Thursday, 29 December 2011

part 4 : Seandai Kau Tahu

“krinnnnggggggggggggg….!!!!!!”
“woi!!!!!!!! pe hal memekik pepagi buta nih!!!!!!!!!!!” melompat syakira apabila jam berdering betul-betul di cuping telinga nya. Syakira bingkas bangun. Niat untuk terus marah terhenti apabila dia terpandang wajah amy suhaila anak encik firdaus tersenyum buaya betul-betul di depan matanya. Mak aihh..macam buaya lapar! Syakira telan air liur. Ishk..dah basi la pulak air liur nih! Ayam terencat dah naik darah rupanya..patut guna senjata rahsia..
Desis syakira di dalam hati.
Dengan pantas syakira bergerak ke tingkap..kepalanya terhendap-hendap mencari mangsa. Yes! Anak kak Elly..hehe
“iskh…anak kak elly ni..pagi-pagi dah bising…tau tak orang tengah sibuk mengemas..memasak kat dapur tu..saje je tak nak bagi orang focus kan…shuhh..shuhh..main jauh-jauh!” jerit syakira kea rah kanak-kanak yang sedang bermain di laman rumah. Yang menjadi masalah..bebudak tu main di laman rumah diorang sendiri..bukan laman rumah kau syakira oii..logik la sikit!
Kesian kau budak..kau pulak yang jadi mangsa. Mesti budak-budak tu fikir.. ‘apa dosa kami…’ kihkih..sabor aje la..
Sebab nak cover la tu yang si syakira ni berani serang hendap orang…siapa suruh pukul 12 tengahari baru nak bangun! Minah ni pun satu…tidur ke pengsan!?
Syakira pandang wajah amy sambil tersengih. Kepalanya yang tidak gatal di garu perlahan. Amy pandang wajah syakira tajam. Tak berkelip beb. Boleh dapat award believe it or not nih..
“reti pulak kau nak bangun..ingat nyawa kau dah tersekat kat kerongkong! Boleh aku terus habiskan je..” perli amy sambil bercekak pinggang.
“ishk..kau ni amy..tak baik pagi-pagi nih doa kawan baik kau ni mati…orang sepatutnya..buka je mata pepagi tu..doa la benda baik-baik..biar di panjangkan umur aku ke..murah rezeki ke..” jawab syakira sambil tersengih.
“kepala lutut kau pagi macam ni!! Tenghari rembang dah ni! Kau pergi fresh kan mata kau yang dah berkepul dengan taik mata tu, berkumur biar semua air longkang dalam mulut kau tu keluar..then, basuh kepala otak kau yang penuh dengan sesawang tu..baru kau Nampak matahari tu kat mana sekarang!” ok..ayat yang amat lah terlampau tahap melampau..
Syakira mencebik. Alah..bukan aku tak pernah bangun awal..selalu jugak..yang pasti..dalam setahun tu..ada jugak 2,3 kali aku bangun awal…ok la tu..dari tak pernah kan..membebel pulak minah nih..desis syakira.
Bukan dia tak mahu meluahkan semua tu…tapi risau pulak senduk di tangan amy tu melayang  betul-betul ke atas belakangnya..baik dia diam je..
“dah..! kemas bilik..pergi mandi..lepas tu turun makan! Jadi tuan puteri la kau ye kalau hari minggu..jadi puteri taik mata!” membebel lagi…..syakira tidak mengendahkan bebelan amy. Matanya bersinar-sinar apabila terdengar suatu ayat keramat dari mulut amy..
Ok..tadi aku tak salah dengar..dia suruh turun makan kan..? ini bermakna…hehehe..breakfast time!!!
“kau masak?? Wah…kita makan dulu lah..esok aku mandi..” jawab syakira sambil berlari keluar dari bilik sebelum senduk tu hinggap ke kepalanya. Terjengil mata amy mendengar cadangannya yang di tolak mentah-mentah dan di beri usul yang amat la bernas dari persatuan orang-orang biul..
dia ni memang nak makan kaki aku la!!! Amy ketap bibir. Sabar..sabar..
“syakira!!!! Kau jangan sentuh makanan tu selagi kau  tak mandi!!!!!” jerit amy dari sambil berlari mahu mengejar syakira. Runtuh kesabaran…
Syakira tersengih. Sambil menyudu nasi goreng masuk ke mulutnya. Apa aku kisah..dah makan dah pun…hahaha..sedap jugak minah ni masak ye..
Mak aihh..lajunya kalau bab-bab makan..kau terjun tangga ke syakira? muka tak basuh..gigi lagi la..tak gosok..eeii..pengotor la minah ni!
Eehh..aku dah gosok gigi la masa bangun solat subuh! Menuduh je pandai kan!! Aku tahu la diri aku!
Ni satu masalah lagi minah ni..suka bercakap sengsorang..anak siapa la..
Anak en.kamarul la…! Tanya pulak!

Setelah siap mengemas rumah dan menyiapkan segala hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan seorang yang mempunyai rumah dah merupakan seorang wanita..ishk..banyak la pulak tugasnya..akhirnya mereka berehat sambil menonton television.
Aduhh…habis bersimpul urat-urat aku. Ada ke patut ayam terencat nih suruh aku sental jamban! Baik aku sental muka kau je..! lagi berfaedah! Berkeping bedak sebati dengan kulit muka kau tu, tau tak amy! Rungut syakira sambil mengurut perlahan tengkuknya.
“apa? Tak puas hati?” Tanya amy selamba.
“memang! Kau sesedap melantak popcorn kat depan tv..aku pulak nak muntah hijau bau jamban-jamban tu tau tak..!”
“siapa suruh kau bangun lambat..tu la jadinya….” Perli syakira selamba.
“bak la popcorn tu sikit..mencekik sengsorang je kau nih..”
Amy mencebik tetapi tetap  dihulurkan popcorn kepada syakira. malas nak berhentam dengan syakira. Lagipun sekarang ni dia tengah menonton drama korea yang amat diminatinya..Boys Before Flower..romantik habis!
“wei..kau tak ada cerita lain ke…letih la aku tengok cerita nih..lama sangat!” gerutu syakira.
“kau diam la!”
Tiba-tiba amy menoleh kea rah syakira. Dipandang wajah syakira lama. Kalau pandangan biasa tak apa jugak. Ni tak...ni pandangan semacam ni..siap senyum katak lagi..kau lesbian ke amy? Kau jangan..aku nak kahwin dengan lelaki amy..kalau ibu tahu, mahu berbirat belakang aku nih kena bedal dek ibu aku..
Iskh..ke situ pulak kau ni..syakira..syakira…
“apa hal pulak kau ni..tiba-tiba pandang aku semacam..!” saja la tu nak menempah maut!
“aku tak minat perempuan la..lebih-lebih lagi perempuan terencat macam kau nih!” luar alam ke apa minah ni..?
“ceh..siapa tah minat kau! Air liur basi setangki! Aku kalau nak minat perempuan pun..aku tak gila lagi nak cari macam kau! Aku minat laki lah!” marah amy.
Syakira mencebik sambil menoleh semula ke television. Susah kalau berkawan dengan orang terlebih hormone macam minah ni! Desis amy.
“eleh..aku ok lagi..sebab semua tu nature punya..kau tu..bedak berkilo-kilo kau tempek kat muka..dah macam opera cina dah aku Nampak..lagi teruk! dah tu..yang kau pandang aku semacam tu kenapa?” saje la tu nak cari nahas!
Amy tersenyum lagi. Sah! Amy gila!
“cerita ni macam kisah kau dengan beruang kutub kesayangan kau tu kan? Mula-mula benci..then mula jatuh cinta..lepas tu akan ada la halangan-halangan segala yang korang kena tempuhi…dan..” belum sempat amy menghabiskan ayat..
“dan aku pun halau la kau dari rumah nih..kau pun merempat kat tepi jalan…aku pun kutip kau balik sebab aku kesian kau kawan baik aku…lepas tu tamat..” sambung syakira selamba.
“banyak cantik muka kau nak halau aku…! Rumah ni aku bayar sewa jugak tau!” kata amy sambil matanya dijengilkan. Kalau tergolek keluar aku tak nak kutip..
“habis tu..kalau kau nak selamat..kau jangan sebut pasal beruang gila tu..sebelum aku yang jadi gila.. aku terkam kau!” marah syakira.
Dia bukan apa..sejak huzairil menegur tentang cara dia berpakaian..dia memang anti dengan huzairil! Bukan anti sikit..tapi anti tahap giga! Boleh dia kata baju yang aku pakai tu gaya ala mak cik kat pasar borong! Habis tu siap cakap aku pakai baju macam nak pergi majlis kematian..tu dah di kira tahap menghina!

Aduh..! lambat!
Syakira terkocoh-kocoh berlari mendapatkan lif yang hampir tertutup..
Alamak..pintu dah nak tutup. Sabar la weii…sabar tu kan separuh dari iman pintu oii..dulu aku juara dalam sukan larian tau..tapi masa tadika la..so, inilah saatnya aku tunjukkan kembali bakat aku tuh..ok..pecut!!!!
Syakira berlari pantas. Pintu hampir tertutup. Kalau nak menyelit pun dah tak muat. Belum pun sempat pintu tertutup. Nasib baik ada seseorang dari dalam membukanya kembali. Syakira tarik nafas lega.
Nasib baik ada lagi manusia yang ada hati, perut, urat-urat saraf, limpa dan segala isinya..kalau tak mahu aku tak mati terkepit kat pintu lif tu macam cicak.
“fuhh…selamat…” ujar syakira lega sambil badannya terbongkok-bongkok menahan semput. Pecut la kata kan.
“terima kas…..” kata-katanya terhenti apabila orang yang pertama dia lihat di hadapan matanya adalah beruang paling merbahaya di era ini. Syakira telan air liur. Orang lain kot yang tekan. Dia pandang ke seluruh ruangan lift. Macam besar sangat lift tu..air liur di telan lagi..Eh? Tak kan dah habis air liur aku?  Gelabah je minah ni!
Ni bukan selamat…tapi, lari dari mulut singa..masuk mulut beruang!
Huzairil berdiri sambil berpeluk tubuh. Nampak sasa beb! Mata Huzairil tajam memandang ke arah syakira.
“ kenapa tak habiskan ayat tu? tak payah kau nak cari sesiapa..hanya aku dengan kau je kat dalam lif ni…ke kau ingat siapa yang nak selamatkan minah sewel macam kau ni dari terkepit kat pintu lif tu? Superman? Batman?”  kata huzairil selamba. Memerli nampaknya di situ.
Ingat aku heran sangat kau tolong aku? Eleh..memang patut pun aku tak habiskan ucapan terima kasih tadi. Bukannya dia kena guna tenaga nak kopakkan pintu lift tu pun..just tekan butang tu je..tak ada la sampai kena berkorban nyawa tolong aku.. so,tak ada la besar sangat pertolongan dia tu..tak payah la nak angkuh sangat! Dasar tak ikhlas!
Syakira pantas berdiri tegak dan cuba berlagak selamba. Cover beb..cover..jangan biar dia Nampak kau gelabah syakira..
Dipandangnya lagi sekeliling. Memang hanya dia dan huzairil sahaja yang berada di dalam lif tersebut. Kalau dia nak cekik aku sampai muntah hijau pun sempat lagi nih sebelum sampai tingkat 5.
Dikerlingnya huzairil sekali lagi. Huzairil masih memandang wajahnya. Pandangannya tetap tajam seperti tadi.
Apa pandang-pandang? tak puas hati cakap! Iskh..lif ni pun..lambat la pulak bergerak!! Biasa cepat je..! kau siap kau lift.. lepas ni aku robohkan kau!
“kau tahu tak sekarang ni pukul berapa? Dah rasa diri tu hebat sangat sampai rule syarikat pun kau main redah? ” Tanya huzairil serius. Wajahnya Nampak betul-betul marah.
hakikatnya memang dia marah! Huzairil paling pantang dengan orang yang tidak berdisiplin. Itu sememangnya prinsipnya dari dulu.
“aku tak kisah kalau kau nak main langgar lari hal-hal lain..tapi kalau hal-hal syarikat dan disiplin ..ia amat penting! hari-hari lambat..itu namanya biadap!” marah huzairil kasar.
Syakira ketap bibir, dia tunduk. Kali ini dia memang tidak berdaya mahu melawan huzairil. Sebenarnya lebih pada tidak ada modal! Dah terang lagi bersuluh dia memang salah kan..
Ok..memang aku salah..aku janji tak buat lagi..kalau buat juga…aku sanggup terjun bangunan! Ishk..nauzubillah..mintak jauh..
Huzairil pandang wajah syakira. Syakira diam dan hanya menundukkan wajah.
“kenapa kau diam? Sebab kau memang salahkan. Kat rumah kau tak ada jam ek..Miskin sangat kau ni kenapa? Hah? Ke telinga kau tu yang pekak sampai bunyi jam pun kau boleh tak dengar..” kata huzairil sinis. syakira ketap bibir. Amarahnya datang. Rasa sengal satu badan. Nampaknya ada yang nak mati kena hempuk dalam lif nih!
“terima kasih..” jawab syakira selamba. Di jelingnya huzairil. Asal dia tak mati nih..? rasanya aku dah kasi jelingan maut tadi..! boleh pulak..
huzairil mengerutkan dahi. Hairan dengan ayat yang baru sahaja di dengarnya. Pelik bin ajaib..
“kan aku dah cakap kau pekak..tengok..aku ejek kau..kau ucap terima kasih pulak!”
“betul la saya berterima kasih..pagi-pagi lagi encik dah bagi saya pahala. Encik menghina saya tu..encik dah berbuat dosa dan dah menyedekahkan pahala kepada saya..” ujar syakira tenang. Tapi dalam hati…tunggu masa je tu nak meletup!
“owh..aku rasa pahala tu kau tak dapat kot..sebab apa yang aku kata tadi memang betul kan..dan..orang tu seorang yang munafik kalau bicara di bibir tak seperti di hati..kau pun mengampu aku dalam hati..so..senang cerita..kau pun buat dosa…lebih dari aku..” ujar huzairil selamba sambil tersenyum sinis.
“ya..memang saya salah..saya datang lambat..tapi memang tak di sengajakan..dan saya dah cuba untuk bangun awal…tapi tak dapat..so, saya rasa saya tak salah sepenuhnya juga..sebab bukan saya sengaja nak bangun lambat! Saya tak pernah ambil ringan tentang hal-hal yang berkaitan dengan syarikat. Saya akan cuba uruskan sedaya upaya saya..dan encik tak perlu mempertikaiakn kebolehan saya!” syakira menjeling lagi. Aduhh…tajam!
“jadi nak salahkan tidur la..kalau macam tu..apa kata kau tak payah tidur..senang..kebolehan?? kau rasa diri kau berkebolehan? Jangan terlalu yakin la..” perli huzairil.
Syakira bengang. Rasa nak lipat-lipat je mamat yang ada di hadapannya.
“encik ni kenapa!? Kan saya dah mengaku salah! Encik nak apa lagi baru encik nak puas hati!?” ok..sabar dan kesopanan dah hilang. Angin taufan yang datang.
Huzairil mendekati syakira. Di tenungnya wajah syakira,. Huzairil semakin hampir. syakira berundur. Sekarang dia tersepit. Dia rapat di pintu lif , huzairil mengepungnya dengan tangan. Dia tak boleh bergerak.
Dia ni kenapa! Kalau nak rasa sepak terajang aku..cuba la sentuh aku!..ni kalau menjerit  sampai keluar anak tekak pun belum tentu ada orang dengar. Gila!
Huzairil tersenyum. Syakira panic.
“banyak benda aku boleh mintak dari kau untuk puaskan hati aku..kalau nak sekarang pun boleh..” bisik huzairil yang semakin hampir.
Tiba-tiba lif bergoncang hebat dan berhenti. Huzairil terjatuh di lantai lif dan yang tak sedap di dengarnya…syakira menghempap badan huzairil..mereka saling berpandangan. Tergaman seketika.
“arrghhh…sakit la weii..!” marah huzairil sambil menolak kuat tubuh syakira. Ok..tengah cover la tu.
Syakira pantas bangun. Huzairil turut bangun dan menggosok bahagian belakang kotnya.
“kau makan apa hah? Badan berat macam gajah! Kalau ringan..cantik ala-ala miss universe tu tak apa la jugak nak landing lama-lama pun..! ada jugak feel..ni dah macam nangka!” bebel huzairil. Badan Nampak slim je..tapi berat nak mati!
Dia ni kenapa tak habis-habis nak cari gaduh dengan aku!
“saya pun tak hingin la nak jatuh atas badan encik yang dah macam kayu balak tu! sakit badan ni tau tak! Kalau badan tu macam tilam..teringin la jugak nak landing lama-lama!” bidas syakirah.
Huzairil geram. Tak habis-habis melawan cakap aku!
“ni semua kau punya pasal tau!”
“Apa pulak saya! Encik nak tuduh lif ni rosak disebabkan oleh saya!? Encik dulu masa kecik-kecik..banyak makan otak ikan ek? Fikir benda yang paling mustahil! Kalau saya boleh buat lif ni rosak pon..saya tak kan teringin nak terkandas dengan beruang kutub macam encik kat dalam ni tau!” hei..ingat kau selebriti..! boleh blah la weiii…daripada aku terkandas dengan kau..baik aku pergi bertapa dalam gua batu belah batu bertangkup 4 hari 4 malam!
Syakira mendengus geram. Huzairil pandang wajah syakira tajam. Gamaknnya kalau boleh tembus tu..dah lama dah si syakira nih innalillah..
“aku rasa kan..semua ni mesti terjadi sebab sikap kau tu..lif nih pun tak sanggup nak bawak orang macam kau nih..berat dengan dosa!” perli huzairil.
“habis tu..encik tu berat dengan bibir yang dah macam mulut beruang tuh! Asyik nak menindas orang je!” bidas syakira.
Huzairil diam. Malas mahu bertekak dengan syakira. Huzairil mendekati butang kecemasan. Di tekannya berkali-kali. Huzairil mendengus. Ia menumbuk-menumbuk butang tersebut.
“ishkkkk..!!! rosak pulak! dah la terperangkap dengan perempuan gila dalam nih!” rungut huzairil kuat. Sengaja di kuatkan suaranya untuk menyakiti syakira.
Tengok tu..tak habis-habis lagi tu nak bergaduh..insaf  la…
huzairil mengeluarkan handsetnya. Di lihat huzairil sedang mendail..telefon siapa tah..Setelah itu dia dengar huzairil bercakap-cakap. Entah dengan siapa. Pengawal keselamatan kot. Syakira terus memerhati gerak geri huzairil lama.
Haikal…dia persis haikal…detik syakira.
“hello..saya en.huzairil..sekarang saya terperangkap di dalam lif..boleh tolong suruh sesiapa betulkan lif dan keluarkan dari sini. Ya..ya…ok..tolong cepat sikit! Kalau tak saya boleh mati lama-lama dengan monyet betina nih!” kata huzairil tegas. Lamunan syakira terhenti.
Syakira mencebik. Sempat lagi mengata aku!
Huzairil pandang syakira.
“apa? Tak puas hati!?” Tanya huzairil kasar.
Memang!! Memang aku tak puas hati!!!!!!! Mahu aje dia menjerit semua itu di telinga huzairil. Biar dia pekak!
Huzairil menendang pula pintu lif. Geram bnar nampaknya.
Syakira mengerutkan dahi. Kang hancur benda alah tu..aku hancurkan kepala dia!
Huzairil bengang. Berkali-kali dia menendang dinding lif.
Aii..dia nih..terhempas je lif nih..aku bunuh dia!! Sabar syakira..sabar….
“arghhhhhhh……woi!!!!! Cepat la sikit!!! Eeii..lembab!!!”
huzairil menjerit lagi.
Syakira mula hilang sabar. Ai..beruang kutub nih..saje la tu..cuba nak naik kan darah cucu pak mahmood yang cantik jelita nih.
“sabar la encik…kejap lagi ada la orang datang tuh…encik nak melalak sampai keluar usus perut pun tak ada guna! Tunggu aje la..!” leter syakira.
Huzairil pandang wajah syakira tajam. Asyik pandang dengan pandangan tajam je…mahu tak tersembul mata si huzairil tu..ishk3…
“suka hati aku la..nak melalak ke apa! Kau tu siapa nak halang-halang aku? Aku rimas tau tak! Dah la panas! Lebih-lebih lagi terperangkap pulak dengan perempuan macam kau nih!”
“encik ni sebenarnya..orang yang tak reti bersyukur! Kita ni dah kita bernasib baik..system kecil je yang rosak..kalau tak..dalam ni dah gelap gelita..oksigen pun tak ada! Tanpa oksigen..tak sampai 10minit kita dah mati! Tapi tengok..kita masih hidup walau kita dah terperangkap kat dalam nih hampir sejam! Kenapa? Kenapa dengan perempuan macam saya? Encik ingat..encik tu bagus sangat ke sampai nak memperkecilkan orang lain!” syakira betul-betul marah. Bukan main-main ok!
Huzairil menyandarkan badannya di lif sambil bersilang tangan. Huzairil gelak sinis.
“kau tak payah nak cakap macam kau baik sangat! Kau ingat..kau pakai baju kurung..pakai tudung...kau dah boleh bagi nasihat pada orang? Aku memang bagus pun…kau Tanya aku kenapa dengan perempuan macam kau? That’s a good question. Kau memang menyusahkan! Aku tak pernah lagi jumpa perempuan macam kau nih..pakaian yang kau pakai tak melambangkan peribadi kau sebagai seorang wanita..mana maruah kau? Kau tutup segala perilaku kau di sebalik pakaian kau..nonsense!”
hakikatnya huzairil akui apa yang di perkatakan syakira.Tapi, ego punya pasal..tanpa dia sedari..ayat yang memedihkan keluar dari mulutnya. Huzairil terdiam.  Bak kata pepatah telajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Syakira ketap gigi. Di pandang wajah huzairil lama. dia bukan haikal!! Haikal tak kan cakap macam ni!! Dia bukan haikal!!!
Badannya terketar-ketar menahan amarah yang semakin memuncak.
Huzairil telan air liur. Alamak! Tersilap cakap la pulak! Aduhhh…..
“saya berhak nak pakai apa pun..saya berhak nak pakai macam mana sekalipun! Encik tak berhak nak mempertikaikan cara saya! Islam menyuruh penganutnya menutup aurat.. Memakai pakaian yang yang longgar dan tidak menampakkan bentuk tubuh badan..islam juga mewajibkan semua wanita islam bertudung, dan haram bagi perempuan yang tidak melaksanakannya. Ya..saya masih jahil dengan semua itu..ya..saya juga masih belum lulus dalam ujian menutup aurat! Ya..saya juga tak layak bercakap soal agama..kerana saya juga melanggar suruhannya. Tapi saya sedang mencuba untuk menjadi yang terbaik..saya cuba walau saya tak tahu sejauh mana saya dapat capai! Saya cuba! Walau macam mana pun saya..walau teruk mana pun perangai saya..jangan sesekali encik memperkecilkan hukum allah!” terasa panasnya matanya. Tanda air mata sedang cuba mencuri-curi untuk keluar. Syakira menahan. Dia tidak akan menangis di hadapan lelaki yang ego ini! Lelaki yang telah mempertikaikan hukum allah!
Huzairil terdiam. Dia memandang wajah syakir lama. dia tahu..syakira betul-betul marah. Baik dia diam sahaja.
Tiba-tiba mereka terdengar ada orang memanggil-manggil mereka. Di bahagian uar lif. Huzairil menarik nafas lega.
“encik huzairil..! encik..! encik ok?” jerit salah seorang dari mereka.
“ya! Kami tak ada apa-apa!” jawab huzairil. Matanya masih tertancap di wajah syakira. Syakira memalingkan wajahnya ke arah lain. Risau huzairil menyedari wajahnya yang semakin merah menahan tangis.
Pintu akhirnya Berjaya di buka. Terpancar wajah kelegaan di wajah mereka yang bertungkus –lumus menyelamatkan huzairil dan syakira.
Syakira mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Dia sudah tak sanggup berlama di situ. Risau ada pergaduhan lain pula yang terjadi.
Huzairil hanya memandang gerak langkah syakira meninggalkannya. Dia tahu, syakira cuba menahan amarah dan tangisan. Tiba-tiba dia merasa bersalah. Cepat-cepat rasa itu di tepis. Risau lain pula jadinya.

Syakira tidak jadi masuk ke pejabat. Di hayun langkahnya ke kereta. Dia perlu kan ketenangan. Dia tak mahu Nampak lemah di hadapan lelaki tersebut. Itu lah kelemahan syakira. Dia mahu terus kelihatan bersemangat walaupun hakikatnya dia sakit di hati. Sukarnya memendam rasa sakit. Tapi itu lah yang sering di lakukannya
Syakirah memandu tanpa arah. Akhirnya dia sampai di putrajaya. Tempat yang meninggalkan seribu erti buatnya.
Syakira duduk di kawasan yang kebiasaanya dia melepak bersama Bad. Syakira duduk sambil memegang lututnya. Badannya bergetar. Air matanya mengalir tanpa dapat di tahan. Esakannya semakin kuat. Terasa segala rasa sakitnya mengalir bersama air mata yang laju membasahi pipi.
“Bad…kau pergi mana? Kau janji kau akan ada dengan aku bila tiba saat aku mahu mengalirkan air mata..kau janji kau akan bagi aku tisu kalau aku nangis..kau janji kau akan buat lawak biar aku happy balik..kau janji kau akan jaga aku..kau janji kau akan jumpa aku lagi..kau janji kau akan terus jadi sahabat aku…”  syakira teresak-esak.
“mana janji kau Bad!!!? Mana!!!!!!? Kau tipu aku!!!!! Kau tipu!!!!!!!!!!!” jerit syakira kuat. Air mata terus mengalir dan mengalir.
Sakit. Ya..sakit sangat hati ini.
“Bad…hari ini aku betul-betul sakit…aku tak tahu kenapa aku lemah sangat bila aku berdepan degan dia..walau aku cuba untuk berlagak biasa..hakikatnya..aku rasa gagal. Aku gagal untuk menahan amarah aku..aku gagal untuk menahan rasa sakit..dan kata-kata dia betul-betul buat aku sakit..kau tahu kenapa aku rasa semua tu?”
Syakira berhenti sejenak. Air matanya di seka perlahan.
“sebab aku Nampak kau dalam diri dia..aku Nampak kau yang marah aku..aku Nampak kau yang menghina aku…dan kerana rasa itu..aku lemah…aku rindukan kau Bad..terlalu rindukan kau…aku nak kau ada di sini..sekarang….” syakira menangis lagi.

syakira berjalan perlahan kea rah sesusuk tubuh yang amat di kenalinya itu.
Hehe..siap kau haikal..desis syakira.
Syakira semakin hampir. Tiba-tiba, dia ternampak ada air mata yang mengalir di pipi haikal. syakira kaget. Dia menyorok di sebali pokok berhampiran.
Mamat ni kenapa pulak? Tak kan layan jiwang pulak kot?
Lama juga dia membiarkan haikal menangis. Setelah melihat haikal semakin normal. Normal? Ok ke ayat tu? lantak ahh….! Syakira mendekati haikal perlahan.
“dah-dad la kau nak nak berlagak jadi Angelina jolie macam dalam filem salt tuh..kau tak berbakat la sya!” kata haikal tanpa memandang wajah syakira. Syakira terkejut.
Macam mana dia tahu aku ada kat sini? Ajaib!
Syakira mendekati haikal dan melabuhkan punggung si sebelahnya.
“apasal kau tak bagui tau awal-awal yang kau tahu aku ada kat situ! Letih aku menyorok tau! Dah la kat pokok tu banyak semut!” marah syakira sambil menggosok-gosok lengannya yang kemerahan di gigit semut. Aku pijak gak semut ni kang!
“siapa yang suruh..kau tu yang mengada!”
Syakira mencebik.
“kau kenapa tadi?? Mata kau masuk habuk ek..”  syakir menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Alahai,aku nih..aku Tanya aku jawab..tu la orang kata soalan bodoh bengap!
Haikal gelak kuat.
“kau ni comel la..!”
“pe hal pulak kata aku comel segala nih! Kau tak payah nak auta automotive dengan aku la!” ni dah lain macam ni….ada ikan bilis di sebalik peti nih…
“kau nih..suspicius sangat kenapa? Kau memang tak comel pun..muka macam ala-ala zombie je aku Nampak!” perli haikal. syakira mencerlung ke arah haikal.
“kau..kalau tak nak cerita..tak payah cerita!” marah syakira.
Haikal tersenyum. Mula la tu nak naik marah. Haish…macam singa! Haikal tarik nafas.
“entah berapa lama lagi aku boleh tengok kau marah kan..kalau kau marah..satu muka kau merah..macam…………..” haikal berkata sambil berdiri. Lagak macam bersedia nak lari pecut je.
“macam apa!” syakira turut berdiri. Aku dah dapat agak nih..bala dan mala dari india dah mai dah…..
“macammmm…..tikus!! kahkah..” haikal gelak sambil berlari laju. Risau terkena pukulan  berbisa syakira. Boleh lebam woo….bisa kan? Syakira mengejar  haikal.
Hampir satu taman tu di tawaf mereka. Baru lah tterasa letih. Boleh tahan stamina diorang ni ye.
“ok..dah..dah..” haikal tercungap-cungap. Begitu juga syakira.
“tau pun..kau jangan cabar cucu pak mahmood…kalau nak rasa kena lipat patah 14 tulang belulang kau tuh..kau try la!”
Haikal tergelak.
“eleh..macam dapat. Kau tak payah cakap besar la! Sebelum kau buat tu…aku karamkan kau dalam tasik ni..! jadi la kau duyung paling menggerunkan di abad ini sengsorang..” kata haikal sambil tergelak kuat.
“lepas tu..aku tarik kau sekali masuk dalam tu..aku ikat kat batu karang..biar kau jadi tengkorak kat situ! Hahahaha..” giliran syakira pula tergelak kuat. Haikal tersenyum.
Haikal berdiri tegak dan memandang tasik. Terasa nyaman.
“kau jangan risau..aku akan selalu teman kau..kalau kau jadi duyung..aku sanggup jadi paus..kalau kau jadi tanah..aku sanggup jadi rumput..kalau kau jadi masjid..aku sanggup jadi tapaknya..aku janji..aku akan jaga kau..aku janji..aku akan ada bila kau perlu kan aku..kalau kau nak nangis..aku sanggup sponsor tisu berkotak-kotak sampai kau rasa dah malas dah nak nangis…” kata haikal tenang. Syakira tergaman.
“ dan…kalau kau jadi tikus..aku sanggup jadi perangkap..boleh? hakhahhaa..” haikal gelak lagi. Syakira memukul haikal dengan begnya. Haikal Berjaya mengelak.
Syakira tersenyum.
“kau kawan aku..mesti la aku kena buat semua tu..dah aku juga akan buat benda yang sama pada kau..sebab kau….buddy aku..” syakira tersenyum. Haikal pandang wajah syakira lama.
“weh..boleh tak kalau aku panggil kau Bad?? Bad stand for buddy..ok?”
Haikal mengerutkan dahi. Selepas itu dia tersenyum dan mengangguk.
“kalau macam tu..aku nak panggil kau didi…boleh?? Didi stand for buddy jugak..Cuma kau yang belakang tu? ok?”
Syakira tersenyum dan mengangguk.
“Didi tikus..jom balik! Dah lewat nih!” kata haikal selamba.
“apa kau panggil aku!!!!! Siap kau!!!” mereka berkejaran lagi.

Rintik-rintik hujan yang tekena wajahnya mengembalikannya ke alam nyata. Kenagan bersama haikal akan selalu berada di ingatannya. Kerana haikal adalah seorang yang amat istemewa di hatinya. Satu persahabatan yang suci..terjalin antara meraka. Walau jauh..walau selama mana pun haikal menghilang. Dia akan terus tersemat di hati syakira.


*ok..entry bagi bab 4 nih ada 1 jek tau...coz aku gabung smua dalam tu..so korang tak payah la pelik bin hairan k...sampai berkerut dahi cari sambungan bab4 nih..hehe..bkn pe..aku akut korg cpt tua...hav fun k...nnti aku aku smbg lg...follow la cter yg aku kira thp plg rndh dri org lain nih..hik3...rendh diri la sket braderrr...hehe..kalau ada apa2 cdgn ke..apa ke..komen2 la k..lau salah..aku cb btol kan.. :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...