying duchman dalam siri animasi spongebob muncul..punye la jahat mamat nih..
“kau dah siapkan kerja yang aku bagi tu??” Tanya huziril serius.
“encik tak nampak ke saya tengah buat ni..ingat sekarang saya tengah karang skrip Hantu Kak Limah Balik siri 2 ke?” perli syakira tampa memandang wajah huzairil.
Buat sakit urat-urat mata aku je pandang kau, beruang! Ni pejabat ke zoo? Segala haiwan ada..Aku pun confius…
Huzairil mencebik.
Eleh..baru kau tahu..aku paling pantang orang yang lawan cakap aku! Ni la makan dia…

Pagi tadi huzairil menyuruh syakira mengemas biliknya. Lagipun si syakira tu Nampak dah terlebih lapang..siap melepak layan jiwang di pantry lagi. Huzairil apa lagi..dia bukan boleh tengok si syakira tu senang hati..disuruhnya syakira mengemas seluruh bilik dia. Melenting sakan la syakira..apa ingat dia ni setiausaha huzairil agaknya. Dia bukan baik sangat nak derma tenaga buat kebajikan untuk si Mona lintah sawan tu! Then,syakira buat tak tahu je..siap buat catwalk lagi depan huzairil pergi melawat seluruh office tu. sebagai balasan..huzairil himpun kan sebanyak mungkin kerja untuk syakira. Ambik..! buat la lagi catwalk sampai kucing pun tak sanggup nak tengok..buat la lagi..

“yang encik tercangak lagi kat dalam bilik saya ni kenapa? Nak mintak derma masjid?”
Dah habis cakap blah la! Ingat hensem sangat nak jadi model kat depan aku..sorry lar.. 
Huzairil mengerutkan dahi..mungkin tak disangka wajahnya yang di sangka tampan yang amat tu boleh di samakan dengan orang kutip derma masjid…kesian..kesian..
"Maaf la encik..bukan saya tak nak bagi..tapi, duit yang saya uruskan ni duit syarikat..ikutkan hati yang suci ni..nak aje bagi derma..tapi..almaklumlah..bukan hak saya…so,kalau encik nak juga..pergi jumpa bos besar ye..tak payah nak tunjuk muka kesian kat bilik saya nih..saya banyak kerja…” kata syakira selamba.
Huzairil ketap bibir. Tak puas hati cakap!
“whatever la..aku malas nak layan minah sewel macam kau ni..aku datang sini pun bukannya hegeh nak tunjuk muka pada kau..lebih-lebih lagi nak tengok muka kau yang dah macam nenek kebayan tu…” jawab huzairil selamba..
Syakira mencebik. Aku nenek kebayan? Kau tu datuk meroyan!
Elok la sangat..sama padan…
Huzairil pandang wajah syakira lama. dia tarik nafas sebelum memulakan perang mulut dengan manusia paling handal iaitu Panglima Syakira Si Mulut Buyung.. entah bila dapat pangkat panglima la syakira ni..
“aku tak suka pekerja aku melanggar etika pemakaian…jadi kau patut tahu apa yang patut kau ubah dari segi penampilan kau..aku malas nak cakap..”
Syakira pandang wajah huzairil dengan wajah punya la tak puas hati.
Dia ni dah tak ada modal sangat ke nak sakitkan hati aku..sampai dressup aku pun kau nak komen..!
Aihh.. siapa dia nak tegur cara pemakaian aku..ikut suka aku la…aku beli baju, guna duit aku…tak usik harta kau satu sen pun!
“apa masalahnya dengan pemakaian saya? Ok la macam ni..pakai baju kurung..tutup aurat..tak kan nak suruh pakai baju berlubang sana sini pulak..! encik ingat saya datang sini nak tayang badan ke? encik tak ada hak nak tegur cara pemakaian saya…! Mak ayah saya pun tak kata apa..yang encik nak kecoh kenapa? Saya punya badan..suka hati saya la nak pakai baju apa-apa pun!” jawab syakira dengan muka kelat.
Datuk hamdan pun tak pernah tegur..entah sejak bila pula ada etika pemakaian kat sini entah! Si mona tu..tak ada pulak dia nak tegur..pakai baju macam kain buruk je..koyak satu badan..harap tutup tempat tertentu je…itu ikut etika pemakaian sangat la kan…!

Huzairi mendengus. Aku cakap sepatah…berpatah-patah dia menjawab..!
“boleh tak kalau aku cakap kau jangan melawan? Semua arahan aku kau nak bangkang..! ikut aje lah..! Mulut kau tu memang dah tak reti diam ek?” huzairil naik geram dengan keletah syakira. Sekali tak melawan arahan aku..memang tak sah hidup dia!
“suka hati saya la mulut saya..saya guna air liur saya..bukan encik.. saya tak kira..saya akan pakai apa-apa pun ikut kehendak saya..encik tu siapa nak tegur saya..? abang saya? Adik? Sory la..saya anak tunggal..tak payah nak mengaku kita ada tali persaudaraan la pulak..kalau ada pun..agaknya dah terputus saya gunting waktu budak-budak! Encik suami saya ke? tak kan..so? jangan nak sibuk campur tangan hal dalam almari baju orang..” syakira mencebik. Almari sendiri pun bersepah..ada hati nak tegur orang.
Huzairil senyum sinis. aku pun tak ada hati nak dapat isteri macam kau la! Mintak simpang..!
“kau ni sebenarnya pandai ke tak pakai tudung? Ke kau main tangkap masuk je? Dah macam sotong aku tengok kau pakai tudung nih!”
Mak aihh…mulut longkang!
“dari kecil ibu saya ajar pakai tudung tau!” syakira bengang..jangan nak mempertikaikan kredibiliti pn.mariah mengajar aku ok…
“aku tegur ni bukan apa..sakit mata aku tengok cara pemakaian kau tu..aku bukan tak bagi kau pakai baju kurung atau tudung…aku pun tak suruh kau pakai baju terdedah sana sini..tapi, kau sebagai financial manager syarikat nih..kau kena jaga imej kau..barulah orang akan taruh kepercayaan pada kau..ni tak..baju, tudung..serabai sana sini..! dah macam gaya mak cik! dah tu..hari-hari pakai warna hitam..ingat nak datang majlis kematian ke apa..!” sesedap kopi o je huzairil menegur syakira.Memang nak kena maki la mamat nih.
Orang lain pun pakai tudung juga..tapi tak ada la serabai macam dia ni..buat pejabat ni macam pasar borong..!
“encik…kalau saya pakai bergaya pun..kalau kerja habuk pun tak ada..buat apa…kita ni di suruh beserdehana dalam kehidupan..tak elok membazir.. jadi saya amalkan la semua tu..orang akan bagi kepercayaan kalau kita reti nak hormat orang dan pandai buat kerja..bukan tengok bergaya ke tak.. eh..hitam tu menawan ok! Sesedap je mengutuk warna baju orang!” guman syakira perlahan di hujung ayatnya.
“aku bukan kutuk..tapi.. memang kenyataan..imej kau..imej syarikat juga! Kalau orang tengok financial manager syarikat seri lembayu bhd. selekeh macam ni..sah-sah siapa pun tak sanggup bekerjasama dengan kita! Lebih-lebih lagi kalau diorang dengar kau bercakap..”
Eleh..dah diaorang tak nak sudah…kecoh je mamat nih!
Dah syarikat bapak dia…mesti la dia kecoh syakira oii…
Syakira berdiri dan mencapai remote  aircond.
“ ehh..rosak ke aircond nih? Tiba-tiba  pulak terasa panas bilik ni…”
Kata syakira sambil berjalan mendekati aircond tanpa menghiraukan huzairil.
Huzairil mengerutkan dahi dan turut memandang ke arah aircond. Aku tengah bercakap ni boleh pulak dia tukar topic..! kurang sopan ini perempuan ya..
“Laa..tak rosak..rupa-rupanya beruang tutup aircond..tepi sikit encik…tak pun baik encik keluar je dari bilik saya terus..lagi sejuk saya rasa..biasa la encik…bilik saya nih..hanya orang yang betul-betul soleh dan solehah je boleh masuk..kalau tak..ada aje la yang meragam..contohnya macam aircond  ni…” kata syakira sambil selamba menolak huzairil ke tepi.. huzairil menepis tangan syakira. Geram dengan perbuatan syakira.
Syakira mencebik. Badan dah la besar macam badang! Tercangak depan aircond nih..patut la kalau tak rasa angin pun..
 “Dah la encik..saya banyak lagi kerja nak buat..saya datang sini bukan nak berborak kosong dengan encik..saya datang nak bekerja..so..kalau encik dah habis cakap..dipersila lah keluar dari bilik saya..bukan saya nak halau..tapi ye lah..kalau panas macam mana nak siapkan kerja yang teramat la sedikit encik bagi saya ni kan..susah nak focus..” kata syakira tersenyum selamba dan kembali meneruskan kerjanya.
Haa..tu la..saja cari pasal dengan aku kan…dah la aku tengah tak ada mood aku nak layan beruang kutub nih..semak biji mata je! Apa lagi..keluar larr…!
Hhuzairil mendengus keras  dan terus berlalu. Geram betul dengan perangai syakira yang tidak mengendahkan arahannya.
Syakira angkat wajahnya setelah huzairil keluar. Dia senyum sinis.
Tau pun mamat tu jalan keluar..kalau tak..boleh je aku tunjuk tingkap kat belakang aku nih..tu satu lagi jalan keluar yang terbaik bagi beruang macam tu..!

Amy melangkah masuk ke bilik syakira. Tertoleh-toleh dia ke belakang. Wajah pulak sehabis  takjub…entah apa yang pelik sangat di mata amy tu tak tau la.
Dia mendekati syakira dan duduk berhadapan dengan syakira.
“eh..kenapa tadi?”
Tanya amy perlahan.
Syakira mendengus perlahan. Haa..ni sorang lagi tetamu tak diundang! Ingat aku buat rumah terbuka ke hari ni? ishk..kacau la….
“entah…gila itu orang..!”
“kau dengan beruang kutub tu..hari-hari bergaduh..kau tahu tak yang si beruang kutub kau cakap tu..anak bos kita? Kau tak takut kena buang kerja ke? ke kau dah tubuhkan syarikat secara senyap-senyap tak nak beritahu aku…!”
Sampai hati kau..nak senang sorang-sorang…cipan lupakan kandang betul la minah nih!
“apa kau mengarut ni amy sengal! Bila masa pulak aku tubuhkan syarikat secara haram! Apa kau ingat aku ni millionnair ke…kalau aku buka perniagaan pun..aku just nak jual semua jam buruk kau yang dah berlambak kat bilik aku tu…”
Amy mencebik.
“elok sikit…langkah mayat kucing mak leha dulu kalau kau nak jual semua jam berharga aku tu!”
Syakira pula buat muka toya. Asal tak suruh langkah mayat kau je…tahu pun takut mati…
“ kau kena hati-hati..mudah je dia nak singkirkan kau dari syarikat nih..kau pun, kompromi  la sikit dengan dia..! sabar banyak-banyak..jangan ikut kepala kau yang dah berselirat macam wayar elektrik tu…semua arahan dia bagi kau nak bangkang..macam mana dia tak bengang dengan kau..”
Dah start dah membebel…
Syakira mengeluh sambil mencebik. Pen di tangan di lepas. Syakira menyandarkan tubuhnya di kerusi sambil menyilang tangan.
“yang kau dah berpaling tadah dari pakatan aku ni kenapa? Kau dah nak ambik borang keluar geng ke..nak masuk pakatan beruang berbulu kerinting? Jangan harap la aku nak mengalah dengan dia..kalau aku mengalah…tu maksudnya..aku dah biul!  kalau dah rezeki aku tak lama kat sini..apa susah..angkat barang..blah lar…”
“sedapnya mulut kau…sekarang bukan senang nak cari kerja! Kau nak jadi cleaner? Memang baik kau surrender je la..sebab..aku rasa, masa interview tu pun kau dah kena rejct secara terhormat…Bukan aku tak tahu kau tu..lebih-lebih lagi kalau pengurus dia tu lintah jantan..mahu nye tak dilipat kau tu sampai pengurus tu retak tulang..blah la kau sya..” ejek amy.
Syakira ni sebenarnya bukan la tomboy..dia macam wanita yang lain..masih ada sifat kelembutannya…cara jalan..cara bercakap..cara berpakaian lagi-lagi lah..sopan yang amat! Cuma.. sifat garangnya yang terlampau tu je yang dah sebati dalam diri dia..tak boleh salah sikit..pasti mengamuk sakan.. Katanya pn.mariah…sifat tu dari keturunan datuknya syakira. Tengtang datuk syakira ni..dia memang akui..datuk syakira tu memang garang. Jurulatih silat katakan. Tapi pn.mariah tak ada la garang..baik je aku Nampak..Amy masih ingat lagi..selepas aje tamat pengajian..syakira hampir setahun juga jadi penganggur terhormat. Bukannya tak dapat tawaran..tapi, semua yang dia dapat tu, time interview lagi dah kena reject. Bila di Tanya, dia akan kata pengurus kat situ miang! Dah siap main sentuh-sentuh..dia apa lagi..bagi sebijik, dia blah .. baik sungguh perangai minah nih! Ishk..ishk..dah siapa suruh kau cantik sangat syakira! Kalau sekilas pandang..syakira ni  memang mempunyai wajah yang lemah lembut dan cantik boleh kata badan pun stok model..ala-ala pelakon Jue aziz..Cuma yang silapnya, dia tak pandai bergaya.. dua kali tengok..dah Nampak garang sikit..tiga kali tengok, kalau la cari pasal pulak dengan dia…jawabnya, semua hancur!! Punah harapan sesape nak buat bini! Garang yang amat!

“alah..ada la tu rezeki mana-mana..kalau tak pun..aku kerja je kat kampung..kat bendang pak mat tonggek tu..jadi petani..habis cerita..tak payah la nak membazir duit beli baju mahal-mahal semata-mata nak bergaya datang pejabat…dah tu kena pulak pandang muka si beruang kutub tu..menyusahkan je…” gerutu syakira. Sesedap mulut je kau panjangkan nama panggilan orang ye syakira..dah memang dia tonggek..tak kan nak cakap dia jalan ala-ala model pulak…
Amy menggeleng kepalanya. Susah cakap dengan orang terlebih pandai nih!
 Ada je jawapan yang terlebih bernas keluar dari mulut dia…
“kau ni kan..patutla si beruang tu mengamuk sakan..kerja kau menghabiskan air liur dia membebel setiap hari..kau ingat dia tak letih ke..? kau tu tak letih sama-sama mengaum dengan dia hari-hari? Bukan setakat hari-hari..tapi setiap kali bertemu! aku ni dah naik bingit telinga dengar korang bergaduh tau…” bebel amy.
“Dah tahu bingit, tutup telinga….alah..dah-dah la kau nak membazirkan air liur kau tu untuk nasihatkan aku..sambil..kau dagang minyak pasal beruang kutub tuh..kau sambung lain kali la plak ek...kalau kau takut tak ingat point-point penting..kau catat je dulu..nanti kita discuss malam raya tahun depan erk..senang sikit kau terus mintak ampun dosa kau yang dah belambak-lambak kat aku ni....” saran syakira dengan wajah yang teramat la manis-manis kopi tuh..jauh sekali manisnya…tapi dekat di hati pahitnya…
“kenapa tak discuss nanti raya korban je..boleh korban kau sekali..senang..”  perli amy.
“ehmm..boleh juga tu..” jawab syakira sambil buat gaya berfikir ala-ala professor  cabuk.
Amy ketap bibir. Dia ni memang nak kena uli dengan aku larr!!!

Huzairil merebahkan badannya ke tilam. Setelah mandi dan mengerjakan tuntutan yang maha pencipta..dia terus merehatkan diri. Lagipun, letih sudah seharian berhempas pulas di pejabat. Terutamanya, letih bergaduh dengan manusia bernama syakira. Tadi dia bukannya sengaja mahu menegur cara pemakaian syakira..tapi,bila syakira seakan-akan menghalaunya..so, just nak cover malu..cari point la nak mengata minah tu. tapi, tu memang hakikat sebenarnya..tak pandai dressup langsung minah tu..kadang tu, cara pemakaian dia macam student yang setahun jagung di unuversiti..sedangkan umur perempuan tu pun dah boleh kata mak orang..pakaian tak sama dengan umur..!
Ahh..selesanya…desis huzairil. Perempuan tu memang meruntuhkan kesabaran aku betul la! Aku bukannya benci sangat kat dia..Cuma aku tak suka bila orang ingkar dan melawan arahan aku..! satu sebab lagi yang aku tak puas hati dengan dia..boleh pulak dia panggil aku beruang kutub! Dasar mulut monyet betul la minah tu! tapi… macam mana dia boleh kenal haikal?? Haikal lain kot….

Tiba-tiba dia terkenangkan wajah Idham..Dia mengimbau kenangan bersama Haikal Idham..iaitu kembarnya..
“woi..Ad..cita-cita kau apa??” Tanya Idham kepada huzairil Adham sambil melambung-lambung bola yang berada di tangannya. Adham buat gaya berfikir, macam soalan tu amat la susah.
Gedebukk..bola betul-betul melekat di kepalanya.
“kau pe hal!? Memang selama ni papa bayar zakat kepala kau sorang je!”
Adham merengus.
“woi mangkuk! Aku bukan Tanya soalan matematik sampai kau kena fikir macam tu sekali!”
“aku tahu lar..tapi nak cakap tentang cita-cita ni susah weii..SPM pun tak ambik lagi Id oii…yang kau Tanya aku soalan kanak-kanak rabena ni ape hal?? Apa jenis soalan skema la kau bagi kat aku Id..next..!”
“kepala hotak kau next! Tu je soalan aku…”
Adham melangkah ke katil.
“entah la..aku pun tak fikir lagi pasal tu…kenapa kau Tanya?” badannya di sandarkan ke katil. Letih setelah penat bermain bola seharian. Lagipun tak lama lagi mereka akan mewakili sekolah dalam pertandingan persahatan.
Idham diam. Dia mengeluh perlahan.
“tak ada lah..aku takut aku tak sempat nak fikir tentang cita-cita..tu yang aku fikir cepat-cepat tu…banyak lagi aku nak buat nih..anak kak milah tu..aku tak sempat nak tackle lagi..pak bahar tukang kebun kita tu..hari tu aku dah janji nak tolong dia tanam pokok jambu kat tepi rumah kita..kang tak sempat tengok pokok tu berbuah pulak kalau lambat..nak kahwin lagi..kang tak sempat susah pulak..” ujar Idham selamba.
Adham pandang wajah idham tajam. Dia paling pantang kalau mendengar Idham menyebut tentang perkara-perkara sebegini. Terutamanya perkataan ‘tak sempat’..
“tak sempat apa pulak! Kau jangan nak mengarut la! Aku malas nak dengar kau mengarut petang-petang nih! Aku letih! Lebih baik aku mandi dari layan kau mengarut!” ujar Adham keras sambil bangun mencapai tuala. Malas melayan abangnya itu..lagi di layan lagi menjadi-jadi.
Baru aje kakinya mahu melangkah ke tandas. Idham bersuara.
“hidup mati ni di tangan Allah Ad..tiada siapa dapat menghalang ketentuan allah..kau janji dengan aku..kau kena tolong aku..tackle anak mak cik limah tu..kau jangan kebas pulak! Lepas tu kau kena tolong aku tanam pokok jambu kat tepi rumah kita tu..kalau kau mungkir janji..aku terajang kau Ad..kau tak payah buat-buat sibuk…kalau aku tak sempat buat semua tu..kau tolong selesaikan untuk aku ye..” kata Idham selamba tanpa memandang wajah Adham. Adham merengus dan menghempas pintu kuat. Geram dengan Idham yang tak habis-habis bercakap tentang ‘tak sempat’.

Huzairil tersenyum kelat bila mengimbau kenangan itu.
“aku janji dengan kau Id…anak kak limah tu aku dah tackle..tapi terlepas pulak..sebab dia minat dekat ustaz..aku bukan alim..tak kan dia nak..sebelah mata pun dia tak pandang aku Id..” huzairil bercakap sendirian sambil merenung syiling.
“tentang pokok jambu tu..pokok tu dah berbuah..pokok tu tunggu kau je Id..aku tak reti nak jaga pokok ni Id..pak bahar yang jaga..aku tukang tengok je..” kata huzairil lagi sambil tersenyum. Terasa sebak tiba-tiba.
Ishk..ape ke hal pulak nak buat intro sadis malam-malam nih! Alah…jatuh saham aku Id…! Kalau kau ada kan best..boleh kau join aku lepak malam-malam..boleh kau kutuk perempuan sewel kat pejabat tu sekali dengan aku..
Akhirnya huzairil terlelap. Entah pukul berapa pun dia tak pasti. Tapi yang penting dia di buai mimpi buruk, apabila dia bermimpi tentang syakira mahu menerkamnya. Seram..seram..sampai termimpi-mimpi kekejaman si syakira tu ye....

*korang bagi la idea kalau ada ek..xpon komen kalau ada yg xsuka ke..terlebih suka ke..korg yg xde blog tu jgn risau..boleh je komen..aku tak marah..lgpun aku tak kejam macam si syakira tu..hahaha..jangan pendam-pendam..tak elok untuk jantung,,,huhuhu…mn thu..idea korg tu bernas,,boleh aku guna...nak tahu lagi perkembangan diorang..follow aku k..jom..jom..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...