Sunday, 9 October 2011

part 1 : Seandai Kau Tahu2

Syakira meneruskan kerjanya yang terbengkalai. Banyak lar pula kerja nih..bila la nak kurang sikit agaknya ya..rungut syakira. si syakira ni,kalau sehari tidak merungut memang tak tenteram agaknya hidup dia. walaupun,rungutannya berjela-jela,tapi, pekerjaannya inilah yang menjadi teman hidupnya selain Amy.bekerja sebagai seorang pengurus kewangan di syarikat ternama bukan lah sesuatu yang mudah. banyak masalah yang perlu di selesaikan, lebih-lebih lagi soal duit ni,bukan boleh buat main-main. fitnah tak usah kata la..mudah sangat nak dapat. kalau tidak berhati-hati dalam melakukan pekerjaan pasti dia akan tersungkur. tapi,syakira bernasib baik kerana datuk Hamdan menaruh sepenuh kepercayaan kepadanya. pekerja berdedikasi la kononnya. padahal,selalu datang lambat! piiraahh..! amy pula merupakan setiausaha kepada datuk hamdan. dia memang sesuai menjadi setiausaha,. lebih-lebih lagi dengan gayanya ala-ala artis. make up
 tak usah kata la..dalam sehari tu berapa batang gincu yang dia bedal pun tak tahu la..bedak tu tempek macam dah tak nak bagi hilang je. oleh kerana itu juga la, amy selalu bangun awal untuk bersiap. kalau terlewat bangun,sah-sah ambik cuti tak bergaji. sanggup wooo....kronik sungguh si amy nih.


"jom balik siput.." ajak amy sambil tersenyum di hadapan pintu pejabat syakira. syakira mengangkat muka toyanya dan selepas itu tersenyum.
"jom..tapi kejap,aku nak kemas barang." kata syakira sambil tangannya lincah mengemas mejanya. amy melangkah masuk sambil matanya melihat sekeliling  bilik syakira. nak kata bilik pejabat tak ada tingkap,ada. nak kata hari nak gelap hujan..tak pulak..kalu ya pun,bilik bukan tak de lampu.
"wei.kenapa bilik kau ni nampak macam janda baru mati laki ni!"
"woi.elok sikit! aku kawin pun tak lagi, kau dah doakan kematian laki aku!" bebel syakirah. amy buat muka selamba.
"aku bukan nak doa..tapi,cuba lar kau tengok bilik kau ni dah macam bilik mayat kau tau tak...gelap semacam je..hidup macam tak ada cahaya..ke kau ni albino? tak boleh kena cahaya matahari?" tak kan lar si syakira ni albino? aku tahu la kau ni putih melepak pun..tapi agak-agak r..dah la semua nak hitam je..kereta, bilik, telefon, baju, termasuklah 'anak-anak"! semua nak hitam. gelap masa depan betul lar si syakira ni! syakira malas melayan celoteh temannya itu.
"dah..aku dah siap..kalau kau rasa ni bilik mayat, kau jangan nak berani-berani datang bilik aku dah! kalau tak aku tanam kau kat sini! dah..jom balik.." kata syakira sambil melangkah keluar meninggalkan amy di belakang. amy memandang lagi bilik itu.
"eeiii..seram! sya! tunggu aku!" amy berlari menyaingi syakira.


hari minggu...hari yang paling di tunggu-tunggu syakira.
"wah.......amannya hidup tanpa ayam terencat tu! hehe.." biasala..hari-hari minggu macam ni,mesti la si amy tu  berkepit dengan kekasihnya, rizal. tiap-tiap miggu keluar,tak borink ke si rizal tu mengadap muka si amy yang macam ayam terencat tu, dah la kenal dari universiti lagi..,tapi bagus juga si rizal tubercinta dengan si amy tu..lagipun, kalau bukan si rizal..sape lagi nak dekat si amy sengal tu..wakakaka... la sempat lagi mengata orang. yang dia tu,dah tak de pakwe tu, tak de la..nak merungut pulak.

Saturday, 8 October 2011

part 1 : Seandai Kau Tahu

Kata orang tua-tua, anak dara tak elok bangun lewat. katanya lagi,takut muka cepat berkedut. Nanti tak laku pula. Ishk..aku tak berkenan betul dengan presepsi orang tua-tua nih! entah maklumat sains sesat mana lar diorang seludup! menysahkan hidup aku betul lar...!
"ira!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" dia dah mai dah...mahu tak retak dinding bilik aku nih dengar suara ibu aku yang dah macam penjaga penjara pudu tu...aduh...bingit! syakira terpisat-pisat bangun dengan muka toyanya. puan mariah merempuh masuk bilik syakirah ala-ala mahu menerkam pesalah mandotori.
"ira!!!!  bangun!!!!!! kau tahu tak dah pukul berapa nih!? muka tu penuh dengan air liur basi! busuk,bau macam longkang! bangun!" puan mariah memandang syakirah dengan wajah bengis. sakit hati dengan anak tunggalnya yang tidak pernah mendengar nasihatnya. sepatah di tegur,berpuluh-puluh patah dia membangkang. lebih-lebih lagi bab bangun pagi. anaknya memang susah nak bangun pagi. ada sahaja alasan yang diberikan olehnya, letih lar, banyak kerja lar..dah naik bernanah telinga puan mariah mendengar alasan anaknya itu. 
"alah bu...baru pukul 10 pagi..mak mah kat sebelah rumah kita ni pun tak buka kedai lagi pun..."
"habis,kamu nak tunggu kedai dia tutup baru kamu nak bangun!?"
"ehmm...bagus jugak cadangan bu tu..ok lah kalau macam tu, ira sambung tido balik  la.." syakira kembali menarik selimut membaluti tubuhnya. puan mariah menggeleng kepalanya. dia merentap selimut yang membaluti tubuh syakirah.
"ira...ibu kata bangun!! kamu tahu tak,tak elok....." belum sempat puan mariah menghabiskan kata-katanya, syakirah menyampuk.
"anak dara bangun lewat, nanti muka berkedut..tak laku...and bla..bla..bla...ayat yang sama tiap-tiap pagi bu.....ira dah hafal dah pun..." syakirah duduk bersila di atas katil dengan wajah seperti tidak pernah tidur seumur hidupnya. puan mariah melabuhkan punggung sambil tersenyum ke arah anak tuggal kesayangannya itu. dia mencubit pipi anak kesayangan itu. syakira mengaduh kesakitan. syakirah merupakan pemberian tuhan yang amat bermakna buatnya dan encik kamarul setelah 7 tahun perkahwinan mereka. hidup mereka ceria setelah hadirnya syakira. syakira lah racun dan penawar bagi mereka. kini, syakira dah berusia 23 tahun, tapi perangai kebudak-budakkannya tidak pernah berubah. kerana sikap itu juga lah,mereka suami isteri tidak mahu berenggang dengan anak tuggalnya ini. tapi,oleh kerana syakira mendapat pekerjaan di tempat lain, mereka terpaksa akur walaupun berat untuk melepaskan anaknya itu. puan mariah tersenyum lagi pada syakirah.
"ibu bukan apa..kamu tu dah anak dara ira..anak dara kena jaga perangai mereka..tak boleh buat perangai macam budak-budak..nanti kalau kamu dah bersuami,beranak-pinak..susah hidup kamu kalau masih berperangai macam nih. dulu,zaman ibu muda2...." dia dah start dah buka hikayat zaman dulu kala...nih zaman datuk nenek aku yang belah mana plak dia nak buka cerita nih...rungut syakira di dalam hati.
"nenek ibu yang belah datuk kamu tu..dia amat menitik beratkan soal bangun pagi nih. semua anak dia kena bangun pagi,kalau tak..berbirat lar belakang tu kena rotan. kamu nak ibu rotan kamu macam tu?" bersugguh-sungguh puan mariah bercerita.
"alah bu..orang dulu-dulu tu lain..dulu,orang perempuan tak kerja..sekarang nih,orang perempuan semua dah ada kerjaya masing-masing bu...nenek moyang kita dulu tu,bukannya dia tahu apa-apa tentang zaman serba moden nih bu.."
"ooo..kalau dunia makin meden,makin tak kena bangun awal lar...kalau lagi moden..terus tak bangun sampai bila-bila lar kan? bagus..ibu pun tak susah lar..tak payah letih-letih nak bangun masak pagi-pagi buat sarapan,,dah semua tidur tak bangun-bangunkan.." puan mariah mariah berkata smbil mengangguk-mengangguk tanda memerli anaknya itu. syakira memuncungkan mulutnya.
"alah bu...ira gurau je..hehehe...jangan marah k...tak comel lar marah bu...dah tak nampak dah muka ibu tu yang ala-ala saloma gitu.." ira memeluk dan mencium ibunya...
"hei..busuk! ada hati nak cium ibu pulak..." puan mariah mengelak..
"alah...ira dah gosok gigi lar waktu bangun solat subuh pagi tadi...saaaaayanggggg....ibu.." syakirah memeluk ibunya lebih erat. puan mariah tersenyum bahagia. biar pun berapa baldi air liur ibunya memercik ke mukanya tiap-tiap pagi gara-gara mahu mengejutkannya bangun...dia tetap akan menyayangi ibunya sepenuh hati..hehehe..boleh pulak macam tu kan..


rasanya bagai baru semalam dia bersama ayah dan ibunya di kampung. hari ini,dia sudah kembali kepada kehidupannya yang asal, terpaksa menyibukkan diri dengan kerja-kerja di pejabat yang merosakkan segala mood dan memutuskan segala urat-urat sarafnya. ishh3..lagak macam terseksa bebenor! 
alamak! lif..! tunggu aku..! syakira pantas berlari mahu mengejar lif tersebut. tu lar,siapa suruh bangun lambat lagi..kan dh lewat. belum sempat ia sampai di garisan penamat..tiba-tiba dia rempuh seseorang. habis berterabur dokument yang di bawanya.
"arghhhh......! terlepas!" syakira menjerit marah. dia tidak sedar yang jeritannya itu di dengari hampir seluruh manusia yang berada di dalam bangunan tersebut. ishk..kuat sangat ke? macam mana boleh tak perasan pulak nih...aduh...dia mengomel sendiri.
"awak ok?" syakira tidak menghiraukan pertanyaan wanita tersebut. mahu nye nak ok..memang lar badan aku ni ok..tapi,hati aku ni yang tak ok! gara-gara kau la aku lambat,tau tak! syakira merungut di dalam hati. salah sendiri yang bangun lambat tak de pulak dia nak nampak..syakira..syakira...
"saya tanya nih..awak ok tak.. " tanya wanita itu sekali lagi. sabar syakira...sabar......sabar tu separuh dari iman...syakira mengangkat muka...then...guess what?? she smile......hehehe...

syakira cepat-cepat masuk ke bilikya. kebetulan pula, bosnya datuk hamdan baru melintas di hadapan biliknya. dia tersenyum kearah datuk hamdan. nak tutup dosa lar tu..senyum pun macam siput. nampak sangat tahan semput berlari masuk pejabat tadi. selamat...datuk hamdan membalas senyumannya dan terus berlalu. fuhhh....
"woi, sya siput!!!!!!!!!!" sergah amy.
"waaa....! aku siput!!!" jerit syakira dengan latahnya itu. tercampak pen di tangannya. nasib baik tidak terkena muka si amy..kalau tak..tak tau la nak kata apa.
"woi, dasar ayam terencat nih! kau ni kan,tak senang duduk ye kalau tak berkokok pagi-pagi dalam bilik aku nih! terkejut kau tahu tak!" marah syakira. amy ketawa berdekah-dekah.
"tak..aku tak tahu..ko tolong lar bagi tahu aku.." amy ketawa lagi. kalau boleh dia nak berguling-guling depan si syakira tu ,tapi apakan daya...tempat tak mengizinkan. hahaha...
"kau gelak lar puas-puas..tapi,kalau gelas nih tersumbat dalam mulut kau, kau jangan tanya kenapa erk!" syakira dah berapi. dah lar pagi tadi sakit puggung aku nih tergolek depan lif ..masuk pejabat kena acah dengan ayam terencat ni pulak! ishk..tension!!
"alah..rilek lar sya...tu salah kau juga..yang ko terenyum macam siput kat datuk hamdan tadi tu kenapa..dah tu,dia dah tak de pun kau senyum lagi..tak kan tak habis lagi semput kau tu..naik senak mata aku tengok senyuman semput kau tu,tau tak.." amy tergelak lagi. syakira tarik muka masam.
"aku bukan apa..mana tahu,kalau-kalau dia tiba-tiba patah balik...aku standby je lar..!" masih menafikan..
"apa-apa je lar..tu la..aku kejut kau bagai nak rak..aku rasa,mahu terkeluar anak tekak aku nih nak kejut kau tidur! tidur tu,dah macam berdekad kau tak tidur! agak-agak ar...! jam dah belambak dalam bilik kau tu! habis gaji bulan-buln aku bagi hadiah kat kau jam loceng tau!" bebel amy. mahunya dia tak mengamuk, 5 jam loceng dia hadiahkan setiap kali hari jadi syakira, siap letak di bilik si syakira tu lagi, tapi,macam tak ada apa-apa makna je pada si syakira. tak terjejas langsung! tetap bangun lambat. agak-agak,kalau dia letak bom,si syakira tu belum tentu bangun lagi gamaknye. 
"alah...jam loceng kau tu dah berhabuk..loceng pun dah macam bunyi cengkerik lemas..mananya aku nak dengar..ku pikir lar..bunyi tu dah macam lagu yang mengulit aku tidur kau tau tak.." entah macam mana lar bunyi cengkerik lemas tu kan...hanya si syakira je yang tahu..amy buat muka bengang.
"dah-dah..kau tak payah buat muka macam tenuk terlebih make up tu...aku tak de masa nak tenung muka kau tu..aku banyak kerja nih...nak keluar tu tutup pintu. aku nak fokus nih" halau syakira dengan muka sehabis selamber mentadak.
"woi! kau elok-elok sikit...muka tenuk ni la yag duduk serumah dengan kau..muka i juga lah yang kejut kau sampai terkeluar anak-anak tekak..muka tenuk ni juga lah yang belanja kau makan..yang beli hadiah jam loceng yang berlambak-lambak kat rumah tu..aku cepuk juga budak ni kang!"
"yel a..ye la....kau jangan nak menghitung kebaikan pagi-pagi buta nih...lesap habis pahala kau...semua dapat kat aku...ehmm..bagus jugak..hah..ungkit la lagi..aku nak dengar nih..wah..banyak nya pahala aku...dah lar aku kurang pahala sekarang nih,,,ada jugak orang yang baik hati macam kau nih..sanggup bersedekah..." syakira tergelak besar. amy merengus.
"boleh gila aku ayan kau nih! dah la...daripada aku bersedekah pahala aku yang dah seciput nih..baik aku pergi buat kerja! dah lar...nanti lunch kau belanja..lagipun,aku kan dah banyak bersedekah kat kau tadi kan..hahaha" si amy cepat-cepat keluar sebelum syakira membidasnya lagi.
"woi..! banyak cantik muka kau! jangan harap!" jerit syakira dari dalam bilik pejabatnya. amy adalah satu-satunya kawan terbaiknya sejak zaman sekolah lagi,hinggalah sekarang. dia pun tak tahu la kenapa dia tak jumpa orang lain selain si amy tu untuk buat kawan. tapi,sikap mereka yang lincah ini lah menjadikan hubungan mereka lebih rapat dan di sukai ramai.walaupun selalu bergaduh,mereka sebenarnya tetap sekepala. boleh kata kembar. kat mana ada si syakira, di situ jugalah ada si amy. walaupun mereka menjawat jawatan tinggi di pejabat,tetapi,mereka tidak sombong. malahan, menjadikan pekerja-pekrja bawahan ini sebagai teman mereka.
"



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...