Pagi-pagi lagi rumah banglo milik datuk hamdan bergegar
dengan suara garau anak lelaki kesayangannya. Siapa lagi kalau bukan huzairil
kan.
“aarrggghhhhhhhh…..!!!! !!!!!!!!!!!!!!!”
“kenapa dengan abang nih!!? menjerit macam jumpa hantu je!”
marah damia. Mahu tak marah..hampir tersembur air milo yang dia minum tadi, terkejut
dek jeritan huzairil yang nyaring tahap giga.
“mia nak sarapan pun tak senang tau!” marah damia kepada
abangnya huzairil yang kelihatan masih terkebil-kebil memandang ke arah
keretanya.
“ni…tengok ni…tengok….!!
malaun mana punye kerja nih!!??” huzairil bengang.
“apa abang airil…lin tengok kereta abang macam biasa je…tak
adanya nak berubah jadi lomborgini bang…jangan nak berangan la…” jawab damia
selamba dan menghampiri kereta abangnya.
“tengok elok-elok mia!
Kang abang cabut mata mia tu, abang tampal kat tayar kereta abang tu!”
“iskh abang nih! mana a…..” bulat mata damia melihat
kedua-dua tayar milik kereta kesayangan huzairil kempis macam bola bocor.
“kalau abang tahu siapa yang buat ni….abang bocorkan kepala
dia pulak!” marah huzairil lagi. Bengang usah kata la..pagi tadi dia bangun
dengan senang-hatinya..mood baik la gamaknya..tapi semua tu sekejap je..bila di
terpandangkan kereta kesayangannya itu dah nazak. Mahu la dia tak menjerit
macam orang gila.
“alah bang….sikit aje la…nanti abang pergi repair la…bising
mengalahkan orang hilang bini je!” omel damia sambil menepuk-nepuk bahu abang
kesayangannya itu. Kesian…kesian…
‘siapa punya kerja la yang dengki sangat nih! memang dasar
otak terletak elok di kepala lutut la!!! Tapi……’
Tiba-tiba dahi huzairil berkerut-kerut. Seperti memikirkan
sesuatu.
“hah..ni kenapa pulak? Berkerut semacam je…dah macam opah
dah mia tengok abang nih..” Tanya damia.
“abang rasa abang tahu malaun mana punya kerja nih..! siap
la dia! Mia..pergi ambik kunci kereta papa!”
“nak buat apa??”
“nak buat roti! Iskh budak nih….nak drive kereta papa
la…Tanya lagi! Cepat la!”
Terkocoh-kocoh damia berlari masuk ke rumah mengambil kunci
kereta papanya. Baik di turut semua perintah dia kalau tak nak kena sekeh
berbisa abangnya itu..bukan dia tak tahu mood abangnya itu..walau Nampak cool
memanjang..kalau bab kereta kesayangannya itu…gila tak marah!?…mengamuk sakan
la..! tapi semalam…dia Nampak abangnya tak cool di hadapan seorang wanita.
Cantik orangnya. Bertudung..dia, kak fina dan ibunya melihat apa yang terjadi
semalam di garaj. Dan seperti biasa…mereka sedang merencanakan sesuatu. Hehehe…
Sampai di pejabat, huzairil melangkah laju ke arah bilik
syakira. Hatinya yang menggelegak belum lagi sejuk walaupun tadi sudah di siram
aircond di dalam kereta. Ana Nadia
setiausaha Huzairil memandang langkah bosnya itu pelik sekali. Entah ribut apa
pula la yang akan melanda pejabat mereka hari ini. Seperti biasa ,
wartawan-wartawan tak bergaji mula lah cari maklumat. Nak buat liputan baru
tentang bos mereka itu. Hah..apa lagi..cerita la kat semua..
Syakira bersiul senang hati di pejabatnya. Dia pun pelik
kenapa dia senang hati sangat hari ni. Nak di kata datuk hamdan nak bagi dia
bonus..tadi sewaktu terserempak, tak ada pulak datuk hamdan tu kata apa-apa.
Nak kata dapat naik pangkat..tak mungkin kot..kalau dia naik pangkat bermakna
si beruang kutub tu nak tendang ke mana pulak kan..tak kan nak hantar balik ke
kutub utara kot..haha..ishk..lawak tak berapa cerdik la pulak..konfius tahap
putus fius betul la! Syakira meneruskan kerjanya. Banyak juga kerja yang belum
di siapkan. Itu la masalahnya kalau seharian asyik berangan dan bergaduh dengan
bos je kerjanya..
Gedeboooommm!!!
Lebih-lebih la plak sound effect nya..
Syakira terkejut. Terkebil-kebil dia memandang wajah
huzairil yang kelihatan merah menyala bak biji saga itu. Ok, hiperbola lagi..
Fuhh..nasib baik tak retak pintu tu..kalau tak..aku
retak-retak kan tangan dia tu..aisshhh..pagi-pagi cari pasal..tak ada kerja
lain ke beruang ni..tak pun bila la tiba masa kau nak hibernasi ek..? muak dah aku tengok muka kau tu tau tak!
Huzairil mendekati meja syakira. Terasa timbul segala
urat-urat sarafnya menahan amarah yang makin memuncak apabila melihat wajah
tidak bersalah syakira. Huzairil menahan kedua tangannya di meja syakira dan
merapatkan wajahnya kea rah syakira.
“kau…….” Huzairil mengetap bibirnya.
Ok..tadi syakira masih boleh membebel sendiri..tapi
sekarang Nampak macam serius je..rilek arr..kita kan geng.. he. He. He. Nak
gelak pun dah rasa tersekat kat anak tekak..adoii..dia ni dah kenapa pulak..! habis
kau syakira..
“Err..Apa!?” jawab syakira gugup kerana wajahnya dengan
huzairil makin mendekat. Dia mengundurkan kerusinya ke belakang sedikit. wajah
huzairil masih seperti tadi. Bengang semacam
Aisshh…tak beragak la dia nih..ada gak yang nak kena hempuk
dengan aku nih!!
“kalau nak cakap apa-apa ..jauh sikit boleh tak!” marah
syakira.
“kalau aku cakap jauh karang kau tak dengar pulak!” jerit
huzairil sambil merapatkan lagi wajahnya dengan wajah syakira.
“kau tahu tak apa yang kau dah buat!? Kau dengar sini baik-baik….mulai hari ni kau jangan cuba-cuba berada dekat dengan aku..jangan pernah berselisih pun dengan aku..dan jalan jauh sebatu dari aku..jangan bagi aku tengok muka kau lagi…dan jangan kau sekali-kali ada keinginan pun dekat atau sentuh segala barang aku!!!! Faham!!!!” jerit huzairil kuat.
“kau tahu tak apa yang kau dah buat!? Kau dengar sini baik-baik….mulai hari ni kau jangan cuba-cuba berada dekat dengan aku..jangan pernah berselisih pun dengan aku..dan jalan jauh sebatu dari aku..jangan bagi aku tengok muka kau lagi…dan jangan kau sekali-kali ada keinginan pun dekat atau sentuh segala barang aku!!!! Faham!!!!” jerit huzairil kuat.
Syakira memejam matanya rapat.
Ciitttt..bersembur!
“kau ni memang menyusahkan ! huru-hara hidup aku dengan kau
nih! kau tahu tak!!” jerit huzairil lagi.
Ambik kau! Biar cair sikit taik telinga beku dalam telinga
kau tuh..lepas ni tak ada la menyusahkan aku nak jerit-jerit sampai koma anak
tekak aku nih!
Huzairil terus memandang wajah syakira. Sempat dia meneliti
wajah shakira yang masih terpejam rapat itu. Wajah yang putih bersih tanpa
sebarang kekotoran, Kening yang terbentuk cantik, alis mata yang menawan,
hidung mancung yang menarik..boleh dikatakan semua menarik la..
Cantik! Detik hati huzairil.
Aisshhhh!! Tak boleh jadi nih! mana hilang focus aku nak
terkam minah ni nih! aku tak boleh terpedaya dengan muka pura-pura minah gia
nih! tak boleh!!
Huzairil mengetap bibir geram.
Syakira membuka matanya perlahan apabila yakin suara
huzairil sudah tidak kedengaran.
‘harap-harap la dia dah blah..’ guman syakira di dalam hati.
‘harap-harap la dia dah blah..’ guman syakira di dalam hati.
“arggghhhh…!!” terjerit syakira apabila terpandang wajah
huzairil. Kalau huzairil nak berada di situ seharian pun dia tak kisah
sebenarnya, sebab tu pejabat bapak dia punya..tapi yang dia rasa nak naik hantunya apabila huzairil masih
berada di situ, masih memandang tajam ke arahnya dan yang paling menakutkan
lagi, huzairil masih berada di posisi yang sama..mahunya dia tak terlompat dari
kerusinya itu.
Syakira menelan air liur. ‘Cool syakira…cool…buat macam
yang kau selalu buat..kau kan expert..tarik nafas dalam-dalam..’
Ok…serang!!! Dah macam nak pergi berperang dah la
pulak..over betul minah nih!
“awak ni kenapa!? Tiba-tiba datang menjerit macam tarzan!
Kalau dah nak jadi tarzan sangat, pergi hutan la!” marah syakira balik.
Syakira pantas bangun.
“aduh!” serentak mereka terjerit.
Semua pekerja mendengar jeritan dan terus berkerumun di
hadapan bilik syakira. Begitu juga Amy, tidak melepaskan peluang melihat drama
kedua-dua malaun yang sering bergaduh itu.
Ok sekarang..cuba la bayangkan dengan posisi tadi..syakira
yang cerdik pandai ni tiba-tiba bangun dan pasti nya…kalau tak pecah mulut
huzairil tu, mungkin agak nazak juga la..lebih-lebih lagi bila terhantuk kepala
sekeras batu macam si syakira ni.. jadi..wassalam la..agaknya meletus la perang
dunia ke berapa entah antara mereka selepas ini. Ishk…
huzairil terduduk sakit di kerusi sambil memegang bibirnya
yang terasa pedih, begitu juga syakira.
“arghhh..kau ni memang..memang..”
“Memang pembawa masalah la awak nih! Sakit tau tak!” pintas
syakira pantas.
Huzairil terkebil-kebil memandang syakira. Dadanya turun
naik menahan amarah.
‘aku pulak yang kena!? Ya allah…geramnya aku!!!!’ guman
huzairil di dalam hati. Masa ni baru nak ingat tuhan..time elok-elok hidup
banyak lupa dari ingat kan…
Muka huzairil merah padam menahan marah yang semakin
menjadi-jadi. Boleh pecah pembulung darah huzairil nih..bahaya.. bahaya..
“apa tengok-tengok!? Bukan nak minta maaf ke apa..! awak ingat, dengan pandang wajah
saya macam tu, saya akan maafkan awak la..!” kata syakira.
Ok..sekarang ni memang pelik. Siapa yang patut
dipersalahkan sebenarnya?
Huzairil bangun.
“arghhhhhh..!! stress aku cakap dengan kau nih!” marah huzairil dan ingin terus keluar. Yang menyakitkan hati lagi bila semua pekerja masih berkerumun di pintu bilik syakira.
“arghhhhhh..!! stress aku cakap dengan kau nih!” marah huzairil dan ingin terus keluar. Yang menyakitkan hati lagi bila semua pekerja masih berkerumun di pintu bilik syakira.
“apa yang korang semua tengok nih!! dah tak ada kerja
lain!!?” jerit huzairil. Apa lagi, semua pekerja dah macam kilat lari ke meja
masing-masing dan buat gaya terlebih minum horlicks je semua..semangat!
Huzairil terus melangkah keluar dari bilik syakira. Panas!
“ek eleh…strees dia nak heboh satu dunia..stress aku dia
tak tahu pulak! Aku berkali-kali ganda stress dari kau la..!” omel syakira
sambil menggosok-gosok kepalanya yang sakit terhantuk dengan dagu huzairil.
Huzairil bergegas masuk ke biliknya. Dia menghempaskan
tubuhnya kuat di kerusinya. Terasa kebas bibirnya. Agaknya pecah sewaktu
terhantuk kepala syakira tadi.
“minah gila meroyan! Monyet zoo taiping! Hantu sewel! Zombie
kampung pisang! Kaki dengan mulut sama taraf..!! aaarrrrgggghhhhh…..!!!”
huzairil menjerit kuat. Mahunya tak bergegar ofis nih..
Huzairil tarik nafas dan beristighfar berkali-kali untuk
menghilangkan rasa marah. Inilah contoh suami soleh kawan-kawan..ok..semua
tepuk tangan..sempat lagi nak melalut!
“macam mana la papa boleh ambik si sewel tu bekerja kat
sini eyh..aku rasa papa dah kena guna-guna kat dia nih..air liur dia tu pun dah
cukup berbisa..mahu bernanah telinga aku ni dengar tau! Kalau papa aku rasa dah
lama kena heart attack..tapi tu la..depan papa dia ok pulak aku tengok..sayang
bukan main lagi orang tua tu kat dia.. hipokrit!!” geram huzairil masih
bersisa.
Tak apa..sabar ok..sabar…sabar itu separuh dari iman..
Terasa lemah tubuhnya seharian bekerja. Lebih-lebih lagi
seharian dia boikot mengadap muka si shakira. Sampaikan sewaktu mesyuarat pun
dia tidak memandang langsung wajah syakira. Siapa tak sakit hati ..kereta
kesayangannya di rosakkan orang..kalau sikit tak apa…ini bukan setakat tayar je
yang kena..dia siap calarkan kereta buat tandatangan dia yang dah macam taik
kambing tuh! Boleh ke kesalahan itu di maafkan? Boleh? Boleh blah la
weii..blah!!!
Ketukan di pintu bertalu-talu merimaskan huzairil.
Aisshh..orang nak berehat sekejap pun tak boleh!
Huzairil bangun, dengan semalas-malas kudrat manusia dia
gagahkan juga diri membuka pintu.
Terjongol wajah menyakitkan hati adiknya itu di depan
pintu.
“hah..nak apa nenek kebayan?” Tanya huzairil malas.
Nampaknya semua malas lah.
Terjengil wajah Damia geram dengan gelaran yang di berikan
kepadanya. Ciss..banyak baik ini abang!
“apa abang ril nih! suka-suki je panggil orang nenek kebayan! Elok sikit ek..mama panggil makan..yang abang terperuk dalam bilik macam anak dara ni dah kenapa? Teringin sangat nak pengsan kebulur dalam bilik? Abang tahu tak..mama risau tau tengok abang bermenjak-menjak ni..balik selalu muka tu macam nasi basi tau tak.. apa abang ingat muka macam tu hensem sangat la..? abang jangan buat mama risau boleh tak? Kalau abang tak nak rasa smackdown baik punye kena gedebuk kat abang..baik abang bersara dari buat orang lain risau..abang ril kena ingat…” belum sempat damia menghabiskan semua khutbah tahap gaban tuh, Huzairil menjerit tiba-tiba
“mia!!! Lipas!!!” jerit huzairil kuat sambil menunjuk-nunjuk di lantai.
“apa abang ril nih! suka-suki je panggil orang nenek kebayan! Elok sikit ek..mama panggil makan..yang abang terperuk dalam bilik macam anak dara ni dah kenapa? Teringin sangat nak pengsan kebulur dalam bilik? Abang tahu tak..mama risau tau tengok abang bermenjak-menjak ni..balik selalu muka tu macam nasi basi tau tak.. apa abang ingat muka macam tu hensem sangat la..? abang jangan buat mama risau boleh tak? Kalau abang tak nak rasa smackdown baik punye kena gedebuk kat abang..baik abang bersara dari buat orang lain risau..abang ril kena ingat…” belum sempat damia menghabiskan semua khutbah tahap gaban tuh, Huzairil menjerit tiba-tiba
“mia!!! Lipas!!!” jerit huzairil kuat sambil menunjuk-nunjuk di lantai.
Melompat damia memeluk abang nya sambil menjerit takut.
“mana-mana!!!??? Abang ril!!!!! Mana!!!??? Tolong mia abang
ril…mia tak nak mati lagi!!!! Tolong!!!”
Aisshh…teruk juga daya kejutan si damia nih..tak kan la
Nampak lipas pun boleh bawa maut…adoiii…ada juga manusia macam ni kan..haa..ini
lah dia.
Huzairil tergelak besar melihat keletah adiknya itu. Kalau
boleh dia siap nak turun tangga ke bawah sambil bergolek je..rasa lemah lutut
melayan si damia nih. fobia lipas tak habis-habis.
Damia pandang geram kea rah
abangnya yang dah separuh nyawa tu ..
“abang ril!!!!! Kurang ajar!!!”
“abang ril!!!!! Kurang ajar!!!”
Alamak! Gorilla mengamuk! Lari!
Damia huzairil sampai ke meja makan. Tercungap-cungap Damia
mengejar abangnya itu. Mana nak dapatnya…abangya tu juara berturut-turut larian
dari sekolah rendah sampai la ke university.. lebih-lebih lagi dia pulak yang
kejar..boleh koma agaknya.
Huzairil tersenyum sinis ke arah adiknya
itu..hahaha..wueekkk…tak dapat kejar.. ok..tetiba bertukar jadi budak-pulak si
huzairil nih. iskh…matang la sikit!
“siap la abang..mia balas dendam tau..mia ingat satu-satu
apa yang abang ril buat kat mia tau..ingat…” ugut damia geram sambil nafas yang
masih tak berapa stabil tuh..tarik nafas dulu mia..abang kau tu kejam.
“airil.. mia.. apa yang bising-bising nih? duduk!”
Ambik kau..raja bersiung dah datang. Hak2
Datuk Hamdan menggeleng-gelengkan kepalanya melihat keletah
anak-anaknya itu. Dari kecil sampai ke besar anak gajah semuanya..perangai tak
pernah berubah. kalau ada kakak mereka, lagi gamat meja makan ni gamaknya..nasib
baik Harfina sudah berangkat pulang ke London pagi tadi. Kalau tidak haru juga jadinya..Hah..yang itu seorang
pun lagi la banyak masalah. Nampak aje perempuan, tapi perangai..masyallah…tapi,
sejak berkahwin dan dianugerahi seorang cahaya mata..barulah kurang sikit
perangai gila-gila anaknya itu. Itu pun setelah berbuih mulutnya menegur. Macam
mana pun mereka, datuk hamdan sangat bersyukur..kerana anaknya-anaknya Berjaya
dalam hidup dan menjadi insan yang baik. Bak kata orang..mana tak tumpahnya
kuah kalau tak ke pinggan.. erk…betul ke tu?
Airil dan Damia mula bergerak dan duduk di meja makan. Baik
dengar sebelum papa mereka yang naik hantu.
Datin sarah dan andak iaitu pembantu rumah mereka keluar
dari dapur sambil membawa makanan yang lain.
Huzairil memandang makanan itu kosong. Deria rasa dia
hilang dan perut pun tak terasa lapar. Sebenarnya sejak dari pagi tadi lagi dia
tidak makan hingga la sekarang. Rasa perit je tekak nak telan makanan. Lebih-lebih
lagi bila bibir tu dah pecah di buat syakira. Mahunya lagi tak lalu nak makan.
Huzairil menguis-nguis nasi yang berada di pinggannya. Tanpa
disedari pelakuannya itu di perhatikan oleh semua hadirin dan hadirat yang
berada di meja makan. Bunyi macam ramai je..
Kerutan hairan di dahi masing-masing terserlah melihat
pelakuan pelik huzairil.
“bibir kamu tu kenapa airil? Kamu bergaduh ke? sapai pecah
bibir tu mama Nampak.” Tanya datin sarah risau.
“tak ada apa la mama…airil terhantuk kepala kerbau betina..”
jawab huzairil geram bila teringatkan syakira. Ambik kau..kepala kerbau betina.
“kamu ni biar betul airil..dah..lepas ni sapu ubat..biar
surut sedikit bengkaknya tu..airil..airil..dah..makan elok-elok..jangan buat
mama risau..” ujar datin sarah sambil kembali mengadap makanannya.
Tapi, huzairil masih seperti tadi..masih tidak makan dan
hanya menguis-nguis makanannya.
“kamu cari apa kat dalam nasi tu airil..kamu kuis la macam
mana pun..tak akan keluar cacing dari nasi tu..” tegur datin sarah selamba.
Huzairil tercengang mendengar kata-kata ‘semangat’ dari
ibunya itu.
Erk….perli tahap iguana tersepit mama nih..adoi laa..
“mana ada airil cari cacing mama…airil tengah belek-belek
nasi nih..mana tahu kot termasuk kaki lipas kesayangan mia ke kan..” sempat dia
menjeling adiknya itu. Mia batuk kuat. Bukan batuk biasa la yang pastinya. Tu batuk
penuh makna tu..abang aku ni memang pandai buat lawak luar alam kan..tahniah
la!
Damia angkat muka pandang wajah abangnya yang terlebih
center tu. pandangannya menghantar mesej yang tersendiri.
‘siap la..tunggu je la pembalasan!’
Huzairil pandang buat tak tahu je.. siap jelir lidah
lagi..nah,ambik! Banyak ‘baik’ ini abang.
“kamu nak sangat ke airil…taka pa..nanti mama suruh andak
masakkan untuk kamu..nak surunh masak apa? Masak lemak? Kicap? Ke papprik?” perli
datin sarah lagi.
wakaka..dush..! ambik kau huzairil..nak sangat kan..
“mama!” jerit damia.
“mama!” jerit damia.
Geli benar dia mendengar apa yang dikatakan mamanya itu. Mahu
dia muntah balik apa yang dia makan tadi. Mama nih..nak bergurau pun beragak
la!
datuk hamdan berdehem. Kalau tak di hentikan makin melarat
pula nanti. Isteri anak-anak sama je.
“airil..jangan nak mengarut! Depan rezeki pun sempat nak
bergurau..sayang pun sama..jangan di layan sangat budak-budak nih..” amboi…dah berpuluh tahun
kahwin..sampai sekarang masih bersayang-sayang..itu la nama dia cinta sejati brader..
Semua diam..biasa la..raja bersiung dah tegur kan.
“kerja macam mana airil? Ok?” datuk hamdan mula berbicara.
Huzairl senyum bersahaja.
“semuanya berjalan lancar pa..projek baru tu pun dah hampir
siap. Airil ingat minggu depan airil nak tengok site tu. nak teliti
betul-betul. Risau ada kesilapan pula nanti.”
Kata huzairil. Kalau bab-bab macam ni dia memang serius. Demi
keluarga dia sanggup berhujan berpanas..lagipun selepas ini papanya akan
serahkan perniagaan itu kepadanya. Dia perlu memberi sepenuh kepercayaan kepada
papanya. Cukup-cukup la beban yang di pikul oleh papa untuk menanggung
keluarga..dia sudah bersedia menggantikan tempat papanya itu.
Datuk hamdan
menganggukkan kepalanya perlahan.
Tidak boleh di nafikan lagi keupayaan huzairil dalam
menjalankan tugasnya. Lebih-lebih lagi setelah dia berjaya mendapat kepercayaan
dari syarikat yang agak besar dari Australia untuk menjadi pembekal bahan
mentah kepada syarikat mereka. Itu sumbangan terbesar huzairil kepada syarikat
mereka. Tapi ada sesuatu yang merisaukan datuk hamdan sejak pertukaran huzairil
ke syarikat induk di Malaysia. Syakira.. ya..syakira. mereka bagaikan anjing
dan kucing. Bukan datuk hamdan tidak tahu..bibrr huzairil pecah gara-gara
terhantuk kepala syakira. Bergaduh sakan mereka pagi tadi nampaknya punca dari
kereta kesayangan huzairil.
“papa bangga dengan kamu airil…tapi papa kecewa dengan kamu
kalau kamu masih menunjukkan sikap yang tidak baik denga syakira.”
huzaril diam bila nama syakira disebut. Amarahnya masih bersisa.
huzaril diam bila nama syakira disebut. Amarahnya masih bersisa.
“cukup-cukup la kamu melancarkan perang dengan dia di ofis
tuh..kamu berdua ketua.patutnya menunjukkan sikap yang baik kepada
pekerja-pekeja lain..bukannyabergaduh sepanjang
masa..lepas ni papa dah tak nak dengar lagi perkara macam ni berlaku di
pejabat.” Kata datuk hamdan tegas.
Damia sengih mengejek abangnya itu. Padan muka!
Huzairil menjengilkan matanya ke arah adiknya yang bertuah
itu. Damia buat-buat tak faham. Damia pandang pula wajah mamanya..mereka
tersenyum..ada something nih..tunggu dan lihat je la…hehe
“baik papa..” ucap huzairil dengan suara yang mendatar. Nampak
sangat tak ikhlas!
wah part tujuh dah.. kena baca dari mula ni.. hehe.. first time bw sini.. =)
ReplyDeletethanks 4 ur first time..hrp ada yg second plak la..klau nk anytime pon ok..hik4.. :) bc elok2..jgn pgsn klau xbest k..hehe..joke :P
Delete