Sudah seminggu pemergian datuk hamdan dan huzairil ke London.
Hidup syakira tenang-setenangnya sewaktu ketiadaan huzairil terutamanya. Suasana di pejabat pun lebih ceria. Besar betul impaknya sejak kedatangan huzairil. Hakikatnya, semua itu hanya di rasai oleh syakira. Mana ada orang lain yang berani melawan mohd huzairil Adham selain nur syakira qismina…memang musuh tradisi la diorang nih.
Waahh…aman betul hidup ini bila beruang kutub tu tak ada di depan mata. Hehe.. kalau dia ada depan mata aku nih..mahunya aku tak kena sakit mata! Time dia tak ada ni la…mata dengan mulut aku nih boleh berehat sekejap. Ngeee…
Semua kerja di siapkan dengan mudah. Simple gila kerja yang di berikan oleh huzairil. Kesian betul huzairil. Agaknya…mesti si huzairil tu tak tidur malam memikirkan rancangan mahu menyusahkan hidupnya. Tapi, itu lah masalahnya..kalau rancangan tak di atur dengan baik..begini la jadinya…ishk3…
Syakira tersengih. Puas hati dengan ‘kerjanya’..
amy melintas di hadapan bilik syakira. Kakinya berhenti melangkah bila melihat ‘malaun’ tu tersengih-sengih semacam.
‘takkan dah kena rasuk hantu siam minah nih?’ detik hati amy sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
Amy melangkah masuk mendekati syakira. Syakira pandang wajah amy dengan berkerut.
“iskh..kau nak apa nih!? Kalau aku nak bahagia..ada je la langau yang datang nak menumpang!” marah syakira.
“iskh..kau nak apa nih!? Kalau aku nak bahagia..ada je la langau yang datang nak menumpang!” marah syakira.
“cisss…! kau kata aku langau? Yang kau tu..tersengih-sengih macam orang meroyan tu..tak ada pulak kau nak fikir!” bidas amy selamba sambil melabuhkan punggung di kerusi.
Si amy nih..memang apa yang dia buat semua tak berjemput. Sebab..sebelum jemput pun dia dah buat dah..so, faham-faham aje la ye..
“kau tahu tak..perempuan tak elok senyum-senyum macam kau nih..nanti kahwin lambat” kata amy dengan muka sehabis serius.
Syakira pandang wajah amy dengan berkerut beribu-ribu. Nak kelentong aku la tu si amy nih! Dah macam ibu aku dah!
“apa hal pulak…apa kaitan senyum dengan kahwin? Kau tak payah nak mengarut la wei…fakta moyang kau tuh dah tak boleh pakai! Dah reput dah nenek kau tuh! Ni zaman dah nak capai 2020..pe ke hal nak percaya semua tuh…”
“apa hal pulak…apa kaitan senyum dengan kahwin? Kau tak payah nak mengarut la wei…fakta moyang kau tuh dah tak boleh pakai! Dah reput dah nenek kau tuh! Ni zaman dah nak capai 2020..pe ke hal nak percaya semua tuh…”
Amy mencebik.
“moyang..moyang jangan main ok! kalau takut, cakap siang-siang…aku tahu kau takut…takut tak dapat kahwin kan..? aku tahu la..aku faham perasaan kau tu…tak ape..aku faham,..ishk3..” kata amy dengan wajah yang penuh simpati. Dah macam nenek kebayan hilang tongkat dah aku Nampak!
“kau nak cakap ke tak nih…karang, kau masuk ada kepala..keluar hilang separuh…baik kau cakap! Aku sembelih buat korban jugak karang minah nih! Tak lama la ni..” ugut syakira.
“weh..sabarlah dear..ni lah satu sebab kenapa ramai perempuan andartu..sebab ada ada perempuan macam kau ni la…lelaki mana la yang gila minat dekat perempuan garang macam kau nih! Tak menyempat!” bebel amy.
Syakira mencebik.
“ok…baiklah nek…macam ni aje lah nek..baik nenek keluar dari bilik saya nih..sebelum saya humban nenek keluar secara terhormat…keluar lah nek…cepat sikit ye…” kata syakira sehabis lembut. Sambil tersenyum dan mengerdipkkan matanya berkali. Amy mengerutkan dahi.
“masyaalah…! Subhanallah..! Aku rasa macam telinga aku nih tiba-tiba bernanah…jantung aku pulak rasa macam nak tergolek keluar..otak aku nih tak usah kata la..tiba-tiba berhenti berfungsi bila dengar suara kau yang tiba-tiba lembut tuh!! Dengan mata dah macam malaun tak makan nasi sebulan! Tolong la berhenti..aku tak tahan..tak tahan! Hahahhaa…” mak aih..ayat….hiperbola nak mati tercekik. Amy gelak kuat. Gelak sampai kepala dah jadi macam penyanyi rock amy search. Nasib baik amy search tu botak..kalau tidak..saling tak tumpah darah la dia dengan si amy nih.
“woi..kau elok sikit! Kalau kau rasa nak masuk bilik aku nih..nak service mulut busuk kau tuh..baik kau keluar..aku malas nak layan orang yang otak penuh lumut macam kau nih..aku boleh jadi biul dan gila dalam masa yang sama..kau tahu tak! Aku risau, apa yang kau cakap tadi jadi kenyataan je..kau jangan marah aku la..kalau jantung kau tuh betul-betul tergolek keluar dan aku pijak biar leper..then, aku buat pengalas kaki..!” bidas syakira sambil buat muka yang sehabis hodohnya tuh. Tak tahu la macam mana nak gambar kan…hanya allah s.w.t yang tahu..hehehe…
“masyaalah…! Subhanallah..! Aku rasa macam telinga aku nih tiba-tiba bernanah…jantung aku pulak rasa macam nak tergolek keluar..otak aku nih tak usah kata la..tiba-tiba berhenti berfungsi bila dengar suara kau yang tiba-tiba lembut tuh!! Dengan mata dah macam malaun tak makan nasi sebulan! Tolong la berhenti..aku tak tahan..tak tahan! Hahahhaa…” mak aih..ayat….hiperbola nak mati tercekik. Amy gelak kuat. Gelak sampai kepala dah jadi macam penyanyi rock amy search. Nasib baik amy search tu botak..kalau tidak..saling tak tumpah darah la dia dengan si amy nih.
“woi..kau elok sikit! Kalau kau rasa nak masuk bilik aku nih..nak service mulut busuk kau tuh..baik kau keluar..aku malas nak layan orang yang otak penuh lumut macam kau nih..aku boleh jadi biul dan gila dalam masa yang sama..kau tahu tak! Aku risau, apa yang kau cakap tadi jadi kenyataan je..kau jangan marah aku la..kalau jantung kau tuh betul-betul tergolek keluar dan aku pijak biar leper..then, aku buat pengalas kaki..!” bidas syakira sambil buat muka yang sehabis hodohnya tuh. Tak tahu la macam mana nak gambar kan…hanya allah s.w.t yang tahu..hehehe…
“woi..kejam ini orang! Tak apa..tak apa…nanti aku kutip balik..aku tiup dengan pam basikal datuk aku tuh..mesti kembung balik…” kata amy selamba.
“boleh ke pam hati kau yang dah macam jantung langau tuh?? Kembung ke benda..pecah sebelum tiba masa..jawabnya..innalillah la kau!
Ehmm..tapi aku heran jugak…sejak bila langau ada jantung ek?? Hahahhaa..”
mereka sama-sama tergelak. Dua-dua sama gila.
mereka sama-sama tergelak. Dua-dua sama gila.
“aahh…letih!” huzairil merebahkan badannya di sofa. Terasa tegang seluruh urat ototnya. Keadaan di dalam kapal terbang masih terasa. Di urut tengkuknya perlahan.
“itu la..orang suruh kahwin cepat tak nak…nak tunggu puteri buluh betung muncul la..apa la…”
Huzairil menoleh. Harfina aisya tersenyum ke arahnya sambil mendekati huzairil. Dia memicit-micit perlahan bahu huzairil.
“laa….kak fina..ingat siapa tadi..rupanya-rupanya wanita besi balik ek? Wah…dah lama tak merasa urutan wanita besi nih..masih power lagi rupanya ye..ingat dah turun pangkat..” huzairil tersenyum manis.
Tahu juga kakak aku ni balik rumah ye..ingat dah sesat kat kota London tu..
“elok sikit.. Karang tangan ni dah berhenti mengurut…naik ke muka kamu tu karang…” bidas harfina dengan suara yang disengaja di tekan-tekan. Sebelah tanganya mencekik leher huzairil sebelah lagi dikepalkan penumbuk dan ditayang-tayang di hadapan mata adiknya itu. Serius seram!
“ok kak.ok..ampukan patik..ampunkan patik…” huzairil buat-buat suara merayu . terasa tercekik. Mati kang susah pulak.
“aahh..beta murka! Tuan hamba akan dihukum pancung sampai kepala tergolek! Hahaha ” ok..dia dah mula gelak jahat.
“apa yang patik perlu lakukan untuk mendapat keampunan dari tuanku..beritahu patik..patik rela lakukan apa sahaja demi tuanku.” Huzairil layannnn…..
harfina angkat kening sambil tersengih. Huzairil mengerutkan dahi. Ni yang aku paling tak suka nih. Kakak aku ni gila banyak orangnya. Adalah tu idea dia nak kenakan aku!
harfina angkat kening sambil tersengih. Huzairil mengerutkan dahi. Ni yang aku paling tak suka nih. Kakak aku ni gila banyak orangnya. Adalah tu idea dia nak kenakan aku!
“beta nak tuan hamba………..kahwin!!! boleh??”
Mata huzairil membulat. Ni yang aku tak nak dengar nih! Rugi banyak aku layan dia tadi!!!! Menyesal!!
“dah la kak…airil letih nih..esok la pulak kita sambung main ‘istana-istana’ nih..lepas la kak…kang airil mati siapa nak jawab!” ujar airil sambil cuba melepaskan diri dari genggaman kakaknya. Kuat betul kak fina nih!
“dah la kak…airil letih nih..esok la pulak kita sambung main ‘istana-istana’ nih..lepas la kak…kang airil mati siapa nak jawab!” ujar airil sambil cuba melepaskan diri dari genggaman kakaknya. Kuat betul kak fina nih!
“laa…kalau kamu mati..kamu la jawab! Tak kan kakak pulak nak kena masuk kubur jawab sekali dengan kamu…! Apa punya soalan la kamu ni airil! Hahaha..” jawab harfina sambil menyekeh kepala adiknya.
“apa main sekeh-seeh kepala orang ni….!” Protes airil sambil mengosok-gosok kepalnya. Main kasar ar!
“ada akak kisah?” jawab harfina selamba sambil duduk di sofa bersebelahan dengan huzairil. Huzairil muncung. Merajuk la tuu… harfina tersenyum. Dia tahu sangat perangai huzairil. Paling pantang orang main kepala. Agaknya, kalau dia bukan kakak huzairil..dah lama dia kena maki. Ni untung jadi kakak…hahahaa…tapi dia tahu..adiknya takkan berani melawan dia..yakin dengan angkuhnya.
Huzairil bukan tak mahu melawan…tapi tak boleh. Dia tahu benar perangai kakaknya itu. Bukan calang-calang orang yang boleh melawan kakaknya itu. Cuba la cari pasal kalau nak rasa makan kaki dia. Dulu waktu kecil-kecil..dia dan id selalu kena belasah dengan kakaknya itu. Sakitnya terasa sampai ke tulang hitam..! sakit wooo..Haa..ni la sebabnya kenapa kakaknya itu dipanggil wanita besi. Garang mengalahkan harimau. Ngaummm! Boleh pulak ada sound track…haha..
“tua-tua merajuk..buruk la…! Dah macam suami atasinchi akak tengok,…hahhaa..” harfina gelak kuat.
Huzairil mencebik. Boleh dia samakan aku dengan suami atasinchi! Huzairil buat muka serius. Harfina berhenti gelak.
“ek…tak lawak ek??” Tanya harfina. Huzairil menggeleng. Masih dalam wajah protes. Buruk yang amat huzairil oiii…
“kamu tak rasa lawak ek…ermmm…tapi akak rasa lawak!!!!!! Hahahahaaha…” harfina gelak lagi. Dia menepuk meja di hadapannya. Tak habis-habis lagi gelakkan huzairil. Huzairil bingkas bangun.
“malas la nak layan akak nih,,! Makin di layan makin terkena!” ujar huzairil dan ingin berlalu.
Harfina tarik baju husairil.
“eh..eh..eh..sejak bila bertukar jadi anak dara nih?? Duduk!!” marah harfina. Nak merajuk pulak. Debik kang!
“ok..akak mintak maaf…”
Huzairil angkat kening.
“pardon?”
Harfina buat muka. Saje la tu nak kenakan aku.
“ patik mintak maaf putera…! ” muka tak usah kata la..kelat macam kopi. kau jangan buat akak naik hantu airil! Akak karate kau kang!
Huzairil tergelak besar. Letih betul layan kakaknya seorang nih. Tak habis-habis dengan perangai kebudak-budakkannya itu.
“haha..akhirnya!! Malaysia boleh! Yuhuuu…!” Jerit huzairil. Harfina mencubit paha adiknya itu. Huzairil mengaduh. Aahhh…bisanya!!
“apa akak nih!” marah huzairil sambil menggosok-gosok pahanya.
Huzairil betulkan duduknya. Letih mahu melayan kakaknya ini.
“abang azam mana? Tak kan balik seorang kot kak…” Tanya huzairil sambil mencari-cari kelibat abang iparnya itu.
“abang azam kamu keluar pergi beli barang tadi. Yang kamu cari dia kenapa? Nak korek rahsia jadi suami soleh?? Hehehe.” Jawab harfina sambil tersengih.
“mengarut la akak nih..airil tak jumpa lagi la permaisuri yang akan bertahta di hati airil nih..tunggu la dulu..nanti dah jumpa..airil tayang kat akak..sebab dia pastinya adalah orang yang kedua paling cantik di abad ini..yang pertama tu mama la kan..” bodekkk…
“nak tunggu sampai bila ril…” tiba-tiba suara Datin Sarah mencelah.
“nak tunggu sampai bila ril…” tiba-tiba suara Datin Sarah mencelah.
Haa,,sudah…mama dah masuk campur hal-hal sensitif. Mati aku..!
Datin sarah melabuhkan punggung di sofa berhadapan dengan huzairil dan harfina.
“mama hairan betul la dengan kamu nih..umur dah meningkat..tapi pasangan pun tak ada lagi. Muka dah hensem..bergaya..Anak-anak kawan mama tu..ramai dah kahwin umur sebaya kamu tu..kalau yang tak kahwin lagi pun..mesti dah dah pasangan masing-masing. Kamu bila lagi airil…? Jangan tutup sangat mata hati kamu tu..nanti susah. Yang ada depan mata pun kamu tak Nampak.” Datin sarah cuba menasihati huzairil.
“hensem ke ma?? Mana nak tengkok..” harfina memegang kepala huzairil dan dipusing kekiri dan ke kanan.
“apa akak nih! Terseliuh tengkuk airil ni karang!”
“apa akak nih! Terseliuh tengkuk airil ni karang!”
“tak hensem pun mama..nampak macam orang indon jual kain je…haha” ejek harfina.
Huzairil mencebik.
“Cemburu la tu..mama tak puji dia..”
Harfina mencebik.
“akak memang dah serba-serbi cantik..mama sampai tak tahu nak puji bahagian mana tau!” kata harfina sambil menjelir lidahnya.
“dah..dah! bergaduh aje kerja kamu berdua nih. Airil..tak elok cakap kat kak fina macam tu..fina pun..jangan kacau sangat adik tu..! dua-dua dah besar panjang..tapi perangai tak ubah-ubah..! mama nak pergi dapur siapkan makanan. Nanti membebel pulak papa kamu tuh..” kata datin sarah dan terus berlalu ke dapur. haaa..kan dah kena marah.
“baik ma…!” jawab harfina dan huzairil serentak. Comel je diorang nih. Macam kanak-kanak ribena. Haha..!
“ tapi kan airil..akak rasa airil betul-betul dah kena cari seorang la..tak kan airil nak hidup macam ni sampai ke tua..” ujar harfina.
Huzairil mengeluh.
“bukan airil tak nak kak..tapi airil tak rasa yang airil boleh cari yang terbaik dan airil masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami. Airil takut airil tak dapat bahagiakan isteri airil.semua itu perlukan kesabaran dan pengorbanan kak..” Ujar airil tenang.
“sejak bila ada perkataan takut dalam diri adik akak nih? Ya..semua itu memang perlu airil..dan airil kena belajar dan hadapinya dengan tenang. Tapi sebelum tu..airil kena belajar mencintai seseorang dengan sepenuh hati. Itu pelajaran pertama untuk airil”
Huzairril tergelak besar. Kakak aku ni meroyan ke apa?? Buang tabiat betul la…
“sejak bila kak fina jadi perunding cinta ni? Dah tak nak uruskan syarikat papa kat London ek??” perli huzairil.
“akak serius nih!” dengus harfina.
“ok..ok..cukup la sekali kak…airil dah letih bagi cinta pada perempuan nih..tapi dia langsung tak menghargai cinta airil kak..that’s enough kak..” jawab huzairil sambil tersenyum kosong.
“airil..hidup kita tak akan musnah hanya kerana di tinggalkan oleh seseorang..tapi jadikan perpisahan itu sebagai kekuatan dan mungkin itu juga adalah peluang untuk kita bertemu yang lebih baik. Hidup dan mati hanya sekali airil..tapi allah beri kita hati dah perasaan untuk mencintai dan menyayangi untuk seumur hidup kita..jadi jangan hapuskan rasa cinta itu..kerana cinta itu indah jika ia kerana allah..” ujar harfina dah terus berlalu, sekadar memberi peluang untuk adiknya itu berfikir sejenak. Huzairil terkesima. Ya..memang jiwanya kosong..kosong dengan rasa cinta dan kasih sayang. Tapi jauh di sudut hatinya…tiada siapa tidak mahu dicintai dan mencintai..
Malam itu memang malam yang paling gilang gemilang la bagi minah terencat seperti amy. mereka berdua telah dijemput ke majlis kesyukuran di rumah datuk hamdan sempena dengan kejayaan syarikat mereka itu. Sebenarnya bukan diorang berdua sahaja yang di jemput..semua staff di jemput. Alah..nak berlagak vip la tu..
Amy mengetuk pintu bilik syakira.
“sya..! lamanya kau bersiap..kita bukan nak pergi jumpa bakal mertua kau …! Tak payah la nak pakai macam princess sangat weii..” jerit amy. geram betul dia dengan syakira. Dari petang tadi tak keluar-keluar bilik. Lepas aje dia beritahu mereka di jemput ke majlis kesyukuran di rumah datuh hamdan, dia terus masuk ke bilik dan tidak keluar lansung.
Amy ketuk pintu sekali lagi bila syakira masih tidak menyahut.
‘dah jadi tengkorak ke apa minah ni dalam bilik tu! iskh!’ rungut syakira.
“woi sya!!! Kau jangan aku ketuk pintu bilik kau ni guna kaki pulak! Cepat la keluar! Kita dah lewat nih!”
Belum sempat amy mengetuk pintu sekali lagi. Syakira membuka pintu.
Amy membuntangkan biji matanya. Over la pulak terkejut si amy nih!
“kau ni apa hal…malam-malam macam ni jadi tarzan dalam bilik aku! Iskh..kacau org nak tidur betul la! Kalau kau rasa nak melalak..kau pergi la jauh-jauh..macam bumi ni tak cukup tanah je untuk kau kan! Dah tu siap buat mata macam ikan buntal tu..kau ingat comel..! ”marah syakira sambil menggosok-gosok matanya.
Amy ketap bibir. Agak-agak…dah berkepul asap keluar dari telinga si amy tu. mana si amy tu tak bengang. Syakira keluar dengan hanya berseluar pendek dan ber t-shirt gambar hulk yang macam tertelan biji nangka tu. rambut pulak dah macam orang meroyan. Ishk..iskh..iskh..hiperbolanya gambaran dia ye..
“syakira!!!!!!!!!!!!” bergema jeritan amy. mahu tak cair taik telinga aku. Syakira hanya buat muka tak bersalah. Dia melangkah masuk ke bilik dan kembali merebahkan badannya di katil.
“kau tahu tak kita dah lewat nih! aku punya la melawa…baru nak berubah bersopan santun sikit dengan baju aku nih..kau pulak dah rosakkan imej aku jadi macam nenek tua! Cepat la sikit siap! Kalau lewat..kau jaga la..tempah la flight nak pergi sana!”
Amy bengang.
“kau nak pergi mana pakai cantik-cantik nih?? nak pergi jumpa mertua ke?? kau tu memang dah lama nampak macam nenek tua..tak payah nak berangan muda la amy..”
Jawab syakira sambil mata masih terpejam rapat.
“masyallah..letih nye nak bercakap dengan belanga nih! woi..kan hari ni kita kena pergi majlis kesyukuran rumah datuk hamdan! Ni dah kali ke 1001 rasa dah aku bagitau kau nih! kau jangan cakap kau lupa!”
“aku tak lupa…tapi aku malas pergi..kau pergi aje la..aku letih..” jawab syakira dengan suara yang di buat-buat syahdu sampai rasa nak berdarah telinga si amy tu dengar. Amy duduk di birai katil.
“tak kan kau tak nak pergi rumah datuk hamdan tu..kesian la dia..kan dia dah jemput kita. Bukan majlis kematian kita nak pergi ni..tapi majlis kesyukuran.. tak baik tak pergi jemputan orang ni..please…kalau tak pun..kau fikir la pasal aku..aku dah pakai cantik-cantik ni..nak juga usha-usha anak-anak tan sri..mana tahu ada yang tersangkut kat aku kan..hikhikhik!” boleh pulak berangan sampai sejauh tu…
“ermmm..ada agenda ulat dah naik daun inai rupanya…! Aahh..malas la aku..kau pergi aje la..” jawab syakira malas.
Amy bengang. Mianh ni..aku cakap baik bukan nak dengar!
“kau jangan banyak cakap! Kau pergi siap sekarang!!” marah amy dan membangunkan syakira. Dia menarik tubuh syakira ke tandas.
“woi..apa hal main kasar nih! aku malas la…kau tak faham ke..ke kau nak suruh aku cakap cina!” marah syakira sambil memegang pintu jamban. Amy buat-buat tak dengar. Di tariknya syakira masuk ke tandas. Boleh tahan gila juga si amy nih.
“yang kau pegang kuat-kuat kat pintu jamban tu kenapa!?”
“dah kau tarik aku..aku pegang la pintu jamban ni!” marah syakira pula.
Lama juga la dia memujuk syakira. Akhirnya syakira mengalah.
Malam itu syakira memakai baju kebaya berwarna hitam dan bertudung ariani. Wajahnya hanya memakai sedikit bedak dan di calit sedikit gincu agar tidak Nampak terlalu pucat. Dia kelihatan sungguh cantik. Sebenarnya, amy yang memilih baju tersebut. Naik hantu syakira bila dipaksa memakai baju kebaya. Mahunya tidak, mana dia pernah pakai baju kebaya sebelum ini . itupun satu-satunya baju kebaya yang di hadiahi ibunya.
Sesampai di sana, mereka mencari kelibat datuk hamdan kerana ingin mengucapkan tahniah di atas kejayaan yang diperolehi. Iskh..ayat karangan spm la pulak…hahaha.. Mereka mendekati datuk hamdan dan isterinya datin sarah yang sedang rancak berbual dengan tetamu-tetamu yang lain.
“assalamualaikum datuk” tegur amy sopan. Mereka menyalami datin sarah dan berbalas senyuman.
“waalaikumussalam..lambat kamu berdua sampai..? ingat dah lupa..” kata datuk sambil tersenyum.
“ni haa..tunggu puteri dari kayangan ni..lama benar bersiapnya..!” adu amy. syakira menjeling amy tajam. Amy buat muka tak bersalah.
Ishk minah nih…nak mengadu bomba la pulak! Aku sumbat pili bomba dalam mulut tu baru tahu!
“biasala tu..orang perempuan kan..” sahut datin sarah sambil tersenyum. Syakira tersenyum puas.
“naaa…tengok..geng dah sampai dah..” kata syakira smabil tersenyum lebar.
“ala datin..jangan menangkan dia..dia ni kuat riak datin..karang tak terkawal pulak dia..jenuh la kita nak menadah telinga dengar dia mengangkat diri..”
“naaa…tengok..geng dah sampai dah..” kata syakira smabil tersenyum lebar.
“ala datin..jangan menangkan dia..dia ni kuat riak datin..karang tak terkawal pulak dia..jenuh la kita nak menadah telinga dengar dia mengangkat diri..”
“ye la..mengata orang pulak..kau tu dah masuk tahap takabbur tu, kira baik la tu kan…” bidas syakira.
Iskh3..budak dua orang nih..depan orang tua pun nak bergaduh!
“ada je modal kamu berdua ni ye.. kalau awak nak tahu..habis majlis ni pun tak puas melayan mereka ni sarah.,” kata datuk hamdan kepada datin sarah. Datin sarah tergelak kecil. Seronok melihat telatah amy dan syakira. Becok!
“apa-apa pun datuk.kami nak ucapkan tahniah..dan moga syarikat datuk ni akan terus maju dan di cucuri rahmat allah.. ok la datuk..perut pun dah berkeroncong minta di isi..kitaorang pergi menghabiskan makanan dulu lah ye..hehehe..” kat syakira sambil tersengih.
“iskh..dah saya jemput..memang la suruh makan..bukan suruh jadi pencuci pinggan..apa lagi..pergi la makan..karang habis..kempunan pulak kamu berdua nanti.” Kata datuk hamdan sambil tergelak.
“kalau datuk nak suruh kami basuh pinggan..dulu lagi kami mintak diri la..haaha..” jawab amy.
Mereka tergelak besar.
‘waahhhh…banyak gila makanan..!! ni yang seronok nih! hehehe…
Syakira memilih makanan sampai tak sedar sudah penuh makanan di pinggannya. Ishk..dah berapa hari tak makan si syakira nih? kesian..kebuluran rupanya.
Orang lain dah jelling-jeling semacam je kat si syakira. Tapi dia buat tak tahu je..memang muka tak malu betul la minah ni…
‘eh, suka hati aku la kan…aku nak makan banyak ke sikit..ada guna duit korang ke? piiirraahhh…!!’
Baru je dia dia nak usha tempat strategik untuk menjamu selera gajahnya itu, tanpa di sangka dia terlanggar makhluk allah yang seorang nih. habis tumpah semua makanan itu tepat di bahagian dada baju makhluk allah tu. terasa masa terhenti seketika. Syakira tergaman. Syakira angkat wajah merenung makhluk allah tu..dan……syakira tahu yang dia sedang bertemu dengan malapetaka.
“huzairil…..” hanya itu yang mampu terucap di bibirnya. Wajah huzairil tak payah nak imagine la…gamaknya dah hijau setaraf dengan hulk je.
“syakira qismina binti kamaruddin….” Suara huzairil bergetar menahan amarah. Di tenungnya wajah syakira dan baju kemejanya silih berganti. Syakira telan air liur.
‘dah berapa gelen dah air liur dah aku telan nih…kembung dengan air liur juga aku malam ni.. iskh…macam mana dia ada belakang ni pulak!’
“what have you done!?” ujar huzairil keras tapi dengan nada yang perlahan.
“apa!? Tengok..habis tumpah semua makanan saya nih! siapa suruh awak duduk kat belakang saya. Dah tak ada tempat lain nak landing ke!?” marah syakira. Syakira tertunduk-tunduk mengutip makanan yang tumpah tadi.
“membazir aje….” Guman syakira.
Takkan aku pula yang nak kena mengalah kan! Tak mungkin..tak mingkin….detik syakira.
Huzairil terkejut melihat perbuatan syakira mengutip kembali makanan yang tumpah tadi.
‘apa dia buat nih!!’
Huzairil pantas menarik tangan syakira kasar.
“iskh..apa nih! lepaslah!!! Haram tau tak!!!” marah syakira sambil meronta-ronta minta di lepaskan.
Huzairil tidak menghiraukan rontaan syakira dan terus menarik syakira menuju ke arah garaj kereta.
‘woi, beruang! Lepas lah!!” jerit syakira lagi.
Huzairil menyandarkan syakira rapat di keretanya. Tubuh syakira di kepung tangan huzairil. Syakira tergaman. Huzairil pandang wajah syakira tajam. Syakira mula gelisah bila terus-terusan di tenung huzairil.
“kenapa diam? Jerit la lagi…kutuk lagi..cakap apa lagi yang kau nak cakap pada aku!” Kata huzairil.
Syakira gigit bibir. Terasa luruh jantungya apabila wajah huzairil rapat dengannya.
Ni sejak bila pulak aku di serang penyakit gemuruh nih..alahai syakira…
“ketepi la! Awak nak buat apa nih!?” marah syakira. Lama huzairil pandang wajah syakira. Tiba-tiba meledak ketawa huzairil.
“nak buat apa? kau Tanya aku nak buat apa?? Hahaha….kau Tanya aku nak buat apa?? Ahahhaaha..” huzairil tergelak besar. Syakira mengerutkan dahinya.
‘gelak macam hantu! Apa kelakar sangat ke soalan aku tu.? ni laa orang kata..gila secara tiba-tiba!’
“awak ni kenapa? Dah biul?”
“kau Tanya aku nak buat apa?” Tanya huzairil sekali lagi dengan wajah yang kembali serius dan kembali memerangkap syakira dengan tangannya.
“aku yang sepatutnya Tanya kau..apa yang kau dah buat pada aku!!?” jerit huzairil kuat.
Syakira terkejut sehingga matanya terpejam.
“tengok ni..! bukak mata kau tu…tengok apa yang kau dah buat dengan baju aku nih!?” marah huzairi lagi.
Syakira buka mata perlahan. Di pandang wajah huzairil tajam.
“so!!?? Awak nak suruh saya buat apa!!? Yang awak bertenggek kat belakang saya tu siapa suruh!!!” jerit syakira. Geram dengan kerenah huzairil yang sesuka hati memarahinya.
“kalau dah buat salah tu..reti-reti la nak mengaku..dan ringankan mulut tu sikit minta maaf..!” tempelak huzairil.
“Kenapa pulak saya nak kena mintak maaf dengan awak! Bukan salah saya seorang..awak tu yang patut fikir sendiri..salah siapa sebenarnya..!” tempelak syakira.
“aku pulak yang nak kena fikir? kau tak ada otak nak fikir sendiri?” bidas huzairil.
Syakira buat muka.
“yang awak tak puas hati sangat dengan saya ni kenapa!? Benda dah jadi..salah awak jugak kan! pot pet pot pet macam nenek kebayan tu kenapa..!? simpan aje la air liur awak tu buat mengaji al-quran ke apa ke..ada jugak faedah!”
“habis tu..air liur kau tu buat apa pulak? Menjawab kan..orang cakap apa-apa, menjawab! Tak pernah nak ikut arahan..buat benda ikut kepala sendiri aje! apa salahnya kalau guna air liur tu untuk bercakap baik dengan orang lain..!”
Syakira mendengus.
“saya hanya bercakap baik dengan orang yang reti bercakap baik dengan saya sahaja..dan bukan untuk orang macam awak..!” jawab syakira selamba.
“itu aku tahu..sebab orang macam kau ni memang suka cari pasal dengan orang hensem macam aku ni kan…maklumlah, ramai orang kata cambahkan kebencian lama-lama jadi cinta kan…mesti kau sedang cuba nasib nak menarik minat aku pada kau kan? Tapi sebelum tu aku, awal-awal aku nak pesan la..kau hentikan aje la drama kau ni..sebab aku takkan tertarik pada monyet macam kau!”
Ucap huzairil sambil sambil berlalu meniggalkan syakira terkebil-kebil menahan amarah.
“ beruang kutub!!!!!! kalau sehari tak masuk bakul angkat sendiri..tu namanya bukan beruang la tu! nak suruh aku minta maaf dengan dia..tapi dia cakap dengan aku dah macam apa-apa, tak apa pulak kan! Dasar beruang! Tak tahu malu! Muka macam tapir! Hidung macam gajah! Mulut macam gagak!! Aaahhhh….!!!!! Geram, geram!!!” jerit syakira sambil menendang tayar milik kereta Mitsubishi lancer tempat dia bersandar tadi.
Ada aku kisah kereta jenis apa pun! Yang penting aku tengah marah nih!
Di telitinya kereta mewah itu.
“ni bukan kereta kesayangan beruang tu kan?”
Syakira tersenyum penuh makna.
“hehehe…siap la kau huzairil adham…”
Ok..dia dah mula nak buat kerja jahat yang dah lama dulu dia dah bersara. Ni bukan sengaja..tapi keadaan memaksa. Nak buat macam mana kan…hihihi…
Syakira membebel di sepanjang jalan..entah dah berapa bakul dah dosa si syakira ni gamaknya mengutuk si huzairil tu ye.
Tiba-tiba syakira terlanggar seseorang.
‘hah..ni kayu balak mana pulak nih!’
“bu….” Syakira tergaman. Melihat wajah pemuda itu yang hanya tersenyum memandang wajahnya.. syakira tak jadi meneruskan ayatnya yang berbunyi ‘buta ke!?’. Nampak muka alim je…kang kena ceramah pulak nanti..
Laaa…tersengih pulak mamat nih!
“saya minta maaf ye..” ujar pemuda itu dengan sopan santunnya.
‘erk…?? anak siapa la ni…sopannya..sesuai buat jadi hantu nih..eh, silap! Menantu….tapi tu la…aku ni anak pun tak ada lagi..tak apa la..rezeki orang lain la tu..’ detik syakira
“ye puan? Kenapa ye..sakit ke?’ Tanya pemuda itu prihatin la kononnya.
‘puan!!!!!????’ ishk dia ni….!’
“eh..elok sikit! Saya tak kahwin lagi ye…tak apa lah..saya ok..jangan risau..saya ni kebal..setakat terlanggar kayu balak macam awak nih..patah riuk sikit jek bahu nih..tak apa..tak apa..jangan la buat muka bersalah sangat tu depan saya ye..” ujar syakira. Ni sakit ke tak sebenarnya si syakira nih..buat orang konfius je..
“nama saya adam izwan”
ada aku Tanya? Detik syakira.
ada aku Tanya? Detik syakira.
“saya syakira…ok lah..saya pergi dulu lah..ada hal..ok..assalamualaikum..” syakira terus berlalu..pemuda itu hanya tersenyum dan mengangguk.
Senyum lagi! Tak letih ke? dulu aku baca novel ada panggil hero dia tu ‘prince no smile’…sekarang mamat ni aku nak panggil ‘prince more smile’…dah macam iklan Darlie je…aahh.lantak kau lah…
No comments:
Post a Comment